Ekzema boleh berlaku dimana-mana sahaja bahagian badan kita. Ekzema di muka juga bukanlah sesuatu yang pelik.

Ekzema adalah keadaan yang menyebabkan, ruam dan kulit kering, serta gatal-gatal. Kerana kulit muka anda lebih sensitif daripada kulit di kawasan lain, apabila ekzema berlaku pada muka anda, ia boleh menjadi sangat tak selesa dan juga menyakitkan. Kulit berasa tegang, panas, dan gatal. Menggaru pula boleh menyebabkan luka dan parut.

Ekzema di muka mungkin kelihatan sebagai benjolan merah, kulit bersisik putih atau bergantung kepada warna kulit anda. Ia juga mungkin muncul sebagai ruam, lepuh atau kulit merekah. Boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa.

Ekzema TIADA penawar, jadi anda mungkin mengalami flare yang berulang di mana gejala berlangsung beberapa minggu, hilang, dan kemudian kembali.

Inilah yang anda perlu tahu tentang ekzema di muka, termasuk jenis dan rawatan yang berbeza.

 

JENIS-JENIS EKZEMA DI MUKA

Ekzema adalah keadaan kulit yang dicirikan oleh kekeringan, kegatalan, keradangan dan tompok kasar. Berikut adalah lima jenis ekzema yang boleh menjejaskan muka.

 

  1. ATOPIC DERMATITIS

Atopic Dermatitis adalah jenis ekzema yang paling biasa, yang menjejaskan semua peringkat umur. Ia boleh menjejaskan kanak-kanak seawal usia enam bulan.

Ia adalah keadaan kronik. Jadi, walaupun gejala boleh bertambah baik selepas beberapa minggu atau bulan, ia biasanya kembali sepanjang hayat seseorang.

Kebanyakan kanak-kanak mengatasi ekzema mereka pada masa mereka mencapai umur 4 atau 5 tahun, walaupun mereka mungkin sentiasa mempunyai kecenderungan untuk kulit kering dan sensitif.

Gejala atopic dermatitis termasuklah tompok kering dan kegatalan di kawasan sekitar dahi, pipi dan mata. Bahagian lain badan yang biasa terjejas oleh atopic dermatitis termasuk bahagian dalam siku dan belakang lutut.

 

  1. SEBORRHEIC DERMATITIS

Walaupun atopic dermatitis adalah jenis ekzema yang biasa, Seborrheic Dermatitis adalah jenis ekzema yang biasa pada muka. Seborrheic Dermatitis juga boleh menjejaskan kulit kepala dan dada. Ia dicetuskan oleh pertumbuhan kulat Malassezia berlebihan.

Anda berkemungkinan mengalami kekeringan, kegatalan dan kemerahan di sekitar kening, telinga dan garis rambut anda. Ia boleh terjadi kepada bayi dan orang dewasa.

Seborrheic Dermatitis juga boleh terbentuk pada kulit kepala. Orang yang mempunyai kelemumur kadang-kadang cenderung untuk mendapat ekzema di muka.

 

  1. IRRITANT CONTACT DERMATITIS

Produk yang anda gunakan pada wajah juga boleh mencetuskan kekeringan, kegatalan dan kemerahan. Ini termasuk pencuci muka, krim pengelupasan, alat solek, sunscreen dan produk kosmetik lain.

Irritant Contact Dermatitis memberi kesan kepada semua peringkat umur. Bayi anda mungkin mengalami dermatitis jenis ini jika mereka sensitif terhadap losyen atau tisu bayi. Sesetengah bayi juga mendapat Irritant Contact Dermatitis di sekitar mulut mereka kerana kelembapan berlebihan daripada air liur.

 

  1. ALLERGIC CONTACT DERMATITIS

Allergic Contact Dermatitis berbeza daripada Irritant Contact Dermatitis, kerana yang pertama adalah tindakbalas alahan pada muka.

Jika anda alah kepada bahan dalam produk penjagaan kulit — atau produk lain yang bersentuhan dengan muka anda — sistem imun anda mencetuskan tindakbalas. Ini menyebabkan gejala ekzema dan alahan seperti kekeringan, gatal-gatal dan kemerahan.

Allergic dan Irritant Contact Dermatitis boleh menjejaskan bahagian badan lain selain muka.

 

  1. LIGHT SENSITIVE ECZEMA

Anda juga boleh mengalami gejala ekzema di muka jika anda sensitif kepada cahaya matahari dan kelembapan.

Light Sensitive Eczema adalah perkara biasa pada kanak-kanak tetapi juga memberi kesan kepada orang dewasa.

Gejala boleh bersifat sementara, terutamanya apabila disebabkan oleh ubat seperti diuretik atau ubat tekanan darah tinggi. Kulit anda mungkin bertambah baik apabila anda berhenti mengambil ubat ini.

 

ekzema di muka

BAGAIMANA CARA UNTUK MERAWAT EKZEMA DI MUKA?

Pelbagai jenis ekzema di muka boleh menyebabkan simptom yang sama, jadi mereka sering bertindak balas terhadap rawatan yang serupa.

Pastikan kulit anda sentiasa lembap

Untuk melegakan simptom, pastikan kulit anda lembap untuk mengurangkan kekeringan dan menggalakkan penyembuhan. Ini membantu mengurangkan kerengsaan dan kegatalan serta menghalang kulit merekah.

 

GUNAKAN PELEMBAP YANG MERAWAT EKZEMA

Cari krim pelembap khusus untuk merawat ekzema. Ini termasuk produk dengan bahan seperti ceramide yang boleh memperbaiki skin barrier dan mengurangkan kerengsaan. Anda juga boleh menggunakan krim topical kortison untuk menghentikan gatal-gatal dan keradangan.

Kenal pasti dan elakkan produk yang menyebabkan kerengsaan

Anda juga boleh merawat ekzema di muka dengan mengenal pasti pencetus dan menghilangkan sumber kerengsaan. Perlu diingat bahawa produk yang berlabel “sensitif” tidak bermakna produk itu tidak boleh menyebabkan kerengsaan.

Walaupun begitu, memilih produk komsetik dan skincare tanpa pewangi atau hypoallergenic boleh mengurangkan risiko kerengsaan.

 

ekzema di muka

 

PAKAI SUNSCREEN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

Sunscreen dapat membantu merawat dan mencegah light sensitive eczema, begitu juga dengan mengelakkan suhu yang melampau dan kelembapan yang tinggi.

 

JUMPA DOKTOR JIKA KRIM PELEMBAP TIDAK BERFUNGSI

Menggunakan krim pelembap dua kali sehari, terutamanya selepas membersihkan muka, membantu kulit anda mengekalkan kelembapan. Jika krim pelembap tidak berkesan, atau jika ekzema di muka anda tidak bertindak balas terhadap rawatan sendiri, maka berjumpalah dengan doktor.

 

Doktor mungkin mengesyorkan terapi lain, termasuk:

  • Preskripsi topical corticosteroids untuk mengurangkan keradangan
  • Preskripsi anti-histamin
  • Light therapy
  • Topikal bebas steroid seperti crisaborole
  • Immune modulators seperti tacrolimus topikal dan pimecrolimus

 

KESIMPULAN

Jaminan sembuh?

TIADA bagi ekzema

Sesetengah orang, ekzema adalah keadaan kronik seumur hidup dengan flare berulang. Gejala mungkin hilang dan kemudiannya kembali. Sesetengah orang juga boleh mengatasi ekzema seiring usia.

Walaupun ekzema tidak hilang sepenuhnya, usaha yang ada boleh mengurangkan keseriusan gejala dan mengurangkan kekerapan flare.

Jumpa doktor jika rawatan sendiri dan produk yang anda guna tidak dapat menyelesaikan ekzema di muka anda.

Baca juga: Tukar Skincare, Berapa Lama Kulit Akan Pulih?

MEERACLE SKINCARE BANTU REDAKAN EKZEMA DI MUKA

NOTA: Gambar produk MEERACLE di dalam poster testimoni di bawah adalah packaging lama

ekzema di muka
3 set MEERACLE bersamaan penggunaan selama lebih kurang 4 – 5 bulan

 

ekzema di muka
Produk MEERACLE boleh digunakan keatas kulit bayi dengan kuantiti terkawal

 

ekzema di muka
Produk MEERACLE juga boleh digunakan pada tangan, kaki atau badan. NOTA: Tempoh penyembuhan adalah berbeza bagi setiap individu

 

ekzema di muka
Testimoni ekzema pada bahagian tangan yang semakin reda selepas menggunakan serum MEERACLE

 

ekzema di muka

 

ekzema di muka

 

New LOOK produk MEERACLE!

Bagi yang ada masalah ekzema di muka, boleh gunakan set serum bersama cleanser.

Jika ekzema di bahagian lain, cukup sekadar gunakan serum sahaja.

 

BAGAIMANA MEERACLE MEMBANTU REDAKAN EKZEMA DI MUKA?

Selain daripada kakadu plum, salah satu daripada bahan utama dalam produk MEERACLE adalah salicylic acid.

Salicylic acid biasa digunakan untuk merawat jerawat dan ekzema.

Salicylic acid berfungsi untuk melembutkan keratin, protein yang ditemui pada kulit. Ia akan menanggalkan kulit yang berkuping dan bersisik kerana ekzema.

 

ekzema di muka

 

Jika kulit anda sensitif kepada fragrance, pilih Booster Ampoule. Dengan 12% NIACINAMIDE, Booster Ampoule boleh membantu menguatkan skin barrier semulajadi, meredakan kemerahan dan keradangan kulit akibat ekzema.

Sebagai tambahan, anda juga sangat digalakkan untuk amalkan pengambilan Eskayie Diffenz untuk membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

 

ekzema di muka

 

 

ekzema di muka

 

Komen Facebook:
Ekzema Di Muka Boleh Dirawat Dengan Skincare Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!