Adakah anda sudah dan pernah tersalah guna produk skincare sebelum ini dan berhasrat nak tukar skincare baru?

Tapi, anda risaukan tentang kesan akibat berhenti daripada menggunakan skincare yang anda pakai sekarang?

Anda juga risau, berapa lama pula masa yang akan diambil untuk kulit anda pulih apabila anda sudah bertukar kepada skincare baru nanti?

tukar skincare baru

KESAN AKIBAT TERSALAH GUNA PRODUK SKINCARE

Dalam kebanyakan kes, orang yang pernah terguna produk bermerkuri, produk timbang kilo atau produk sampah akan mengalami krisis kulit yang agak teruk apabila berhenti menggunakan produk tersebut.

Ia adalah kesan sampingan daripada bahan kimia merbahaya yang terdapat di dalam produk skincare yang tidak mengikut piawaian yang betul.

Antara kesan atau krisis yang mungkin terjadi adalah:

  1. Muncul jeragat yang tebal (hyperpigmentation) akibat sel kulit yang rosak
  2. Kulit melecur
  3. Rashes atau kemerahan dan pedih
  4. Sunburn yang teruk akibat kulit terlalu nipis yang terdedah kepada sinar UV
  5. Alahan
  6. Kulit menjadi sensitif atau muda luka
  7. Jerawat yang kronik atau bernanah

Baca: Skincare Yang Tiada Bahan Kimia

 

BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK KULIT PULIH SEMULA?

Selepas tukar skincare baru, ini persoalan utama yang menjadi tumpuan… PEMULIHAN

Untuk mengetahui tentang bagaimana proses pemulihan ini berlaku, penting untuk anda tahu tentang tempoh kitaran pembaharuan sel kulit. Ini kerana, segalanya bermula daripada sel.

Sel membentuk tisu, tisu membentuk organ (kulit). Oleh itu, beri tumpuan kepada sel.

 

tukar skincare baru

PROSES PEMBAHARUAN SEL KULIT

Pernahkah anda mendengar mengenai pembaharuan sel kulit? Inilah yang berlaku apabila sel-sel kulit bergerak dari lapisan kulit epidermis yang paling dalam ke lapisan atas. Sel-sel kemudiannya mati dan musnah, menghasilkan kulit yang lebih muda, lebih glowing.

Walau bagaimanapun, apabila kita bertambah tua, proses pembaharuan kulit ini akan semakin perlahan. Oleh itu, penting untuk menitikberatkan perkara ini apabila menyentuh tentang skincare dan rutin penjagaan kulit.

 

FAKTOR UMUR

Pembaharuan sel kulit berbeza-beza setiap orang, tetapi untuk memberi idea kepada anda;

Pembaharuan sel kulit bayi mengambil masa kira-kira 14 hari.

Pembaharuan sel kulit remaja adalah sekitar 28 hari.

Pada usia pertengahan, ia mengambil masa antara 30-42 hari.

Untuk individu yang berumur 50 tahun keatas, ia boleh mengambil masa sehingga 84 hari.

Semakin lama masa yang diambil, semakin besar pembentukan sel kulit mati, yang akhirnya menyebabkan kulit kita kelihatan kusam dan tua.

Mengamalkan rejim penjagaan kulit yang kerap dan secara lembut (gentle exfoliating) adalah suatu keharusan bagi menghilangkan sel kulit mati – terutama jika anda mempunyai kulit yang mudah berjerawat.

Dengan menggunakan kaedah pengelupasan (exfoliating), produk yang anda gunakan akan dapat menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan memberikan kesan yang maksima dengan betul.

 

TUKAR SKINCARE BARU

Sekiranya kulit anda mengambil masa kira-kira 28 hari untuk pembaharuan sel, anda perlu memberi tempoh masa yang sama kepada skincare baru anda supaya kulit dapat menyesuaikan diri (adapt) dan bertindakbalas dengan lebih baik.

Bertukar skincare baru terlalu kerap menyebabkan kulit anda tidak akan mendapat peluang untuk membiasakan diri dan menghasilkan tindakbalas serta hasil yang baik.

Akhirnya proses ini bakal tiada pengakhiran dan anda hanya akan membazir masa, duit dan kulit anda tidak akan pernah mendapat apa-apa manfaat.

Dan tentu saja, jika kulit anda mengambil masa yang lebih lama untuk diperbaharui, anda perlu membenarkan masa yang lebih lama juga untuk kulit anda bertindak balas terhadap skincare anda yang baru.

Apabila anda mahu membuat keputusan untuk tukar skincare baru, adalah penting untuk mengetahui siapakah pengeluar produk tersebut, adakah skincare tersebut berasaskan bahan semulajadi atau bahan kimia keras seperti merkuri atau hydroquinone (malangnya pengeluar skincare mengandungi bahan kimia keras ini selalunya menyembunyikan fakta ini).

Jika sebelum ini anda sudah terguna produk sampah atau produk timbang kilo, janganlah mencari jenama lain yang juga produk sampah atau timbang kilo. (Rujuk laman web untuk mendapatkan senarai produk skincare merbahaya).

 

RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG KONSISTEN DAN TERATUR

Tahan diri daripada godaan untuk menggunakan terlalu banyak produk untuk mengurangkan masalah kulit anda. Ini hanya akan membebankan kulit anda hingga kulit tidak tahu produk mana yang perlu diserap.

Sebagai contoh, anda menggunakan serum pada waktu malam diikuti dengan krim, kemudian satu lagi jenis serum yang berbeza pada waktu pagi bersama krim lain pula… jelas sekali semua ini tidak perlu!. Dan kulit anda mungkin tidak akan berterima kasih kepada anda untuk apa yang anda lakukan ini.

Anda sepatutnya kekal konsisten hanya dengan 1 rejim untuk siang dan 1 rejim untuk malam sahaja. Konsistensi ini tidak akan mengelirukan kulit anda dan akan membantu proses pembaharuan sel kulit berjalan dengan baik mengikut fitrah semulajadinya.

 

Dengan MEERACLE, rejim penjagaan kecantikan kulit menjadi sangat mudah & simple!

tukar skincare baru

MEERACLE Gemstone Facial Cleanser Advanced Formula

Amazing ingredients for amazing product!

✅ Gemstone Moonstone : berfungsi untuk membuatkan kulit lebih berseri dan glowing secara semulajadi.
✅Salicylic Acid : berfungsi membersihkan pori lebih mendalam. Penting ni kalau tak nak wajah ditumbuhi jerawat, whiteheads atau blackheads.
✅ Electrolyte Rich Ingredients : melembapkan kulit & membuatkan kulit nampak lebih muda.

 

MEERACLE Gemstone Facial Serum

Serum yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi yang terbukti berkesan untuk merawat segala masalah kulit seperti kulit kusam, kering, berjeragat dan tona tak sekata!

Dalam Serum ni ada :

✔️ Kakadu Plum (100 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren)
✔️ Gemstone Pearl, Diamond, Ruby dan Moonstone
✔️ Morning Glory Callus Culture Extract
✔️ Tasmanian Pepper Berry
✔️ Daisy Flower Extract
✔️ 10 Traditional Chinese Medicine

 

MEERACLE Brightening Booster Ampoule

NIACINAMIDE 12% Pertama di Malaysia!

Yes! Meeracle Brightening Booster Ampoule mengandungi 12% Niacinamide 12%.

Semakin tinggi kepekatan Niacinamide, semakin cepat kesannya pada pencerahan kulit. So, makin cepatlah juga proses pulihkan kulit muka.

Ada masalah jerawat dan jeragat?

Nak mencerahkan kulit yang dah kusam ?

Brightening Booster Ampoule ni WAJIB ada dalam rutin skincare harian anda.

 

tukar skincare baru

EXFOLIATING, TONING & MOISTURIZING

Penting ke?

SEMUANYA penting! Each and every step ada kepentingannya tau!

Start dengan exfoliating, toning and finally baru moisturizing. Sequence yang betul barulah rutin kita lagi berkesan.

MEERACLE Under The Sea Set ni dilengkapi dengan :

• SCRUB – menanggalkan sel kulit mati, menghalus, melicin dan mengekalkan kelembapan kulit
• TONER – penting untuk keseimbangan pH kulit, mengecilkan liang pori dan meningkatkan keanjalan kulit
• MOISTURIZER – menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit, mencegah kedutan dan garis halus.

Dan… jangan lupa SUNSCREEN ye..

tukar skincare baru

Ok, saya rasa sekarang anda dah jelas tentang ‘what to expect’ atau apa yang anda perlu jangka apabila anda buat keputusan untuk tukar skincare baru.

YA… jangan minta magik yer… efek daripada skincare baru tidak akan berlaku sekelip mata. Beri masa kepada diri sendiri dan beri masa kepada kulit anda untuk pulih & sesuaikan diri dengan skincare baru yang anda guna.

Memang agak nervous bila nak tukar skincare especially yang dah pernah tersalah skincare sebelum ni. Tapi, InsyaAllah berbaloi cuba MEERACLE.

 

tukar skincare baru

tukar skincare baru

tukar skincare baru

tukar skincare baru

Dapatkan Tips Eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian MEERACLE daripada saya.

 

tukar skincare baru

 

Komen Facebook:
Tukar Skincare Baru: Berapa Lama Kulit Akan Pulih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!