Bintik kolesterol di mata anda yang berwarna kekuningan adalah kesan kesan sampingan yang berpunca daripada kandungan lipid yang tinggi dalam darah.

Istilah perubatan untuk bintik ini adalah xanthelasma. Ia mungkin tidak berbahaya pada mulanya, tetapi lama kelamaan ia boleh mencacatkan penampilan atau mungkin juga menyakitkan.

Ia juga mungkin menjadi tanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Adakah anda atau orang yang anda kenal ada bintik kolesterol di mata?

Teruskan membaca untuk mengetahui tentang apa yang menyebabkan keadaan ini dan pilihan rawatan yang ada.

 

GEJALA-GEJALA XANTHELASMA @ BINTIK KOLESTEROL DI MATA

Xanthelasma @ bintik kolesterol di mata adalah ketulan putih bahan lemak yang terkumpul di bawah kulit pada bahagian dalam kelopak mata atas dan bawah.

Plak mengandungi lipid atau lemak, termasuk kolesterol dan biasanya ia muncul secara simetris di antara mata dan hidung anda.

Luka dan plak ini tidak menjejaskan fungsi kelopak mata anda. Ini bermakna ia tidak boleh menjejaskan fungsi kelopak mata anda. Namun ia secara beransur-ansur boleh menjadi lebih besar dari masa ke masa dan menyebabkan ketidakselesaan.

Biasanya ia tidak perlu dikeluarkan kecuali atas alasan ketidakselesaan atau atas alasan kosmetik (penampilan).

 

bintik kolesterol di mata

 

PUNCA XANTHELASMA @ BINTIK KOLESTEROL DI MATA

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan bintik kolesterol di sekeliling mata mereka. Tetapi keadaan ini paling biasa pada individu yang mengalami gangguan lipid yang dipanggil dyslipidemia.

Dyslipidemia adalah keadaan dimana kandungan kolesterol yang tinggi di dalam pembuluh darah dan ia boleh merebak ke lapisan dalam pembuluh darah itu sendiri atau arteri yang berfungsi mengangkut darah daripada jantung ke seluruh bahagian badan.

 

bintik kolesterol di mata

 

Individu yang mengalami gangguan ini mempunyai terlalu banyak lipid dalam aliran darah mereka seperti trigliserida dan bentuk kolesterol tertentu.

Anda mungkin mengalami dyslipidemia jika anda mengalami keadaan berikut:

  • hiperkolesterolemia yang dikenalpasti dengan jumlah kolesterol melebihi 200 miligram per desiliter (mg / dL)
  • hipertriglyceridemia, yang dikenalpasti oleh trigliserida melebihi 150 mg / dL
  • paras lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) yang tinggi atau juga dikenali sebagai kolesterol jahat, yang dikenalpasti oleh LDL melebihi 100 mg / dL
  • paras lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL) yang tinggi atau juga dikenali sebagai kolesterol baik, yang dikenalpasti oleh HDL di atas 40 mg / dL

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan anda mempunyai terlalu banyak lipid dalam aliran darah anda dan seterusnya menyebabkan terjadinya xanthelasma @ bintik kolesterol di mata.

Punca lain adalah genetik; bermakna tidak banyak yang anda boleh buat untuk menghalangnya.

Selain daripada itu, gaya hidup atau kesan sampingan ubat tertentu juga memainkan peranan.

 

Punca genetik mungkin termasuk:

  • kekurangan familial lipoprotein lipase iaitu enzim yang berfungsi untuk memecahkan lipid
  • familial hypertriglyceridemia iaitu keadaan genetik yang menyebabkan seseorang itu mempunyai jumlah triglycerides yang lebih tinggi dalam darah mereka
  • familial dyslipoproteinemia iaitu keadaan genetik yang menyebabkan seseorang itu mempunyai lipid yang lebih tinggi dalam darah mereka

Faktor-faktor gaya hidup termasuklah:

  • mengamalkan diet tinggi lemak tepu dan rendah lemak tidak tepu
  • pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Kurang senaman kardiovaskular
  • berat badan berlebihan / obesiti
  • diet rendah serat
  • merokok

Ubat-ubatan yang boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat bintik kolesterol di mata mata termasuklah:

  • beta-blockers
  • pil contraceptive
  • ubat-ubatan yang mengandungi estrogen
  • corticosteroids
  • retinoid
  • diuretik thiazide
  • perencat protease
  • steroid anabolik
  • ubat antiepileptic

Ada juga yang bertanya paras kolesterol mereka adalah normal tetapi mengapa mereka ada bintik kolesterol di mata?

Ini kerana sesetengah keadaan seperti penyakit buah pinggang, hypothyroidism, dan diabetes mellitus juga boleh menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Penyakit-penyakit ini boleh meningkatkan kepekatan lipid dalam darah anda. Kadangkala punca dislipidemia tidak diketahui dengan jelas.

 

bintik kolesterol di mata
Jangan keliru antara bintik @ biji kolesterol dengan biji milia. Kedua-dua masalah ini juga memerlukan pendekatan rawatan yang berbeza

 

RAWATAN UNTUK BINTIK KOLESTEROL DI MATA

Doktor mungkin dapat mengeluarkan bintik kolesterol di mata anda.

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan:

  • Pembedahan kecil yang biasanya menjadi pilihan pertama untuk menghilangkan bintik kolesterol ini. Pemulihan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu.
  • Pengecutan kimia menggunakan asid asetik berklorin dan boleh mengeluarkan bintik kolesterol tersebut tanpa meninggalkan banyak parut.
  • Cryotherapy yang perlu dibuat berulang kali untuk merosakkan xanthelasma. Ini membawa risiko parut dan perubahan kepada pigmen kulit anda.
  • Karbon dioksida dan ablasi laser argon yang kurang invasif berbanding pembedahan dan mempunyai kadar kejayaan yang munasabah namun ia membawa kepada risiko perubahan pigmentasi.
  • Elektrodessication boleh digunakan dengan cryotherapy.

Penting untuk memantau proses pemulihan selepas anda melakukan mana-mana prosedur yang disebutkan di atas. Perhatikan setiap kesan sampingan yang anda alami dan maklumkan kepada doktor yang merawat anda.

Xanthelasma mempunyai kadar berulang yang tinggi, terutamanya dalam kes-kes pembedahan atau hyperlipidemia yang teruk.

Penyebab utama xanthelasma mungkin dislipidemia, jadi doktor juga boleh mencadangkan perubahan gaya hidup untuk membantu menguruskan lipid dalam darah anda.

Mengawal jumlah lipid dalam darah boleh membantu mengurangkan risiko berulangnya pertumbuhan bintik kolesterol di mata anda.

  • Anda boleh dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan sebelum membuat keputusan untuk mengubah diet anda.
  • Hadkan pengambilan jumlah lemak tepu.
  • Tingkatkan pengambilan serat.
  • Makan lebih banyak protein terutamanya protein tumbuhan yang mengandungi kurang kalori, lemak rendah dan lebih tinggi serat. Contoh protein berasaskan tumbuhan adalah tauhu, tempe, kacang soya (pastikan ia non-GMO) atau kekacang.
  • Kurangkan pengambilan alkohol.
  • Jika anda merokok, berhentilah. Baca Cara Berhenti Berhenti Merokok.
  • Lakukan senaman kardiovaskular selama 30 minit tiga kali seminggu.

 

KESIMPULAN

Xanthelasma @ bintik kolesterol adalah kumpulan lemak yang terbina pada kelopak mata anda. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya berlaku pada orang dewasa pertengahan umur dan lebih tua.

Xanthelasma pada umumnya tidak menyakitkan tetapi lama kelamaan ia akan menyebabkan ketidakselesaan jika tidak dirawat.

Xanthelasma mungkin merupakan gejala dislipidemia, yang boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk dari masa ke semasa.

Malah, satu kajian mendapati ada kaitan antara xanthelasma dengan penyakit jantung dan aterosklerosis kronik.

Xanthelasma boleh dirawat melalui pelbagai teknik termasuk pembedahan dan cryotherapy. Tangani juga punca asasnya iaitu dislipidemia dengan cara menurunkan dan mengawal paras kolesterol.

 

SUPLEMEN UNTUK MENGAWAL / MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL

bintik kolesterol di mata

 

bintik kolesterol di mata

 

bintik kolesterol di mata

 

bintik kolesterol di mata

 

NOTA PENTING: PHYTAX bertujuan untuk membantu mengawal dan menurunkan paras kolesterol di dalam badan, mencegah masalah kesihatan berkaitan kolesterol, BUKAN untuk menghilangkan XANTHELASMA (bintik kolesterol di mata – ini memerlukan rawatan kosmetik / rawatan laser) – Harap maklum!

 

bintik kolesterol di mata

Komen Facebook:
Bintik Kolesterol Di Mata Tanda Masalah Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!