Adakah anda selalu tidur lewat atau hampir setiap malam tidak cukup tidur? Badan anda jadi lesu, mood pun mula kelaut! Tapi ada kesan tidur lewat dan tidak cukup tidur yang anda perlu beri perhatian kerana ia melibatkan masalah kesihatan yang lebih serius.
Ye, tidak cukup tidur bukan hanya berkaitan hal mengantuk atau mata panda semata-mata!
Tahukah anda, salah satu antara kesan tidur lewat adalah obesiti dan stroke?
RISIKO KESIHATAN KESAN TIDUR LEWAT DAN TIDAK CUKUP TIDUR
Kalau dari segi luarannya apabila seseorang itu selalu tidak cukup tidur, muka nampak sembab, mata bengkak dan lebam atau orang selalu sebut mata panda. Nampak lesu, lemau dan tak bertenaga jadinya.
Tapi, jika anda selalu tidak cukup tidur, anda bukan sahaja akan alami masalah tersebut. Ambil tahu tentang risiko kesihatan jika anda selalu kurang tidur. Antaranya:
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Obesiti
- Kemurungan dan stress
- Kegelisahan (anxiety)
- Serangan jantung
- Stroke
- Sukar fokus
- Mempercepatkan penuaan
- Melemahkan sistem imun (mudah jatuh sakit / dijangkiti)
Masalah susah tidur malam tidak sesekali boleh dipandang ringan. Letak kepala atas bantal jam 11.00malam, jam 12.00tengah malam pun masih belum dapat lelapkan mata?
Atau, dah dapat tidur tapi kerap pula terjaga. Apabila dah terjaga, susah nak tidur semula. Mata terkebil-kebil membawa sampai ke siang hari.
Perkara yang sama berulang hampir setiap malam. Lama kelamaan anda pun semakin stress! Tak tahu bagaimana cara nak atasi masalah susah tidur malam ni.
Ada beberapa perkara yang perlu anda elakkan jika anda mahu tidur yang lebih berkualiti, iaitu:
- Jangan menggunakan gajet apabila masuk tidur. Switch off Hp!
- Jangan ambil minuman berkafein selepas jam 6.00 petang
- Pastikan suasana bilik tidur anda tenang, bersih dan harum. Tapi elakkan daripada menggunakan semburan atau wangian sintetik sebaliknya gunakan semburan aromaterapi daripada bahan-bahan semulajadi yang menenangkan seperti Lavender
- Elakkan suasana bising
- Jangan tidur lewat. Seorang dewasa memerlukan anggaran waktu tidur antara 7 ke 8 jam
Setiap individu mempunyai waktu tidur yang betul mengikut keselesaan diri masing-masing. Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan badan mendapat tempoh rehat yang mencukupi untuk membolehkan anda melalui kehidupan seharian dengan lebih baik.
Tidur yang cukup adalah tidur yang berkualiti.
Orang yang dapat tidur 2 jam dengan sangat nyenyak adalah lebih baik berbanding orang yang tidur selama 8 jam tetapi tidurnya sentiasa terganggu dan gelisah. Tidur-tidur ayam.
Jika anda mempunya masalah tidur, dapatkan bantuan dengan segera!
TANDA-TANDA ANDA TIDAK CUKUP TIDUR
Adakalanya seseorang itu tidak sedar yang dia sedang mengalami masalah tidur yang tidak berkualiti. Dia ingatkan susah tidur malam adalah perkara biasa. Kerap terjaga semasa tidur tu tak mengapa.
Tidak cukup tidur boleh menyebabkan anxiety atau kemurungan begitu juga sebaliknya. Orang yang mengalami anxiety dan kemurungan akan hadapi masalah susah tidur malam.
Bukan saja kesan tidur lewat yang perlu anda risaukan. Tanda-tanda tidak cukup tidur berikut juga harus anda beri perhatian:
- Mata bengkak, merah dan ada eyebag
- Rasa letih dan lesu berlebihan
- Sukar untuk fokus
- Moody
- Rasa tertekan
- Kerap makan makanan ringan
- Banyak bergantung kepada kafein atau minuman tenaga yang tinggi gula
- Mudah jatuh sakit
- Kulit kusam dan berjerawat yang tak pernah selesai
CARA MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR MALAM
HEALING!
Ye, anda perlu healing dan healing ini anda boleh buat sendiri di rumah tanpa memerlukan kos yang tinggi atau method yang susah.
Selain daripada mengamalkan tips-tips cara mendapatkan tidur yang lena yang biasa dikongsikan, anda sangat disyorkan untuk mengamalkan pengambilan MINDTROPIC & semburan aromaterapi NEUSCENTIAL CALME.
Mindtropic diformulasikan daripada bahan semulajadi seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan master mineral ini boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena, menguatkan memori dan meningkatkan daya fokus.
Mindtropic juga membantu menggalakkan rembesan hormon GABA yang beri rasa ceria, tenang dan rileks. Dalam masa yang sama, ia terbukti dapat menurunkan paras hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan stress.
Neuscential Calme adalah semburan aromaterapi untuk membantu tidur yang lena serta mewujudkan rasa rileks, tenang dan santai. Mudah saja! Semburkan pada bantal, selimut atau cadar dan gunakan pada waktu malam 30 minit sebelum tidur. Ia mengandungi 100% gabungan bahan semula jadi minyak esensial Lavender, Geranium, Ylang-ylang & Patchouli.
Kajian menunjukkan bahan aktif didalam bauan Lavender boleh meningkatkan aktiviti otak yang membantu menghasilkan kesan anti-anxiety. Ia juga boleh bantu kurangkan simptom berkaitan masalah tidur dan tingkatkan kualiti kehidupan.
Neuscential Calme boleh digunakan tanpa ragu-ragu kerana ia:
✅ Menggunakan 100% bahan aktif semulajadi
✅ Bebas paraben & sulfat
✅ Bebas pewangi sintetik
✅ Bebas alkohol
✅ Diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara
Susah nak tidur? Jom dapatkan Mindtropic & Neuscential Calme segera!
Leave a Comment