X

10 Punca Sakit Buah Pinggang Yang Biasa Kita Buat

BUAH PINGGANG YANG SUDAH ROSAK akan TERUS ROSAK sampailah ke tahap ia akan GAGAL SEPENUHNYA dan ini bermakna NYAWA jadi taruhan. Tapi, apakah dia punca sakit buah pinggang ni?

Kalau anda didapati sedang atau berisiko menghidap kerosakan buah pinggang…

Berfikir panjang untuk mendapatkan penawar terbaik bukanlah langkah yang bijak. Jangan tunggu bila segalanya dah TERLEWAT… masa tu nanti tak ada apa lagi dah yang mampu membantu hatta anda ada duit berjuta…

PELUANG untuk kembali sihat masih ada….

 

APAKAH PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG?

Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.

Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.

Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni.

Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.

 

10 TABIAT PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG

Berikut adalah antara 10 senarai perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.

#1 – Tidak Minum Air yang Cukup

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menjadi punca sakit buah pinggang rosak termasuklah organ lain dalam tubuh kita.

#2 – Diet Tinggi Garam (Sodium)

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.

PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 gram GARAM SEHARI.

 

#3 – Selalu Bertangguh Membuang Air kecil (Tahan Kencing)

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha).

Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

 

#4 – Pengambilan Gula Berlebihan

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing.

Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Sebagai pilihan yang lebih selamat, gantikan pengambilan gula putih dengan STEVIA.

 

 

Baca juga: Cara Kawal Gula Dalam Darah

#5 – Mengabaikan Kepentingan Vitamin dan Mineral Penting

Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik.

Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang.

Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

 

#6 – Mengambil Sumber Protein Daripada Haiwan Secara Berlebihan

Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang.

Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

#7 – Tidak Cukup Tidur (Suka Tidur Lewat)

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik (insomnia) selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang.

Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.

#8 – Suka Minuman Berkafein

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang.

Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan risiko kerosakan pada buah pinggang.

#9 – Penyalahgunaan Pil Tahan Sakit (Painkiller)

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut.

Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

#10 – Pengambilan Alkohol

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!

 

NOTA PENTING:

  • TINDAKAN SEGERA WAJIB diambil apabila buah pinggang dah mula mengalami masalah terutamanya jika BUAH PINGGANG ROSAK.
  • Kerana bila rosak, ia akan terus merosak dan turut melibatkan masalah lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol, anemia, kekurangan vitamin D, fosforus & kalsium.
  • BUAH PINGGANG ROSAK mungkin tidak dapat dipulihkan kembali 100%, tetapi peluang untuk memperbaikinya dan mengelakkannya daripada melarat ke bahagian organ lain masih ada.

 

 

ESKAYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

 

 

 

 

 

NOTA PENTING: Kesan tidak tipikal. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu. Jangan berhenti mendapatkan rawatan daripada & sila dapatkan nasihat doktor sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil sebarang suplemen.

 

 

Kembali sihat secara fitrah dengan manfaat daripada khasiat bahan-bahan semulajadi dalam PHYTAX.

Untuk info lanjut & membuat pesanan, WhatsApp saya sekarang!

 

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan (vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

Komen Facebook:
10 Punca Sakit Buah Pinggang Yang Biasa Kita Buat
Leave a Comment