Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut atau HFMD adalah salah satu jenis penyakit biasa. Adakah anda mengenali tanda HFMD ini dan tahu bagaimana cara untuk mencegahnya?

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut, atau HFMD adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang berlainan.

Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun, kerana mereka belum mempunyai imuniti (perlindungan) terhadap virus yang menyebabkan HFMD.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua juga boleh mendapatkan HFMD.

 

tanda HFMD

 

HFMD biasanya tidak serius, dan hampir semua orang pulih dalam masa 7 hingga 10 hari tanpa rawatan perubatan. Walaupun jarang berlaku tetapi ada juga orang yang dijangkiti boleh mendapat virus meningitis dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital selama beberapa hari.

Komplikasi lain yang lebih jarang termasuklah kelumpuhan polio, atau ensefalitis (radang otak) yang boleh membawa maut.

 

tanda HFMD

 

TANDA HFMD @ PENYAKIT TANGAN, KAKI, DAN MULUT SERING KALI MERANGKUMI:

  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit tekak
  • Merasa lemah dan letih
  • Sakit mulut yang biasanya bermula dengan bintik-bintik merah
  • Ruam dan bintik merah yang boleh melepuh di telapak tangan, tapak kakinya dan kadang-kadang di lutut, siku, punggung, dan / atau kawasan kelamin

Gejala-gejala atau tanda HFMD ini biasanya muncul secara berperingkat. Bukan semua orang akan mempunyai semua gejala ini.

Sesetengah orang mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda HFMD sama sekali, tetapi mereka masih boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

 

HFMD @ PENYAKIT TANGAN, KAKI, DAN MULUT LEBIH MEMPENGARUHI KANAK-KANAK

HFMD kebanyakannya menjejaskan bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun. Walaupun kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua juga boleh dijangkiti.

Apabila seseorang itu mendapat HFMD, tubuh mereka akan membina imuniti (perlindungan) kepada virus tertentu yang menyebabkan jangkitan. Tetapi mereka boleh mendapat jangkitan penyakit ini sekali lagi kerana HFMD disebabkan oleh beberapa jenis virus yang berlainan.

 

tanda HFMD
Picture credit: Utusan Online

 

HFMD @ PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT BOLEH BERJANGKIT

Orang yang ada HFMD paling menjangkiti orang lain semasa minggu pertama mereka sakit. Walau bagaimanapun, mereka mungkin boleh mengjangkiti orang lain walau selepas beberapa minggu gejala hilang.

Sesetengah orang, terutama orang dewasa, mungkin tidak mengalami sebarang tanda HFMD, tetapi mereka masih boleh menyebarkan virus kepada orang lain.

Virus yang menyebabkan HFMD pada orang yang dijangkiti terdapat pada / dalam:

  • Rembesan hidung dan tekak (seperti air liur, kahak atau lendir hidung)
  • Cecair lepuh
  • Najis (tinja)

 

HFMD merebak dari orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui:

  • Sentuhan, ciuman, pelukan atau berkongsi cawan dan peralatan makan
  • Batuk dan bersin
  • Menyentuh kotoran, misalnya apabila menukar lampin
  • Menyentuh cecair lepuh
  • Menyentuh objek atau permukaan yang mempunyai virus

Inilah sebabnya mengapa anda harus sentiasa berusaha menjaga kebersihan yang baik seperti membasuh tangan dengan sabun dan air, untuk mengurangkan kemungkinan mendapat dan menyebarkan HFMD.

 

ANDA HANYA BOLEH MERAWAT GEJALA ATAU TANDA HFMD @ PENYAKIT TANGAN, KAKI, DAN MULUT

Tiada rawatan khusus untuk HFMD.

Tahukah anda? Setakat ini, tiada rawatan secara klinikal yang khusus untuk merawat HFMD. Namun, anda masih boleh berikhtiar untuk mengurangkan risiko jangkitan virus ini terhadap anak-anak anda.

Pastikan dalaman anak-anak lengkap dengan Vitamin C dan Vitamin D untuk cegah penularan penyakit HFMD ini.

Demam dan kesakitan boleh diredakan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu (sila rujuk doktor).

Adalah penting bagi orang-orang yang ada HFMD untuk minum air yang mencukupi untuk mengelakkan kehilangan cecair badan atau dehidrasi.

 

tanda HFMD

 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN HFMD @ PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Anda boleh mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus yang menyebabkan HFMD dengan mengikuti beberapa langkah mudah seperti:

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air bersih selama 20 saat, terutamanya selepas menukar lampin, menggunakan tandas. Bantu anak-anak anda melakukan perkara yang sama.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Elakkan hubungan rapat seperti mencium, memeluk dan berkongsi cawan dan peralatan makan dengan orang yang mempunyai HFMD.
  • Membersihkan permukaan dan objek yang sering disentuh seperti mainan dan tombol pintu, terutamanya jika seseorang sedang sakit di dalam rumah anda.

Nota: Tiada vaksin yang dapat melindungi diri daripada HFMD.

 

Baca juga: Vitamin Untuk Kuatkan Daya Ingatan & Fokus Anak-anak

tanda HFMD

 

Tingkatkan sistem pertahanan diri (sistem imun) dengan pengambilan DIFFENZ JUNIOR yang diformulasikan dengan Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-camu serta vitamin C dan D bagi merendahkan risiko dijangkiti virus HFMD. Sistem imun yang lemah adalah ibarat anda membuka pintu kepada serangan dan jangkitan penyakit.

Nutrisi yang betul dan mencukupi juga dapat membantu tubuh anda untuk mendapat penyembuhan yang lebih cepat sekiranya anak anda sudah pun dijangkiti HFMD.

 

tanda HFMD

 

tanda HFMD

 

tanda HFMD

 

DIFFENZ JUNIOR BOLEH DIDAPATI DALAM 2 PILIHAN – PERISA OREN & STRAWBERRY

 

tanda HFMD

 

 

tanda HFMD

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan (vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Tanda HFMD, Cara Mencegah & Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!