Orang selalu ingat dia kena serangan gastrik hanya kerana lewat makan, perut dibiarkan kosong, masuk angin, makanan terlalu pedas. Tahu tak? Kalau usus kita sihat, terlewat makan pun takde masalah sangat, makan apa pun InsyAllah boleh je. Jadi, sebenarnya apa punca gastrik ni?
Ramai yang memanggilnya dengan nama gastrik. Itu kurang tepat kerana maksud gastrik adalah perut. Gastritis pula membawa maksud keradangan perut. Ramai yang mengalami masalah ini dan ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu adakah mereka menghidap masalah gastritis yang serius ataupun tidak.
Dianggarkan lebih dari separuh iaitu sekitar 62% rakyat Malaysia mempunyai masalah ini.
Kenapa gastritis ini berlaku?
Organ perut mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan asid dan enzim untuk mencerna makanan. Asid yang dihasilkan oleh perut mampu melukakan perut, tetapi dinding perut dilindungi daripada hakisan asid tersebut oleh sebuah lapisan lendir yang bersifat melindungi. Penyakit gastritis terjadi apabila berlaku keradangan lapisan dalam perut kesan hakisan asid.
Fenomena tersebut mungkin kerana lapisan lendir yang kurang atau penghasilan asid perut berlebihan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Penyakit ini boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik akut) atau secara progresif (gastrik kronik).
Keradangan pada pesakit gastrik kronik ini berlaku dalam jangka masa yang panjang dan boleh menyebabkan sel-sel perut bertukar menjadi sel yang tidak normal ataupun lebih dikenali sebagai “dysplasia” dalam kamus perubatan.
BAHAYA Gastritis yang tidak dirawat
Ia tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana gastritis yang tidak dirawat boleh menyebabkan permukaan perut mula terhakis seterusnya menyebabkan sel perut terluka. Ia akan membawa kepada masalah lain pula iaitu ulser perut (gastrik ulser).
Tambah bahaya apabila luka terkena pada salur darah yang boleh menyebabkan pendarahan yang serius di dalam perut. Ia boleh menyebabkan muntah darah dan najis akan mula berwarna hitam dan kemerahan. Tekanan darah akan menjadi rendah dan individu terbabit perlu menjalani pembedahan dengan segera. Malah, terdapat juga keadaan yang lebih serius apabila ulser menembusi perut sehingga menyebabkan isi perut keluar (peritonitis) dan ia memerlukan rawatan kecemasan.
PUNCA GASTRIK
Punca gastrik (gastritis) yang sebenarnya adalah akibat jangkitan bakteria H.pylori yang akan melemahkan lapisan lendir perut sehingga menyebabkan asid perut berjaya masuk dan mencederakan lapisan perut.
Apabila tidak dirawat, inilah yang akan menyebabkan masalah gastritis dan sebabkan simptom seperti rasa sakit, mual, loya, angin, kembung perut dan macam-macam lagi simptom yang tidak menyelesakan.
Punca gastrik yang lain adalah seperti:
- Diet tidak sihat (makanan segera, junk food, makanan ultra-processed seperti sosej, nugget, makanan terlalu pedas dan sebagainya)
- Pengambilan ubatan berjadual yang tidak terkawal (painkiller seperti NSAID’s)
- Pengambilan alkohol
- Stress yang kronik
- Kekurangan nutrisi
- Gastritis juga boleh disebabkan oleh masalah auto-imun seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), rheumatoid arthritis dan psoriasis
Baca juga: Cara Atasi Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa
DARI MANA DATANGNYA BAKTERIA HELICOBACTER PYLORI NI?
Bakteria H.pylori sudah lama wujud dikalangan manusia sejak ribuan tahun dulu dan jangkitannya disebarkan menerusi mulut pembawa (air liur) kepada individu lain. Ia juga dikatakan dipindahkan melalui najis tercemar ke mulut yang berlaku apabila seseorang itu tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas.
Bakteria turut tersebar daripada sentuhan dengan makanan atau minuman tercemar.
SIMPTOM GASTRITIS
Apabila diserang gastritis, seseorang itu akan merasa amat tidak selesa. Menahan kesakitan perut yang amat sangat, serba tak kena jadinya. Berikut adalah beberapa simptom yang biasa terjadi apabila diserang gastritis, tetapi jika simptom ini menjadi lebih teruk atau tidak juga beransur reda selepas anda dah buat macam-macam tips atau petua, jangan berlengah untuk berjumpa doktor ye.
Simptom-simptom gastritis:
- Perut terasa pedih seperti terbakar
- Ketidakhadaman
- Kembung
- Hilang selera makan
- Kerap sendawa
- Muntah
- Tersedu
- Loya dan perut menggelodak
LANGKAH MENCEGAH GASTRITIS
1) Pastikan anda tidak sembelit. Pengambilan serat atau fiber yang cukup boleh membantu menurunkan risiko ulser perut sehingga 60%.
2) Makanan – Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan kimchi. Ambil makanan yang bersifat anti-radang yang boleh melawan tekanan oksidatif iaitu makanan yang mengandungi flavonoid seperti anggur, beri, teh hijau, brokoli dan kranberi.
4) Senaman dan pola pemakanan – Senaman boleh meningkatkan hormon ceria dan menghilangkan stres. Jangan biarkan perut kosong. Ambil makanan secara sedikit tetapi kerap. Selain itu, amalkan juga berjalan kaki 5-10 minit selepas makan.
5) AstaREAL®️P2AF – Kajian mendapati AstaREAL®️P2AF boleh meredakan dan mencegah ulser yang disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. Pengambilan bahan ini bersama kolagen didapati dapat memperbaiki dan menganjalkan sel perut yang rosak dan mengurangkan penghasilan asid di dalam perut.
REDIANZE PLATINUM
Berdasarkan senarai panjang sumber untuk suplemen antioksidan terbaik, astaxanthin antara yang terkuat malahan kajian mendapati ia 6,000 lebih efektif berbanding vitamin C.
Ini bermakna, astaxanthin memiliki kemampuan yang baik dalam meningkatkan imunisasi tubuh dan melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Ia sangat berpotensi kepada kesihatan manusia. Ini kerana astaxanthin adalah super antioksidan yang dapat membantu melindungi sel daripada kerosakan dan menambah baik sistem imun badan.
Kenapa anda perlu memilih Redianze Platinum?
- Mengandungi bahan berpaten dari Jepun, AstaREAL P2AF
- Kuasa antioksidan 6,000 kali lebih efektif
- Didatangkan dengan rasa buah pic yang lazat dan menyegarkan
- Diiktiraf Halal oleh JAKIM
- Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Diformulasikan oleh Doktor Perubatan Bertauliah (Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, MD VUB BRUSSELS, BERLGIUM)
7 MANFAAT UTAMA AstaREAL P2AF ASTAXANTHIN
- Antioksidan No. 1 Terkuat di Dunia dari Jepun
- Menyokong kesihatan sendi dan otot
- Meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit
- Mengatasi masalah gastritis
- Meningkatkan kesihatan mata & penglihatan
- Menguatkan sistem imun
- Menyokong kesihatan kardiovaskular
Astaxanthin AstaREAL P2AF sangat bermanfaat untuk kesihatan perut (usus) kerana ia mampu mengurangkan keradangan pada lapisan usus, merendahkan risiko jangkitan bakteria Helicobacter Pylori yang menjadi punca gastrik serta mengurangkan simptom ketidakhadaman.
Jadi, Redianze Platinum bukan saja suplemen antioksidan terbaik untuk anti-penuaan tapi juga terlalu banyak manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
Jika anda mahu atasi gastritis secara total, mulakan dengan detoks. Kerana usus yang kotor dan toksin akan menghalang penyerapan nutrisi dan manfaat daripada apa yang anda makan atau minum (suplemen). NUTRELLE EXTRA adalah terbaik untuk detoks.
Selepas detoks, atasi pula punca gastrik dengan REDIANZE. Kalau anda hanya memfokuskan kepada meredakan simptom gastritis sahaja tanpa mengatasi puncanya, sampai bila pun masalah yang sama tetap akan berulang. Ia ibarat rumah anda berbau busuk dan dipenuhi lalat yang berpunca daripada sampah yang tidak dibuang. Apa yang anda buat HANYA menyembur pewangi dengan harapan bau busuk dan lalat akan hilang sedangkan sampah yang menjadi punca bau busuk dan lalat itu masih ada dalam rumah anda.
Dapat sesuatu?
Lagi satu, apabila diserang gastrik anda akan rasa sangat tidak selesa. Dalam perut macam huru-hara, pedih, berangin, kembung, loya, nak muntah semuanya bercampur baur. Legakan dengan GUTAFIX! Ia seperti Bomba datang padamkan api!
Leave a Comment