Jerawat putih @ milia atau ada juga yang panggil sebagai biji kolesterol (walaupun ia sebenarnya bukanlah biji kolesterol) memang susah nak hilangkan. Degil! sebab dia tersumbat / terperangkap terus di bawah kulit. Picit macam mana pun memang tak nak keluar… air mata jer yang keluar… sebab menahan sakit. Ada ke cara nak hilangkan biji kolesterol di muka ni tanpa perlu buat rawatan laser yang mahal dan menyakitkan tu?

Bagi siapa-siapa yang ada masalah biji kolesterol, mungkin boleh la cuba beberapa cara untuk hilangkan biji kolesterol yang saya kongsikan di bawah ni.

 

hilangkan biji kolesterol di muka

 

1.SAUNA MUKA

Sauna muka boleh membantu dalam proses untuk hilangkan biji kolesterol di muka sebab ia membantu membuka liang roma yang tersumbat dan dapat menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran.

Rendam tuala bersih dalam air panas dan perah. Letakkan tuala tersebut di atas muka untuk beberapa minit. Ulang proses ni beberapa kali. Buat setiap hari selama seminggu atau lebih.

Atau, boleh juga stimkan muka selama 10 hingga 15 minit setiap hari sehingga biji kolesterol tu hilang. Sapu cuka epal atau minyak castor selepas rawatan stim ini.

 

honey

 

2. MADU

Madu membantu merawat dan hilangkan biji kolesterol di muka kerana ia bersifat antioksidan dan bahan humektan (memerangkap lembapan dan mengelakkan kekeringan). Madu juga boleh digabungkan dengan bahan lain untuk dijadikan skrub untuk menyental sel kulit mati sekaligus dapat mengurangkan dan hilangkan biji kolesterol di muka anda tu.

Sapukan madu pada seluruh muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci dengan air bersih. Buat setiap hari sehingga nampak improvement.

Atau, campurkan 2 sudu besar madu dengan 1 sudu besar minyak jojoba. Sapu pada seluruh muka, biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Ulang setiap hari atau 3 hingga 4 kali seminggu.

Boleh juga campurkan 1 sudu besar gula, 3 sudu besar oatmeal bersama 2 sudu besar madu dan 1 sudu besar minyak jojoba tadi untuk dijadikan skrub. Gunakan campuran ini untuk menyental muka secara lembut, kemudian cuci dengan air bersih. Buat 1 atau 2 kali seminggu sehingga biji kolesterol hilang.

 

 

Sandalwood-Remedy-for-Open-Pores

 

3. SANDALWOOD & AIR MAWAR

Kombinasi sandalwood (kayu gaharu) dan air mawar membantu untuk menyingkirkan lebihan minyak dan sel kulit mati, seterusnya boleh dijadikan sebagai cara untuk hilangkan biji kolesterol di muka.

  1. Campurkan 2 sudu besar serbuk sandalwood dengan air mawar untuk dijadikan paste.
  2. Ratakan campuran ni diseluruh muka dan biarkan selama 15 minit
  3. Cuci dengan air bersih dan lap muka sehingga kering
  4. Buat setiap hari atau beberapa hari seminggu

4. SERBUK KULIT BUAH DELIMA

Serbuk kulit buah delima yang dibakar adalah salah satu lagi cara yang agak popular untuk hilangkan biji kolesterol di muka kerana sifat antioksidan dan bahan exfoliating. Ia juga sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan vitamin C dan dapat meredakan jerawat (acne).

  1. Bakar kulit buah delima sehingga menjadi warna coklat gelap, kemudian hancurkan sehingga menjadi serbuk
  2. Campurkan sedikit jus lemon atau air mawar dengan 2 sudu besar serbuk kulit buah delima tadi
  3. Gosokkan pada muka secara lembut. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih
  4. Ulang beberapa kali seminggu sehingga jerawat putih @ milia hilang.

 

Castor-oil1

 

5. MINYAK KASTOR

Minyak castor mengandungi bahan antibakteria semulajadi dan juga membantu penghasilan minyak pada kulit, seterusnya merawat beberapa masalah kulit termasuklah milia dan jerawat.

Sapukan saja minyak kastor pada muka dan biarkan sampai ia betul-betul menyerap kedalam kulit. Buat setiap hari untuk beberapa bulan.

Boleh juga campurkan minyak kastor dan minyak zaitun atau sapukan saja minyak kastor bersama sedikit baking soda pada bahagian kulit yang ada biji kolesterol. Biarkan selama beberapa jam kemudian cuci dengan air bersih. Ulang setiap hari selama lebih kurang 2 minggu.

6. SKRUB GULA

Ini skrub paling ringkas untuk melembapkan kulit dan untuk hilangkan biji kolesterol di muka. Skrub ini adalah campuran ½ biji jus lemon, 1 sudu teh minyak zaitun dan 2 sudu besar gula yang boleh melicinkan dan mencerahkan kulit.

Skrub muka secara lembut untuk beberapa minit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Ulang 2 kali seminggu untuk beberapa bulan atau sehingga jerawat putih @ milia reda.

7. TEPUNG JAGUNG DAN CUKA

Campurkan tepung jagung bersama 1 sudu teh cuka epal untuk dijadikan paste. Sapukan paste ini pada bahagian kulit yang ada biji kolesterol dan biarkan selama 20 hingga 30 minit. Bersihkan paste / masker ni menggunakan kain atau tuala yang telah direndam dalam air suam. Lakukan setiap hari.

Tepung jagung berfungsi untuk menyerap lebihan minyak dan cuka epal pula sebagai astringent.

 

tea tree oil

 

8. MINYAK TEA TREE

Kerap menyapu minyak tea tree boleh mengeringkan milia dan ia juga bertindak sebagai disinfectant semulajadi untuk kulit.

Hanya perlu sapukan minyak tea tree pada kulit muka yang telah dibersihkan setiap hari sebelum tidur. Cuci muka seperti biasa pada keesokan paginya. Ulang rawatan ini sehingga anda nampak improvement.

9. ALOE VERA

Aloe vera sangat menenangkan, menyembuhkan, anti-radang dan antioksidannya dapat membantu cara untuk hilangkan biji kolesterol di muka. Ia juga boleh membantu membuka liang pori yang tersumbat.

Sapukan saja bahagian kulit yang terlibat dengan keratan aloe vera segar dan biarkan semalaman dan cuci seperti biasa pada keesokan paginya. Buat setiap hari sehingga biji kolesterol hilang.

Boleh juga sapukan campuran aloe vera dengan teh hijau – biarkan selama lebih kurang 15 minit dan kemudian cuci dengan air bersih. Ia juga bagus untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Untuk rawatan luaran, anda memerlukan beberapa LANGKAH MUDAH ini untuk membuatkan proses menghilangkan biji kolesterol @ biji milia menjadi lebih efektif.

Baca juga: Cara Kenal Produk Timbang Kilo

hilangkan biji kolesterol di muka

 

LANGKAH 1 – WAJIB EXFOLIATE (SKRUB) WAJAH!

Exfoliate (skrub) sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu jika anda tak mahu wajah anda dipenuhi dengan biji milia. Exfoliation sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada sel-sel kulit mati tersebut daripada menyumbat liang pori dan akhirnya menjadi biji milia (termasuklah whiteheads, blackheads dan jerawat).

 

LANGKAH 2 – GUNA CLEANSER YANG BAGUS

Elakkan daripada menggunakan pencuci muka yang ‘keras’ dan mencuci secara berlebihan. Ini akan menyebabkan kulit kehilangan lembapan semulajadinya.

 

LANGKAH 3 – SERUM UNTUK MERAWAT

Serum yang baik sangatlah membantu dalam memulihkan wajah yang ada masalah biji milia. Pastikan serum anda adalah produk water based yer. Produk oil-based hanya akan memburukkan lagi masalah biji milia anda. Serum akan membantu mengekalkan kelembapan kulit, merawat kulit, menganjalkan kulit, meredakan parut, meredakan jerawat tanpa menyumbat liang pori.

 

hilangkan biji kolesterol di muka

 

Nota penting: JANGAN lupa SUNSCREEN!. Pengambilan suplemen dan rutin penjagaan kulit muka haruslah secara konsisten dan berterusan untuk tempoh yang agak lama kerana biji kolesterol @ biji milia memerlukan masa yang lama jika dihilangkan secara semulajadi… SABAR adalah kunci kecantikan kulit!

 

hilangkan biji kolesterol di muka
NOTA: Produk Meeracle dalam testimoni ini adalah packaging lama.

 

hilangkan biji kolesterol di muka

 

hilangkan biji kolesterol di muka

 

hilangkan biji kolesterol di muka

 

CARA MEMBUAT PESANAN

WhatsApp “Biji Milia” ke 019-7071977 untuk membuat pesanan.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap penggunaan produk selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan. TIADA COD.

 

hilangkan biji kolesterol di muka
WhatsApp saya di 019-7071977 untuk info lanjut / order
Komen Facebook:
Hilangkan Biji Kolesterol Di Muka Tanpa Laser Yang Mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!