Tahu tak cara kenal produk timbang kilo?

Tolonglah jangan mudah terjebak ye.

Jangan mudah terpedaya dengan testimoni-testimoni viral terutamanya yang menjanjikan kulit boleh licin, flawless, jeragat pudar dalam masa yang singkat.

Kisah kulit muka rosak gara-gara produk timbang kilo masih tak berkesudahan walaupun dah banyak artikel, kempen kesedaran dan peringatan-peringatan daripada KKM tentang bahaya racun berjadual yang digunakan dalam produk timbang kilo.

 

cara kenal produk timbang kilo

ANDA PERLU LEBIH BERHATI-HATI

Terlalu ramai founder segera produk kecantikan dan skincare sekarang ni.

Apa yang anda boleh buat untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa produk timbang kilo adalah:

  • Kaji selidik tentang jenama produk tersebut terlebih dahulu
  • Jangan memilih produk hanya berpandukan testimoni-testimoni viral
  • Jangan mudah terpedaya dengan janji produk boleh menyelesaikan masalah kulit anda dengan segera
  • Check pendaftaran KKM produk di National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Pastikan produk diuji secara klinikal / diuji Pakar Dermatologi
  • Ketahui latar belakang kilang yang mengeluarkan produk

 

Banyak sangat info yang perlu dicari?

Ye! Tak mengapa, asalkan anda tidak menjadi mangsa produk timbang kilo.

Ambil tahu juga cara kenal produk timbang kilo.

 

CIRI-CIRI DAN CARA KENAL PRODUK TIMBANG KILO

cara kenal produk timbang kilo

1. WARNA KRIM YANG TERANG

Warna yang terang pada produk timbang kilo sebenarnya bukan untuk menarik perhatian pengguna TETAPI ia adalah cara untuk selindung warna bahan kimia terlarang yang terkandung dalam produk tersebut. Kalau warnanya putih, ia akan sedikit berkilat.

Selalunya, ia dikeluarkan oleh kilang yang sama tapi berlainan warna mengikut jenama.

1 bancuhan

Lain-lain warna

Lain-lain jenama & packaging

Semudah itu individu tak bertanggugjawab mencari keuntungan dan menganiaya pengguna!

 

2. BAU (WANGI) YANG KETARA

Pewangi (fragrance) digunakan dengan banyak dalam produk timbang kilo. Ia bertujuan untuk mengaburi bau asal racun berjadual (merkuri) yang digunakan.

 

cara kenal produk timbang kilo
Contoh packaging murah yang digunakan untuk produk timbang kilo

3. BUNGKUSAN / BOTOL (PACKAGING)

Lebih kurang sama untuk macam-macam jenama. Hanya label saja berbeza. Ini kerana produk tersebut sebenarnya dikeluarkan oleh kilang yang sama.

Si FOUNDER borong dan letak label mereka sahaja.

 

4. DATANG DALAM BENTUK SET

Selalunya produk akan datang dalam bentuk set yang ada pencuci muka, toner, KRIM SIANG dan KRIM MALAM.

 

5. TEKSTUR

Permukaan krim akan kelihatan berkilat seakan berminyak dan teksturnya likat. Apabila dikenakan pada kulit, akan ada sedikit rasa melekit.

 

6. CEPAT BERKESAN

Baru guna seminggu atau belum habis satu set, kulit muka dah cerah, flawless, jeragat dah hilang! Kulit nampak pinkish ala-ala artis Korea. Siapa yang tak suka kan?

Ingatkan sebab produk tu betul-betul bagus sebab sangat cepat berkesan tapi sebenarnya itu adalah ‘kerja’ racun berjadual yang terkandung dalam produk tersebut.

Hydroquinone, tretinoin atau merkuri memang sangat pantas mencerahkan kulit dan mematikan jerawat.

 

7. KULIT MUKA AKAN BREAKOUT TERUK @ TERBAKAR JIKA BERHENTI GUNA PRODUK

Seller pesan, kena guna produk sampai bila-bila, tak boleh stop.

Kenapa? Kalau stop, confirmed kulit akan breakout teruk atau jeragat tebal macam kesan kulit terbakarlah padahnya.

Sebab tu, ada pengguna yang sanggup terus menerus guna produk timbang kilo walau sedar tentang bahaya kesan sampingannya hanya semata-mata kerana tak nak kulit breakout.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Pulihkan Kulit Muka Rosak Akibat Tersalah Skincare

 

 

Komen Facebook:
Cara Kenal Produk Timbang Kilo AWAS! Jangan Terjebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!