Tempoh skincare berkesan selalu menjadi fokus terutamanya apabila seseorang itu mahu mencuba skincare baru. Sebenarnya anda tidak perlu terlalu risaukan hal ini, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan skincare yang lulus KKM.

Tempoh skincare berkesan bagi setiap orang adalah tidak sama.

 

tempoh skincare berkesan

PROSES PEMULIHAN

Proses pemulihan MESTI dilalui jika anda bertukar skincare. Anda perlu sabar dan konsisten dengan rutin skincare yang betul jika anda mahukan kesan yang baik.

TIADA jalan singkat untuk dapatkan kulit cantik, bersih, sihat dan glowing seperti yang dijanjikan oleh produk timbang kilo.

 

Baca: Cara Kenal Produk Timbang Kilo

 

BERAPA LAMA TEMPOH SKINCARE BERKESAN?

PROSES PEMULIHAN INI ADA 4 LANGKAH @ FASA

4R yang anda tidak boleh elak jika anda sedang berusaha untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, glowing dan flawless ala Korea

Tempoh bagi fasa-fasa ini adalah berbeza bagi setiap individu. Jika anda pernah tersalah guna produk skincare bermerkuri, fasa-fasa ini boleh jadi lebih mencabar berbanding mereka yang lain.

Again, kuncinya adalah SABAR & KONSISTEN!

Jika anda tidak sabar dan berhenti dipertengahan jalan, anda akan gagal dan usaha anda untuk mendapatkan kulit yang cantik akan tiada penghujung.

 

R1 – RELEASE (SINGKIR)

Ini adalah proses penyingkiran toksin, kekotoran, bahan kimia yang mungkin selama ini tersimpan dalam lapisan kulit. Tiada tempoh tertentu bagi proses ini kerana ia bergantung kepada individu.

 

R2 – RELAX (REHAT)

Kulit akan berehat (proses back to normal) setelah bekerja keras sewaktu proses penyingkiran. Berikan masa kepada kulit untuk lalui proses ini.

 

R3 – REVIVE (PULIH)

Ini adalah fasa baik pulih sel yang telah rosak. Proses ini akan berlaku hingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Jangan cuba untuk campur adukkan skincare anda kerana ia boleh mengganggu proses pemulihan kulit.

Jangan sia-siakan usaha yang anda telah buat sebelum ini.

 

R4 – RENEW (PEMBAHARUAN / PENGGANTIAN)

Sel-sel yang telah diperbaiki akan diganti dengan sel-sel kulit baru yang lebih sihat. Pada fasa ini kulit anda akan mula nampak lebih glowing dan flawless.

Jeragat sudah memudar, jerawat pun hilang.

 

tempoh skincare berkesan
TESTIMONI MEERACLE SKINCARE Pengguna ini mula mendapat kesan awal selepas 2 bulan menggunakan Meeracle. Kulit beliau breakout teruk akibat terguna produk bermerkuri

 

Jika anda bertukar produk skincare dan tidak ada perubahan dalam waktu terdekat atau berlaku skin purging (jerawat), itu adalah NORMAL!

Yang tidak normal adalah jika kulit anda licin dan flawless hanya kurang seminggu selepas menggunakan produk skincare. Maka, skincare anda itu perlu diragui kandungannya.

Beri masa kepada kulit anda sekurang-kurangnya 4 bulan untuk lengkapkan semua proses di atas. Tapi ingat, tempoh skincare berkesan adalah berbeza bagi setiap orang.

Jika anda berhenti pada bulan ke-2, bermaksud kulit anda baru habis proses RELAX dan masih belum sempat untuk REVIVE & RENEW.

Oleh itu, anda hanya akan dapat kulit yang normal sahaja, hanya toksin sahaja sudah tak ada pada kulit tapi tak sempat pulih & mengganti sel baru.

 

tempoh skincare berkesan
Hasil yang berbaloi selepas setahun lebih setia menggunakan MEERACLE Skincare

 

JANGAN SALAHKAN PRODUK TAPI SEBENARNYA PROSES TAK LENGKAP

Kesimpulannya, SABAR, KONSISTEN & YAKIN.

Sentiasa rujuk dengan individu yang berpengetahuan tentang skincare jika anda perlukan apa-apa penjelasan.

Banyakkan membaca dan mencari ilmu tentang kecantikan dan kesihatan kulit. Ambil tahu tentang bahan terlarang yang diharamkan oleh KKM bagi produk skincare.

Elakkan diri daripada terjebak dengan testimoni viral atau janji manis produk timbang kilo.

InsyaAllah, tidak mustahil untuk anda dapatkan kulit yang cantik, sihat, glowing dan flawless.

 

Jerawat atau ruam pada muka adalah biasa terutama jika anda pernah guna produk lain sebelum ini.

Bukan hanya berlaku apabila guna skincare, tapi juga produk dalaman contohnya collagen atau suplemen.

Ini dinamakan HEALING CRISIS yang mana ia adalah tempoh kritikal & selalunya ramai yang tak sabar.

 

tempoh skincare berkesan
2 bulan masa yang diambil untuk pulihkan kulit yang berjeragat teruk akibat tersalah produk skincare

 

Proses penyingkiran toksin berbeza bagi setiap individu. Ruam atau jerawat, kulit rasa berbahang dan mengelupas, gatal biasa terjadi apabila bahan aktif skincare bertindakbalas.

Ada kesan awal yang boleh dilihat selepas 2 minggu ke 1 bulan penggunaan produk, tapi bukan pemulihan kulit sepenuhnya.

 

Kita dah kumpul dan peram toksin dalam kulit bertahun-tahun lamanya. Melalui pemakanan yang tidak sihat, ubat-ubatan, skincare, pencemaran dan factor persekitaran.

So, silalah berlaku adil kepada diri sendiri dengan memberikan masa kepada kulit anda untuk pulih.

 

tempoh skincare berkesan
Hasil konsisten menggunakan MEERACLE Skincare. Selepas 5 bulan, kulit beransur pulih

 

Jangan Terlalu Risaukan Berapa Lama Tempoh Skincare Berkesan, JOM! CUBA MEERACLE

 

tempoh skincare berkesan

 

Komen Facebook:
Tempoh Skincare Berkesan, Berapa Lama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!