Sesetengah orang memang tak boleh nak elak daripada terpaksa kerja malam sebab dah memang syif bekerjanya begitu. Bekerja pada waktu malam sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan seseorang. Sebab itulah orang yang kerja malam wajib untuk ambil suplemen yang betul supaya setidaknya dapat membantu mengurangkan risiko penyakit. Shaklee ada suplemen untuk kerja malam yang sesuai tau. Saya terangkan lebih lanjut nanti yer.

Masalah biasa yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang selalu kerja malam adalah insomnia dan stress. Insomnia dan stress tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotentsi untuk menjadi punca kepada serangan jantung. Ini kerana tubuh dipaksa untuk menjadi aktif pada waktu malam dan berehat pada waktu siang, sedangkan seharusnya secara biologi tubuh aktif pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Tapi, untuk tetap sihat apabila kerja malam ada beberapa perkara yang perlu diambil peduli.

Contohnya:

 

PERHATIKAN POLA MAKAN KETIKA KERJA MALAM

Sebelum pergi kerja, pastikan anda makan terlebih dulu. Ini bagi memastikan sistem pencernaan tetap lancar dan sihat dan membantu memberi tenaga semasa bekerja. Kurangkan pengambilan minuman berkafein sebab kafein akan memberi efek yang buruk kepada tubuh badan kita.

 

MINUMAN UNTUK SYIF MALAM

Sewaktu bekerja malam, banyakkan minum air kosong kerana badan memerlukan lebih banyak cecair ketika berada dalam keadaan stress. Selain daripada itu, meminum jus buah-buahan juga adalah sangat baik.

 

VITAMIN @ SUPLEMEN

Untuk mengatasi risiko impak negatif kerana terpaksa bekerja pada waktu malam, ambil vitamin @ suplemen tambahan yang cukup. Suplemen untuk kerja malam yang disarankan adalah seperti vitamin Bcomplex, kalsium dan magnesium. Selain daripada dapat membantu mengurangkan risiko kesihatan, pengambilan vitamin @ suplemen ini juga akan membantu meningkatkan prestasi kerja orang yang kerja malam kerana badan akan sentiasa lebih bertenaga & alert.

 

JANGAN MEROKOK

Elakkan daripada merokok kerana nikotin yang terdapat dalam rokok akan bertindak sebagai perangsang yang pada akhirnya akan memburukkan lagi kesihatan anda.

suplemen untuk kerja malam
Amalkan gaya hidup sihat walau sesibuk mana pun kita

GAYA HIDUP SIHAT

Meskipun anda bekerja pada waktu malam, anda tetap harus mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti & bersenam. Berjalan atau berjogging sekurang-kurangnya ½ jam sehari sudah memadai. Selain daripada itu, anda boleh juga berenang atau pergi ke gym bagi memastikan tubuh sentiasa aktif dan segar. Ini juga membantu anda untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.

 

TIDUR YANG CUKUP & BERKUALITI

Sebelum pergi kerja, usahakan untuk mendapat tidur yang secukupnya dan tidur yang berkualiti iaitu sekurang-kurangan 7 jam sehari. Elakkan daripada terus melayan gadjet, TV atau apa saja yang boleh membuatkan anda hilang waktu tidur yang berkualiti walaupun pada waktu siang. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih, selesa & gelap supaya anda dapat tidur nyenyak dan tidak terganggu. Penggunaan wangian aromaterapi juga dapat membuatkan anda lebih rileks semasa berehat.

 

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK KERJA MALAM DARIPADA SHAKLEE

suplemen untuk kerja malam

Ostematrix – sumber kalsium & magnesium yang lengkap dengan vitamin D3

BComplex – 8 vitamin B lengkap untuk menstabilkan metabolisma dan membuatkan tubuh sentiasa bertenaga

Vita-Lea – 23 zat galian dan vitamin untuk memberikan nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh setiap hari

Cinch Tea Mix – pembekal tenaga segera sebagai pengganti kopi atau minuman tenaga isotonik yang tinggi kandungan gula dan bergas

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Suplemen Untuk Kerja Malam: Kurangkan Risiko Kesihatan Akibat Kerja Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *