Siapalah yang tak suka kulit yang cantik, bersih, bebas cela kan? Especially kulit glowing dan flawless ala Korea.

Memang ramai orang idamkan kulit secantik itu.

Sebab itulah juga ramai yang mudah terjebak dengan janji manis dan testimoni viral produk timbang kilo.

Jangan tau!

Anda kena jadi pengguna yang lebih bijak dan berilmu.

Ada cara yang jauh lebih selamat sebenarnya kalau nak dapatkan kulit glowing dan flawless ala Korea. Cuma ia perlukan masa yang agak lama.

Ye, lama tapi selamat dan berbaloi sangat-sangat

 

CARA DAPATKAN KULIT GLOWING DAN FLAWLESS ALA KOREA YANG SELAMAT DAN PASTI MENJADI

kulit glowing dan flawless ala korea

1. DOUBLE CLEANSING

Rutin membersihkan wajah tidak boleh diabaikan jika anda mahukan kulit glowing dan flawless ala Korea. Sibuk macam mana pun, kena pastikan wajah dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

JANGAN tidur dengan wajah yang tidak dicuci!

Double cleansing sangat digalakkan jika kulit anda jenis berminyak atau anda memakai make-up. Ia mampu menanggalkan sisa kotoran, debu dan kosmetik dengan lebih baik berbanding mencuci dengan facial cleanser semata-mata.

Gunakan MEERACLE Luxury Cleansing Milk bersama MEERACLE Gemstone Facial Cleanser untuk kesan pembersihan optima.

 

2. TONER @ PENYEGAR

Kalau tak pakai toner tak boleh ke?

Boleh, tapi rutin skincare anda jadi tak lengkap. Ini kerana toner ada fungsinya yang tersendiri yang tak boleh diganti dengan produk skincare lain.

Wanita Korea tidak sesekali meninggalkan toner dalam rutin skincare mereka. Bagi mereka, toner amat penting untuk kulit wajah supaya ia dapat menerima manfaat daripada rutin skincare seterusnya secara maksimum. Toner juga sangat penting untuk menormalkan kembali pH kulit wajah selepas dicuci.

Tapi, elakkan toner yang mengandungi alkohol.

Wanita Korea biasanya mengaplikasikan toner dengan jari sambil menepuk-nepuk pada wajah dan leher untuk mendapatkan penyerapan yang baik.

 

kulit glowing dan flawless ala korea

3. AMPOULE

Ampoule semakin menjadi pilihan mereka yang mahukan kulit lebih anjal, lembap, halus, bebas cela dan bintik hitam, jeragat, menghilangkan kedutan, membuatkan tona kulit lebih sekata dan mempercepatkan penggantian sel kulit yang lebih sihat.

 

4. SERUM

Jika anda inginkan kulit yang bersih dan cerah, gunakan serum yang beri manfaat pencerahan. Pakai serum selepas anda pakai ampoule.

 

5. MASKER WAJAH

Pernah tengok pelakon dalam drama Korea pakai masker kan?

Ye, memakai masker memang menjadi rutin wanita Korea. Mereka sangat menjaga kesihatan kulit wajah dan sangat rajin memakai masker. Masker kebiasaanya mengandungi bahan yang berkhasiat untuk menyamankan kulit, mencerah dan melembapkan kulit.

Rajin memakai masker juga akan mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

 

kulit glowing dan flawless ala korea

6. PAKAI SUNSCREEN 365 HARI SETAHUN

Jangan sesekali abaikan sunscreen jika anda sayangkan kulit anda. Sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari yang boleh buatkan kulit menjadi gelap, kusam, berjeragat dan cepat berkedut.

Pakai sunscreen sekurang-kurangnya SPF30 – SPF50 UVA/UVB setiap hari tak kiralah cuaca panas, mendung, hujan atau ribut sekalipun!

Korea yang tak sepanas Malaysia pun, mereka tetap pakai sunscreen.

 

kulit glowing dan flawless ala korea

7. PELEMBAP

Kulit yang kering akan mudah kendur, berkedut, kelihatan tua dan tidak berseri. Oleh itu, anda wajib pastikan yang anda memakai krim pelembap yang baik.

Pilih krim pelembap yang tidak membuatkan kulit wajah anda berminyak atau melekit.

Krim pelembap bukan saja membuatkan kulit wajah anda kekal segar tetapi juga ia dapat menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan dan garis halus.

 

8. MINUM AIR KOSONG YANG SECUKUPNYA

Minima 2 liter sehari. Itu jumlah air kosong yang perlu diminum setiap hari. Bukan saja untuk kecantikan kulit, tapi juga penting untuk kesihatan.

Air yang cukup akan buatkan kulit lebih sihat dan kekal lembap. Sia-sia saja anda buat rutin skincare jika anda tidak minum air yang cukup setiap hari.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar Produk Skincare, Berapa Lama Kulit Akan Pulih

 

9. TIDUR

Tidak cukup tidur akan membuatkan wajah nampak kusam dan tak bermaya. Jangan kata nak nampak glowing dan flawless ala Korea, kulit wajah anda juga akan kelihatan tua daripada usia jika anda tak cukup tidur.

Tapi, tak boleh juga tidur berlebihan kerana anda akan dapat kesan yang sama seperti tidak cukup tidur.

Oleh itu, pastikan anda tidur secukupnya setiap malam sekurang-kurangnya 6 – 8 jam.

 

10. FACE MIST

Sebagai tambahan kepada rutin skincare anda, boleh gunakan face mist. Face mist dapat membantu kulit wajah sentiasa segar dan kelihatan lebih bermaya.

Kulit wajah yang terhidrasi dengan baik adalah kunci untuk mendapatkan kulit glowing dan flawless ala Korea.

Saya galakkan anda untuk menggunakan face mist yang bahannya adalah air mineral semulajadi.

 

 

MEREKA DAPAT KULIT GLOWING DAN FLAWLESS ALA KOREA DENGAN MEERALCE

kulit glowing dan flawless ala korea
Testimoni pengguna MEERACLE Skincare yang sudah menggunakan produk lebih daripada 1 – 2 tahun

 

kulit glowing dan flawless ala korea

kulit glowing dan flawless ala korea

kulit glowing dan flawless ala korea

kulit glowing dan flawless ala korea
MEERACLE adalah jenama tempatan yang berkolaborasi dengan COSMAX Korea, iaitu kilang kosmetik dan skincare terbesar yang juga turut mengeluarkan produk jenama antarabangsa terkenal yang lain

 

Jom! Dapatkan kulit glowing dan flawless ala Korea dengan cara konsisten gunakan MEERACLE Skincare

kulit glowing dan flawless ala korea

 

Komen Facebook:
Kulit Glowing Dan Flawless Ala Korea Dengan Meeracle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!