Sakit Buah Pinggang Tahap 4

Apa yang anda perlu buat kalau anda disahkan menghidap sakit buah pinggang tahap 4?

Ambil tahu apa yang boleh anda buat untuk elakkan sakit buah pinggang itu daripada jadi semakin kronik dan apakah pilihan yang ada – wajib buat sebab anda memang tiada pilihan kerana apabila buah pinggang yang sudah rosak hanya akan terus merosak dan lama- kelamaan akan turut membawa kepada banyak penyakit kronik lain.

Antara penyakit kronik lanjutan daripada buah pinggang rosak adalah serangan jantung dan paru-paru berair.

Buah pinggang rosak juga menyebabkan beberapa komplikasi dan masalah kesihatan lain.

Tangani komplikasi sakit buah pinggang sebaik-baiknya seperti:

  • Masalah jantung dan salur darah
  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Masalah tulang
  • Tekanan darah tinggi
  • Kekurangan nutrisi

sakit buah pinggang tahap 4

 

APAKAH DIA SAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4?

Chronic kidney disease (CKD) atau sakit buah pinggang kronik terjadi apabila buah pinggang telah rosak. Buah pinggang boleh rosak akibat daripada kecederaan fizikal atau penyakit seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Apabila buah pinggang rosak, ia sudah tidak mampu untuk menapis darah atau menjalankan fungsinya dengan baik.

Antara fungsi penting buah pinggang ialah:

  • Menapis darah
  • Memastikan keseimbangan cecair dalam badan
  • Mengawal selia hormon
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Menjaga kesihatan tulang
  • Membantu menghasilkan sel darah merah

Terdapat 5 tahap dalam chronic kidney disease (CKD). Paling mild ialah tahap 1 dan 2. Pada tahap awal ini, buah pinggang sudah pun rosak dan mula kehilangan untuk berfungsi dengan sempurna. Pada tahap ke-3 pula, lebih kurang separuh daripada fungsi buah pinggang telah hilang.

Ini boleh menyebabkan masalah lain, seperti tekanan darah tinggi dan masalah pereputan tulang @ osteoporosis. Rawatan untuk masalah-masalah ini sangatlah penting dan boleh membantu untuk memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang.

Pada tahap 4, kerosakan buah pinggang sudah parah. Pada tahap ini, adalah sangat penting untuk memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang dengan mengikuti jadual rawatan dengan betul dan menguruskan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung dengan baik.

Tahap 5 pula ialah tahap dimana buah pinggang telah gagal. Jika ini terjadi, pemindahan buah pinggang atau dialisis diperlukan untuk meneruskan hidup.

 

sakit buat pinggang tahap 4

KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Walaupun anda sekarang sedang mendapatkan rawatan untuk sakit buah pinggang tahap 4 dan sangat menjaga kesihatan, buah pinggang anda tetap berpotensi untuk gagal.

Kegagalan buah pinggang terjadi apabila:

  • 85 – 90% fungsi buah pinggang telah hilang
  • GFR dibawah 15
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membuatkan anda terus hidup

 

Dengan rawatan yang betul, gaya hidup sihat, pemakanan @ diet yang baik, anda masih berpeluang untuk terus hidup selesa. Menghidap kerosakan buah pinggang BUKAN bermakna anda sudah dikenakan hukuman mati. Ada orang yang masih mampu hidup aktif walaupun mereka terpaksa menjalaninya dengan buah pinggang yang dah rosak.

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

RAWATAN UNTUK KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Terdapat 2 jenis rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu pemindahan buah pinggang dan dialisis. 2 jenis dialisis boleh dilakukan – hemodialysis dan pertoneal dialisys.

 

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Ini adalah pembedahan untuk menggantikan buah pinggang yang telah rosak dengan buah pinggang baru. Buah pinggang yang baru itu boleh datang daripada mana-mana penderma organ tak kiralah mereka yang telah mati atau masih hidup. Buah pinggang baru biasanya boleh berfungsi serta-merta.

Seseorang tu memerlukan ubatan tertentu untuk mengelakkan daripada badan mereka menolak buah pinggang baru yang diterima. Jika berlaku penolakan, dialisis diperlukan dan anda mungkin mempertimbangkan untuk membuah pemindahan kedua.

Pemindahan buah pinggang ialah rawatan, bukan penawar. Penerima buah pinggang baru masih dikira menghidap sakit buah pinggang dan anda mungkin masih perlu mengambil ubat-ubatan yang diambil sebelum pemindahan buah pinggang dilakukan.

 

HEMODIALISIS (HD)

Hemodialisis ialah rawatan untuk menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair dalam darah. Ia boleh dilakukan di rumah (home hemodialysis) atau di pusat dialisis. Semasa rawatan, darah akan dipam melalui tiub ke mesin dialisis dimana ia akan melalui penapis khas yang dipanggil sebagai dialyzer (atau dikenali juga sebagai buah pinggang palsu).

Selepas ditapis, darah akan masuk semula ke dalam salur darah dalam badan. Cuma ada sedikit darah yang akan keluar daripada badan pada satu-satu masa. Rawatan di pusat dialisis mengambil masa 3 – 5 jam, 3 kali seminggu. Tapi kalau di rumah, waktu rawatan akan lebih fleksibel.

 

PERITONEAL DIALYSIS (PD)

Pertoneal dialysis ialah rawatan dialisis untuk sakit buah pinggang tahap 4 yang boleh dilakukan dimana-mana samada di rumah, di tempat kerja atau walau masa tidur. Ia mesti dilakukan setiap hari. Ada beberapa proses yang perlu dilalui seperti pembedahan kecil untuk meletakkan catheter dalam abdomen (perut).

Dengan peritoneal dialysis, proses mencuci darah berlaku dalam badan, bukan diluar macam hemodialisis. Peritoneum (lapisan dalam abdomen) akan bertindak sebagai penapis semulajadi. Semasa rawatan, larutan pencuci yang dipanggil dialysate, mengalir masuk ke dalam abdomen melalui tiub PD catheter. Bahan buangan dan lebihan cecair akan melalui darah ke larutan pencuci.

Selepas beberapa jam, keringkan larutan pencuci tersebut daripada abdomen dan gantikan dengan larutan pencuci yang baru dan ulang semula proses seperti sebelumnya.

NOTA PENTING: jangan cuba mengelak daripada rawatan dialisis sekiranya anda sudah dinasihatkan untuk berbuat demikian kerana dialisis adalah sangat penting bagi menyingkirkan toksin dan menapis darah.

 

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

ESKAYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

sakit buah pinggang tahap 4

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

sakit buah pinggang tahap 4

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan (vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Sakit Buah Pinggang Tahap 4: Jalani Hidup Lebih Baik

16 thoughts on “Sakit Buah Pinggang Tahap 4: Jalani Hidup Lebih Baik

  • December 6, 2016 at 10:00 pm
    Permalink

    Kalau sudah dialisis 7 tahun.adakah masih boleh atau peluang utksrmbuh

    Reply
    • December 7, 2016 at 6:37 am
      Permalink

      Sis Zura boleh whatsapp saya di 0197071977 untuk konsultasi lanjut yer… terima kasih

      Reply
  • December 7, 2016 at 2:34 pm
    Permalink

    assalam,ibu saya menghidap penyakit buah pinggang,da masuk 4 hari badan ibu saya membengkak,perut,tangan,kaki membesar,petnag tadi doktor da bgitau keputusan ujian darah,ibu saya sakit buah pinggang tahap 4,dan doktor kata buah pinggang ke dua2 da rosak,,,ya allah buntu nya,
    sekiranya saya membuat pemindahan buah pinggang kepada ibu saya ,adakah ibu akan akan beransur pulih …

    Reply
    • December 8, 2016 at 6:15 am
      Permalink

      Allah!… saya turut bersimpati dengan Encik Yus… tahap 4 bermakna sudah memasuki tahap kronik.. dan pemindahan buah pinggang biasanya hanya akan dibuat jika sudah memasuki tahap 5 – 6 atau dikenali jugak tahap akhir… tapi, keputusan samada perlu buat pemindahan buah pinggang atau tidak hanya boleh ditentukan oleh doktor sahaja… jaminan utk kembali pulih semula 100% bergantung kepada penerimaan sistem badan seseorang itu kepada buah pinggang baru… selebihnya hanya Allah yang tahu… Wallahualam…

      Reply
  • December 10, 2016 at 10:22 pm
    Permalink

    sharing yang sangat best, teruskan menulis

    Reply
  • December 19, 2016 at 2:07 am
    Permalink

    Sya minat dgn vivix ni sb sya ckd tahap 4..puas cari penawar yg bolih sembohkan ckd sya

    Reply
    • December 19, 2016 at 9:44 am
      Permalink

      Salam Puan Rosnah… boleh WhatsApp saya (Nieda) di 0197071977 yer… terima kasih… InsyaAllah Vivix boleh jadi ikhtiar terbaik utk CKD

      Reply
  • December 24, 2016 at 4:33 am
    Permalink

    Kalau stroke Dan kencing manis boleh minim? Kalau org sihat atau Xtau Ada sakit atau tida boleh minum vivix ini?

    Reply
    • December 29, 2016 at 1:07 am
      Permalink

      Boleh… whatsapp saya di 0197071977 untuk konsultasi lanjut

      Reply
  • December 28, 2016 at 10:39 pm
    Permalink

    Assalam kalau untuk darah tinggi sesuai x vivik ni..brapa harga ?

    Reply
    • December 29, 2016 at 1:06 am
      Permalink

      Terima kasih kerana berminat… boleh whatsapp saya di 0197071977 untuk konsultasi lanjut…

      Reply
  • August 18, 2017 at 10:14 am
    Permalink

    Assalamualaikum,

    Boleh saya mengetahui lebih lanjut tentang pesakit buah pinggang?suami saya sudah menjalani dialysis selama 6 tahun. Pada mulanya dia okey jea tpi pada tahun yg k 6 ni akhir2 ne selalu saja lemah sakit expecially pada malam tak lalu nak tidur dh tu dia rasa sakit pada dada dan kedua kakinya sakit bisa yang terlalu..dan sekrg doc dh suruh ambil darah kemudian disahkan darah dia berkuman..so sekarang during dialysis mon wed and friday dia masuk antibiotic.pls advice email kat saya ASAP .

    Terima kasih

    Regards,
    Mimie from Brunei
    +6738185845

    Reply
    • August 18, 2017 at 11:22 am
      Permalink

      Wa’alaikumsalam… saya sudah WhatsApp Puan Mimie melalui no. saya 019-7071977

      Reply
  • August 24, 2017 at 3:15 pm
    Permalink

    Saya baru jalani dialysis masuk minggu ke 4. Tahap 5 bole kah sy pulih tanpa dialysis

    Rahim
    0193157626

    Reply
    • August 28, 2017 at 9:26 am
      Permalink

      Saya hubungi Encik Rahim melalui whatsapp ya… terima kasih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!