Bagi sesetangah orang, adalah normal jika kulit anda alami ‘adverse reaction’ seperti kulit mengelupas, kering atau jerawat naik lepas tukar skincare. Sabar! Jangan panik atau jangan terus buat andaian skincare yang anda guna itu tidak baik.

Ia mungkin kelihatan seperti anda perlu berhenti menggunakan skincare baru anda, tapi ia sebenarnya petanda bahawa produk tersebut sedang ‘bekerja’ dengan baik.

Ia dikenali sebagai SKIN PURGING

Skin purging @ pembersihan kulit berlaku kerana bahan dalam skincare baru anda meningkatkan kadar pembaharuan sel kulit, menyebabkan penyingkiran sel kulit mati dan toksin lebih banyak daripada biasa. Ini, seterusnya, menolak lapisan kulit mati dan juga membuatkan liang pori tersumbat ke permukaan.

Mengakibatkan lebih banyak jerawat naik lepas tukar skincare.

Biasanya selepas 6 minggu, masalah mulai reda. Ini kerana 6 minggu adalah tempoh yang mencukupi untuk kulit menyesuaikan diri dengan skincare yang baru.

Tapi, jika masalah tidak reda selepas 6 minggu, anda perlu berhenti dulu menggunakan produk tersebut dan berjumpa Pakar Dermatologi untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

 

jerawat naik lepas tukar skincare

Ada perbezaan antara BREAKOUT & SKIN PURGING

Skin purging nampak macam sama dengan breakout dan sangat sukar untuk dibezakan. Tapi ia sebenarnya berbeza dari segi kenapa ia terjadi.

Skin purging adalah proses di mana kulit sedang membersihkan kekotoran yang selama ini berada di bawah kulit. Kekotoran ini akan dikeluarkan dalam bentuk jerawat seperti jerawat pasir, jerawat halus atau jerawat biasa.

Tempoh purging (pembersihan) ini bergantung kepada kulit masing-masing dan berapa banyak kekotoran yang perlu dibersihkan.

Ada yang hanya mengalami purging seminggu sahaja. Ada juga yang ambil masa lebih lama sehingga berbulan-bulan. Tapi, tempoh normal skin purging adalah sekitar 4 ke 6 minggu sebelum kulit pulih semula.

Jerawat naik lepas tukar skincare biasanya terjadi apabila produk tersebut mengandungi AHA, BHA, retinoid dan beberapa bahan aktif lain yang mana fungsinya adalah untuk membersihkan dan memulihkan lapisan kulit hingga ke dalam.

PENTING: Anda tidak boleh mempercepatkan skin purging, tetapi anda boleh mengurangkan tekanannya. Sebagai contoh, anda boleh mengurangkan kuantiti produk atau kekerapan menggunakannya.

Nak kulit cantik kena SABAR!

Jika selepas 4 atau 6 minggu jerawat masih belum hilang, cuba untuk kurangkan penggunaan produk tersebut kepada 1 atau 2 kali seminggu dan pakai pada waktu malam sahaja.

Apabila kulit sudah mula nampak semakin pulih, pakai produk tersebut selang sehari. Kemudian, pakai sehari sekali jika kulit sudah pulih sehinggalah boleh pakai sekurang-kurangnya 2 kali sehari seperti biasa.

Jika masalah berlarutan, ia mungkin breakout.

Semak kelulusan KKM skincare anda disini: NATIONAL PHARMACEUTICAL REGULATORY AGENCY

 

jerawat naik lepas tukar skincare
Susah nak membezakan antara skin purging dengan breakout. Keadaan hampir sama, puncanya saja yang berbeza. Credit pic: Google

TANDA-TANDA SKIN PURGING

  • Whiteheads
  • Blackheads
  • Jerawat bengkak / merah
  • Kulit kering
  • Kulit mengelupas / bersisik

Skin purging mungkin buat anda stress dan anda mula berbelah bahagi samada mahu terus menggunakan produk atau tidak, tetapi fahami bahawa proses ini adalah sementara dan tanda bahawa produk itu berfungsi.

Bahan-bahan biasa yang boleh merangsang jerawat naik lepas tukar skincare termasuklah:

  • Glycolic acid
  • Lactic acid
  • Salycilic acid
  • Retinol

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MEREDAKAN SKIN PURGING

  • Teruskan dengan rutin skincare anda.
  • Jangan gunakan lebih daripada satu produk pengelupasan atau retinol sekaligus.
  • Elakkan sebarang produk tambahan yang mengandungi bahan-bahan keras atau pewangi
  • Jangan picit jerawat!, ini boleh merebakkan jangkitan dan memburukkan lagi jerawat anda.
  • Pastikan anda menggunakan krim pelembap untuk mengurangkan kulit kering.
  • Pakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada terdedah kepada kerosakan akibat matahari / sinar UV.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar Skincare Baru, Berapa Lama Kulit Akan Pulih?

 

SKIN PRUGING vs BREAKOUT

Agak susah untuk membezakan antara skin purging dengan breakout kerana kedua-duanya melibatkan jerawat. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara breakout dan skin purging ialah skin purging adalah sementara dan biasanya berlaku selepas anda memperkenalkan produk baru dalam rutin skincare anda.

Selain itu, skin purging berkemungkinan besar berlaku pada kawasan muka anda yang biasanya anda alami jerawat. Jika anda mengalami kerengsaan di kawasan baharu, ia mungkin bukan skin purging.

Kesimpulannya, skin purging bukanlah perkara yang buruk – ia hanya petanda bahawa kulit anda sedang mebiasakan diri dengan retinoid atau asid kulit. Jika anda mengalami skin purging, anda mungkin mengalami whiteheads, blackheads, kulit kering atau mengelupas.

Walaupun skin purging dan breakout mempunyai simptom yang sama, skin purging adalah sementara dan berlaku selama maksimum enam minggu, manakala jerawat boleh bertahan lebih lama. Jika skin purging anda bertambah teruk dari masa ke masa atau berlaku lebih lama daripada enam minggu, jumpa pakar dermatologi untuk dapatkan produk lain untuk merawat kulit anda.

 

Jika jerawat naik lepas tukar skincare

SABAR!

Jangan panik!

 

Komen Facebook:
Jerawat Naik Lepas Tukar Skincare? Rileks! Jangan Panik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!