Bunga mawar atau bunga ros sangat sinonim dengan wanita dan cinta. Tapi tahu tak sebenarnya begitu banyak manfaat bunga mawar untuk wajah dan kecantikan kulit? Bunga ikonik ini punyai keajaiban tersendiri terhadap kecantikan kulit. Cara mudah untuk mendapatkan manfaat kecantikan daripada bunga mawar ini adalah dengan menggunakan serum muka organik berasaskan bunga mawar ini.

serum muka organik

 

KENALI ZEETA ROSE FACE SERUM – KKM(NOT170701102K)

2 tahun berada didalam proses R&D dan sudah 5 tahun berada dipasaran dunia kecantikan.

Dihasilkan dengan packaging yang cantik, logo, label malah formula mengikut piawaian dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh KKM sebelum ia dijual di pasaran

Formula Rose Face Serum ini menjadikan ia serum muka organik terbaik yang dihasilkan daripada 100% bunga mawar merah organik. Sesuai untuk semua jenis kulit, cuaca dan gaya hidup wanita-wanita gojes di Malaysia.

Tersedia dalam botol / pek yang mudah dibawa kemana saja. Serum muka terbaik Zeeta ni menggunakan kaedah semburan terus ke kulit wajah bagi memelihara semua vitamin yang ada didalam serum muka organik ini.

Zeeta Rose Face Serum juga bebas daripada bahan kimia terlarang seperti parabens, merkuri atau hydroquinone.

Serum muka organik Zeeta Rose Face Serum dapat membantu ramai wanita gojes Malaysia bebas daripada wajah yang penuh cela dan kesan parut jerawat, bintik hitam, kusam, jerawat dan jeragat.

Selain daripada itu, ia juga membantu mengecilkan liang pori kerana liang pori yang besar akan mudah tersumbat dengan kekotoran, debu pencemaran, bakteria dan minyak yang menjadi punca kepada whiteheads / blackheads dan jerawat.

 serum muka organik

MANFAAT BUNGA MAWAR UNTUK WAJAH & KENCANTIKAN

Orang Yunani dan Rome kuno menggunakan kelopak bunga mawar sebagai pewangi dalam air mandian mereka dan ini adalah salah satu penggunaan awal bunga mawar untuk kecantikan. Mereka sangat menghargai bunga mawar di mana ia juga digunakan sebagai hiasan lantai dewan jamuan mereka.

Air mawar suling dicampurkan ke dalam kosmetik, ubat-ubatan dan rawatan terapeutik selama berabad lamanya. Minyak pati bunga mawar mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti-kulat dan antiviral, menjadikannya ideal untuk mengubati pelbagai penyakit termasuk kulit melecet, luka terbakar dan pelbagai masalah kulit lain. Ia juga telah digunakan untuk melegakan sakit tekak, demam dan batuk.

Air bunga mawar juga terkenal dengan manfaat kesihatan dan kecantikannya. Anda boleh menggunakan air mawar untuk merawat jerawat, ditambah dalam teh untuk melegakan sakit tekak, dan tentu saja, tuangkannya dalam air mandian untuk aroma yang menenangkan ibarat mandian mewah.

Produk kecantikan seperti serum mawar organik Zeeta juga menggunakan 100% bunga mawar organik sebagai ramuan utamanya. Pati mawar dalam produk kecantikan seperti serum muka organik samada dalam bentuk sebagai air mawar, air mawar suling, minyak ros atau minyak biji rosehip atau esen mawar ini jauh lebih daripada sekadar menambah aroma kepada produk kecantikan.

Bunga harum ini membantu meremajakan dan memperbaiki kulit. Semburkan saja serum mawar organik Zeeta ini setiap hari untuk memberikan khasiat bunga mawar organik kepada kulit wajah.

 

BERIKUT ADALAH 7 MANFAAT BUNGA MAWAR UNTUK WAJAH & KECANTIKAN KULIT

  1. ANTIBAKTERIA – minyak bunga mawar boleh membantu merawat kulit berjerawat. Digabungkan dengan sifat pembersihnya, bunga mawar menjadi ramuan yang ideal dalam pencuci muka.
  2. ANTI-KERADANGAN – minyak bunga mawar @ rose oil boleh mengurangkan bengkak atau kemerahan pada kulit. Ciri-ciri penenangnya juga boleh membantu meredakan rosecea dan ekzema.
  3. ANTIOKSIDAN – bunga mawar mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi, iaitu antioksidan yang kuat. Vitamin yang penting ini boleh membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan, seperti akibat terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Sesetengah bukti menunjukkan bahawa air mawar dapat membantu menghalang sinar matahari @ bertindak sebagai sunblock.
  4. MELEMBAP – minyak semulajadi yang terdapat di dalam bunga mawar dapat membantu mengunci kelembapan dalam kulit, memelihara kecantikan kulit dan menjadikannya licin berseri. Bunga mawar sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana gula semulajadi dalam kelopaknya bersifat menenangkan & nyaman.
  5. WANGIAN SEMULAJADI – banyak produk kecantikan organik memilih untuk memasukkan bunga mawar sebagai bahan pewangi semulajadi untuk menggantikan wangian tiruan.
  6. MENENANGKAN – apabila digunakan secara aromatik, bunga mawar dapat menenangkan minda. Malah kelopak bunga mawar merupakan bahan utama dalam rawatan Ayurveda untuk menyahtoksik dan menenangkan. Walaupun ciri ini tidak menambah faedah kecantikan secara langsung, ia pasti lebih menenangkan apabila memakai losyen atau krim yang ada haruman bunga mawar.
  7. PENYEGAR @ TONER – bunga mawar adalah astringen semulajadi. Bunga mawar membantu mengetatkan liang pori dan memulihkan kelembutan kulit supaya lebih glowing. Tidak seperti toner berasaskan alkohol konvensional, bunga mawar membuatkan kulit berasa licin dan tidak kering.

Kelopak bunga mawar juga boleh dijadikan face mask yang sangat menenangkan. Caranya, rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaham dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

TESTIMONI PENGGUNA SERUM MUKA ORGANIK ZEETA

serum muka organik

serum muka organik

serum muka organik

Lagi Testimoni Serum Mawar Zeeta DISINI

serum muka organik

Atau..

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

Komen Facebook:
Serum Muka Organik Daripada Bunga Mawar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *