KAWAL GULA DALAM DARAH sebaik mungkin sebelum masalah ni melarat dan melibatkan kerosakan buah pinggang.

Mungkin ramai yang jarang terfikir tentang buah pinggang – organ yang menjadi menjalankan sistem penapisan untuk badan kita. TAPI kita perlu melindungi buah pinggang kita lebih-lebih lagi sekiranya kita sedang menghidap penyakit kencing manis.

Kenapa?

3 perkara yang boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang rosak.

Perkara pertama adalah gula dalam darah. Kalau kandungan gula dalam darah ni dibiarkan tinggi, ia boleh menjadi punca kepada kerosakan buah pinggang – kerosakan kepada pembuluh darah yang ‘memberi makan’ kepada buah pinggang dan juga kerosakan kepada bahagian buah pinggang yang menapis darah.

Tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi adalah 2 lagi perkara yang boleh menyebabkan kerosakan kepada pembuluh darah dan memberi tekanan kepada buah pinggang, menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras dan juga membuatkan kebocoran bahan penting seperti protein (penapis buah pinggang bocor @ nephrotic syndrome).

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH PEN YAKIT BUAH PINGGANG?
Kawal tahap gula dalam darah – ini akan dapat menurunkan risiko kerosakan buah pinggang dan mencegahnya daripada menjadi lebih teruk jika anda sudah pun menghidap penyakit buah pinggang rosak.

Salah satu cara untuk kawal gula dalam darah adalah dengan melakukan ujian berkala dan pengawasan ketat di rumah. Ambil tahu berapa paras gula dalam darah sebelum dan selepas makan.

Selain daripada kawal gula dalam darah, banyak lagi aspek penting dalam kehidupan yang tak boleh diabaikan jika hendak cegah daripada buah pinggang rosak.

Antaranya:

  • Diet yang sihat
  • Bersenam
  • Tidak merokok
  • Nutrisi yang cukup
  • Kawal paras kolesterol (suplemen untuk kolesterol)
  • Kekalkan paras tekanan darah yang baik
  • Minum air kosong yang mencukupi setiap hari

 

APAKAH PERANAN RESVERATROL DALAM MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH?

Resveratrol membantu mencegah rintangan insulin, iaitu keadaan dimana badan menjadi kurang sensitif dengan hormon yang menurunkan paras gula dalam darah iaitu insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis.

 

 

 

kawal gula dalam darah

Komen Facebook:
Kawal Gula Dalam Darah: Cegah Buah Pinggang Rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *