Adakah anda sedang mencari petua hilangkan bintik kolesterol?

Bintik kolesterol di sekitar mata adalah benjolan lemak yang berkembang di bawah kulit anda, biasanya di dalam canthus kelopak mata atas. Ia juga dikenali sebagai xanthelasma.

Walaupun salah satu penyebab utama xanthelasma adalah tahap lipoprotein berkepadatan rendah yang tinggi (LDL atau ‘kolesterol’ jahat) di dalam badan, ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, kencing manis, penyakit hati dan lain-lain keadaan.

 

petua hilangkan bintik kolesterol

 

Orang yang mempunyai kolesterol tinggi, cirrhosis atau kencing manis berada pada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini. Ia juga lebih biasa di kalangan orang yang berusia di antara 40 dan 60 tahun.

Bintik kolesterol atau xanthelasma ini tidak menyebabkan kesakitan atau gatal-gatal, tetapi ia mungkin boleh menghalang penglihatan jika benjolan itu tumbuh cukup besar dan mencacatkan penampilan.

Ia juga boleh menjadi isyarat atau petanda anda bakal mendapat penyakit arteri koronari di masa depan. Satu kajian 2013 yang diterbitkan dalam BioMed Research International melaporkan bahawa sejumlah besar kes palpebrarum xanthelasma digabungkan dengan merokok, obesiti, hipertensi, kencing manis dan dislipidemia, yang merupakan faktor risiko utama untuk penyakit arteri koronari.

Oleh kerana kawasan yang terjejas biasanya sangat dekat dengan mata, pembedahan bukanlah rawatan yang disyorkan. Tambahan pula, pembedahan boleh mengakibatkan parut yang kekal. Rawatan laser adalah satu lagi kemungkinan, tetapi juga membawa risiko parut.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol
Kesan parut yang ditinggalkan akibat pembuangan bintik kolesterol @ xanthelasma secara pembedahan

 

Adalah penting untuk mengetahui punca xanthelasma anda dan merancang rawatan atau petua hilangkan bintik kolesterol ini dengan sewajarnya.

Contohnya, jika penyebabnya adalah kolesterol tinggi dalam darah, anda perlu mengambil langkah untuk mengurangkan tahap kolesterol anda.

Dalam masa yang sama, petua hilangkan bintik kolesterol yang boleh dilakukan di rumah ini juga boleh membantu meminimumkan penampilan atau membuang benjolan tersebut.

 

petua hilangkan bintik kolesterol
Jangan keliru antara bintik kolesterol @ xanthelasma dengan biji milia seperti ini. Kedua-dua masalah ini mempunyai kaedah rawatan berbeza

Baca Cara Hilangkan Biji Milia

Berikut adalah 10 petua hilangkan bintik kolesterol @ xanthelasma sekeliling mata anda.

  1. BAWANG PUTIH

Enzim yang terdapat dalam bawang putih boleh membantu meratakan benjolan bintik kolesterol. Bawang putih juga bermanfaat untuk mengurangkan tahap kolesterol tinggi.

  • Hancurkan bawang putih sehingga menjadi pes. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan tutup dengan kapas untuk elakkan bawang putih masuk ke dalam mata anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudian basuh dengan air suam. Ulang sekali sehari selama beberapa hari.
  • Alternatifnya, hancurkan tablet bawang putih menjadi serbuk halus. Tambahkan sedikit air untuk membentuk pes dan letakkan di kawasan yang terjejas. Biarkan selama kira-kira 1 jam sebelum membasuhnya. Lakukan ini setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diinginkan.
  • Anda juga boleh makan 2 hingga 3 ulas bawang putih mentah semasa perut kosong setiap hari atau ambil suplemen bawang putih sebagai ganti.

Nota: Elakkan menggunakan bawang putih pada kulit untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh membakar kulit. Elakkan petua hilangkan bintik kolesterol menggunakan bawang putih jika anda memiliki kulit yang sensitif.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol

 

  1. MINYAK CASTOR

Satu lagi bahan yang berkesan untuk merawat xanthelasma ialah minyak kastor. Asid ricinoleic dalam minyak kastor membantu mengurangkan kadar kolesterol.

Walau bagaimanapun, minyak ini berfungsi dengan baik pada bintik kolesterol kecil yang masih baru.

  1. Rendam kapas di dalam minyak kastor.
  2. Sapukan pada kawasan yang terjejas, pastikan mata anda ditutup.
  3. Urut selama beberapa minit.
  4. Lekatkan kapas tersebut menggunakan pita pelekat dan biarkannya dalam semalam, bersihkan dengan air suam keesokan harinya.
  5. Ulangi petua hilangkan bintik kolesterol ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

 

 

  1. CUKA EPAL

Sekiranya anda mempunyai kolesterol yang tinggi dan ini adalah punca utama bintik kolesterol di mata anda, cuka sari epal adalah apa yang anda perlukan.

Cuka sari epal dapat membantu mengurangkan LDL atau paras kolesterol jahat dalam badan. Ia akan mencairkan kolesterol dan lemak serta membantu untuk detoks hati.

Tambahan pula, asid asetik di dalamnya bersifat menghakis, yang membantu menipiskan bintik kolesterol @ xanthelasma.

  • Rendam kapas di cuka sari epal dan letakkan di kawasan yang terjejas. Gunakan pita pelekat untuk melekatkan kapas di bahagian yang ada bintik kolesterol tersebut. Selepas 2 jam, tanggalkan kapas dan bilas dengan air suam. Lakukan petua hilangkan bintik kolesterol ini beberapa kali sehari.
  • Campurkan 1 sudu besar cuka cider epal mentah dengan sedikit madu dalam segelas air suam dan minum 2 kali sehari.

Nota: Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, cairkan cuka sari epal dengan sedikit air sebelum digunakan. Pastikan anda membeli cuka sari epal yang tertulis ‘with the mother’ pada labelnya.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol

 

  1. BIJI FENUGREEK

Biji Fenugreek juga berkesan untuk meratakan bintik kolesterol sehingga mereka hilang sepenuhnya.

  • Rendam 2 sudu teh biji fenugreek dalam segelas air semalaman. Minum campuran ini pada keesokan harinya semasa perut kosong. Ia akan membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat di dalam badan anda. Ulang setiap hari.
  • Atau sapukan air rendaman biji fenugreek ini pada kulit yang ada bintik kolesterol. Urut kawasan tersebut dengan perlahan dengan hujung jari anda, supaya air dapat menembusi jauh ke dalam kulit. Ulang setiap hari.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol

 

  1. BAWANG

Bawang mengandungi sebatian yang menghalang kolesterol jahat dan pembentukan lemak.

Sifat berasid bawang membantu meratakan bintik kolesterol pada kulit.

  • Dapatkan ekstrak jus daripada 1 ulas bawang, tambah sedikit garam dan letakkannya pada kulit yang ada bintik kolesterol selama beberapa jam. Sapukan campuran ini pada kawasan yang terjejas sebelum tidur, urut perlahan-lahan dan biarkan pada semalaman. Cuci dengan air suam pada keesokan paginya. Ulang setiap hari.
  • Atau, campurkan 2 sudu besar jus bawang dalam segelas air dan minum setiap hari. Tapi saya tak dapat bayangkan pula apa rasanya.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol

 

  1. KULIT PISANG

Satu lagi petua hilangkan bintik kolesterol di sekeliling mata anda secara selamat dan semulajadi adalah dengan menggunakan kulit pisang.

Kulit pisang mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan enzim di dalamnya dapat membantu menghilangkan bintik kolesterol secara semulajadi.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol

 

  1. KETUMBAR

Ketumbar membantu menurunkan tahap kolesterol, LDL dan trigliserida, oleh itu ia berkesan untuk merawat xanthelasma jika penyebabnya adalah kolesterol tinggi dalam darah.

Biji ketumbar mempunyai kesan hypoglycemic dan ia juga berkesan dalam pengurusan kencing manis, satu lagi faktor risiko untuk xanthelasma.

Caranya, rebus 1 sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Minum air rebusan ini 2 atau 3 kali sehari untuk menurunkan tahap kolesterol anda.

  1. VITAMIN C

Vitamin C, folat dan flavonoid dalam jus oren berkesan untuk meningkatkan tahap lipoprotein kepadatan tinggi (HDL atau ‘kolesterol baik’) dan mengurangkan tahap LDL @ kolesterol jahat.

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition melaporkan bahawa vitamin C dapat meningkatkan profil lipid darah pada individu yang mempunyai hypercholesterolemia.

Pengambilan vitamin C jangka panjang dikaitkan dengan tahap kolesterol LDL yang rendah dan apolipoprotein B pada individu normal dan hypercholesterolemic sederhana kerana peningkatan folat dan vitamin C dalam diet mereka.

Cuba minum 2 hingga 3 gelas jus oren atau jus buah buahan segar yang kaya dengan vitamin C setiap hari atau sebagai alternatif, anda boleh makan beberapa biji oren, buah kiwi, buah delima setiap hari ataupun untuk lebih mudah, ambil saja suplemen vitamin C semulajadi.

Petua hilangkan bintik kolesterol

  1. BADAM

Badam mempunyai potensi untuk mengurangkan kolesterol LDL dalam tubuh, ia juga berkesan dalam mengurangkan bintik kolesterol di sekitar mata anda.

Nutrien dalam badam mampu mengawal enzim yang terlibat dalam sintesis kolesterol dan pengeluaran asid hempedu.

Pengambilan badam setiap hari adalah strategi pemakanan yang mudah untuk mencegah risiko penyakit kardio-metabolik.

Untuk petua hilangkan bintik kolesterol, tambah sedikit susu kepada 1 sudu teh serbuk badam untuk membentuk pes. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia kering. Gosok perlahan dengan jari yang basah. Ulang sekali setiap hari.

Atau, setiap hari rendam 4 atau 5 biji badam dalam air pada waktu malam dan makan pada waktu pagi sebagai sebahagian daripada sarapan pagi anda.

  1. KURANGKAN LEMAK DAN KOLESTEROL DALAM DIET ANDA

Awasi apa yang anda makan sekiranya anda mahu menyekat pertumbuhan bintik kolesterol yang semakin meningkat di kelopak mata anda. Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Jadi, apa yang perlu anda buat?

  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau bergoreng dalam diet anda.
  • Amalkan diet yang rendah dalam lemak tepu.
  • Tambah minyak kelapa organik dalam diet anda. Sebagai contoh, anda boleh menambah 1 atau 2 sudu minyak kelapa dalam kopi anda setiap pagi.
  • Elakkan pengambilan karbohidrat ringkas dan gula yang diproses secara berlebihan.
  • Katakan tidak kepada makanan yang menyumbang kepada kolesterol jahat seperti daging merah, produk tenusu penuh lemak, kuning telur dan makanan yang diproses seperti burger, sosej dan sebagainya.
  • Makan lebih banyak bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran segar.
  • Ambil produk tenusu rendah lemak atau lemak tanpa lemak.
  • Makanan tinggi serat seperti kacang juga harus menjadi sebahagian daripada diet anda.

 

Petua hilangkan bintik kolesterol
Bintik kolesterol @ xanthelasma yang sudah agak kronik

 

TAMBAHAN KEPADA PETUA HILANGKAN BINTIK KOLESTEROL

  • Kekalkan berat badan yang sihat.
  • Berhenti merokok dan elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 5 hari seminggu untuk memperbaiki aliran darah anda dan pecahan lemak terkumpul.
  • Lakukan ujian lipid dan paras kolesterol secara teratur.
  • Ambil suplemen untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.

 

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MENURUNKAN DAN MENGAWAL PARAS KOLESTEROL

petua hilangkan bintik kolesterol

 

petua hilangkan bintik kolesterol

 

petua hilangkan bintik kolesterol

 

petua hilangkan bintik kolesterol

 

PESANAN: Anda boleh juga dapatkan rawatan kosmetik / rawatan laser di pusat kecantikan yang ada pakar bertauliah bagi menghilangkan Xanthelasma yang sedia ada.

 

petua hilangkan bintik kolesterol

 

Komen Facebook:
Petua Hilangkan Bintik Kolesterol Di Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!