X

Kenapa Jeragat Susah Hilang? Ini Penyelesaiannya

Ramai wanita terutamanya yang berumur 30an dan ke atas ada masalah jeragat. Dah guna macam-macam produk dan ambil segala jenis suplemen yang orang kata bagus untuk hilangkan jeragat tapi kenapa jeragat susah hilang?

Kalau hilang pun, sekejap jer… nanti muncul semula. Kadang-kadang bila muncul semula tu, jadi lebih teruk daripada yang sebelum ni pula.

Stress tak?

Of course la stress kan?

Tau tak sebab kenapa jeragat susah hilang?

Sebab ramai wanita tidak tahu dan tidak diberitahu fakta sebenar tentang jeragat.

Oleh kerana itulah, jeragat anda tetap ada. Setia menempel di muka anda.

Dah cuba maca-macam produk atau suplemen pun, hasilnya tetap sama.. masih mengecewakan.

 

5 SEBAB KENAPA JERAGAT SUSAH HILANG

TAK FAHAM PUNCA – orang yang kerjanya sebagai tukang masak di dapur juga akan ada masalah jeragat yang teruk kerana haba daripada api dapur juga adalah salah satu punca jeragat.

 

HORMON TAK SEIMBANG – antara tanda mudah untuk kita ketahui samada hormon seimbang atau tidak, perhatikan kitaran haid anda. Adakah kitaran haid anda teratur atau tidak? Jika tidak, ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan & kecantikan kulit termasuk jeragat.

 

SALAH PILIH PRODUK – ramai orang yang nak hilangkan jeragat akan memilih produk atau kaedah peeling (pengelupasan) sedangkan ini adalah teknik yang salah kerana ia hanya akan membuang lapisan atas kulit saja. Jeragat sebenarnya terhasil dari lapisan dalaman kulit.

Baca: Pulihkan Kulit Muka Rosak Akibat Tersalah Skincare

Kulit yang putih sering menjadi impian ramai wanita sedangkan ia bukan penanda aras kecantikan seseorang

HANYA FOKUS KEPADA NAK PUTIH – memutihkan kulit bukan jawapan kepada masalah jeragat. Kulit yang terlalu putih juga akan kurang pertahanan terhadap sinar UV dan ini akan menjadikan kulit kita lebih terdedah kepada risiko jeragat yang baru. Tambahan pula produk pemutih biasanya mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan kesihatan.

 

MENGABAIKAN PUNCA UTAMA – sinar UV adalah salah satu punca utama jeragat. Untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UV ini, pemakaian sunblock dengan SPF tertentu adalah wajib. Ini selalu diabaikan dan diambil mudah oleh ramai wanita sedangkan mereka mahu kulit yang bebas jeragat.

 

FAKTA SEBENAR TENTANG JERAGAT

Anda nak tahu fakta sebenar tentang jeragat? Yer.. anda wajib tahu sebelum anda buat keputusan memilih produk untuk memudarkan jeragat supaya anda boleh buat keputusan yang tepat dan dapat produk yang paling berkesan.

Teruskan membaca.

 

PUNCA JERAGAT

Jeragat terhasil daripada kesan pigmentasi kulit oleh melanin. Melanin dihasilkan pada basal layer epidermis oleh sel yang diberi nama melanocytes.

Fungsi melanin ni sebenarnya adalah untuk melindungi kulit kita daripada radiasi matahari. Semakin gelap kulit kita, semakin kurang kulit kita untuk menyerap kesan radiasi merbahaya UV.

Dalam erti kata mudah, melanin ini sebenarnya dihasilkan untuk melindungi kita. Bagus kan?

Melanocytes dirangsang oleh radiasi UV untuk menghasilkan melanin. Secara idealnya, melanin ini mula timbul secara rata.

Tetapi, melanocyte juga menghasilkan melanin yang tertumpu kepada lapisan kulit yang menyebabkan kulit anda nampak macam tompok jeragat yang menebal.

Simptom ini agak biasa pada kulit yang matang yang telah terdedah kepada sinar UV setelah sekian lama.

Tambah-tambah pula kita di Malaysia ni, memang panas dan cahaya matahari memancar-mancar hampir sepanjang tahun kan?

Jeragat ini makin lama makin membesar dan merebak sebab kita asyik terdedah dekat matahari. Kulit pun terdedah kepada udara yang tercemar, radikal bebas dan stress. Dan ini memburukkan lagi keadaan kulit anda.

Anda juga mengalami masalah ni kan?

Macam mana nak kurangkankan penghasilan melanin ni?

 

PENGHALANG JERAGAT – MEERACLE BEAUTE TONIC DENGAN FORMULASI PUREWAY-C

Namun begitu, melanin masih diperlukan untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV merbahaya.

Sekarang anda dah faham bagaimana jeragat terhasil kan?

Kenapa produk-produk yang anda pakai sebelum ini tidak memberikan hasil yang anda inginkan?

Kerana ia bertindak secara luaran sahaja.

Melanin yang mula timbul di permukaan kulit itu sahaja yang di buang atau dihakis.

Sedangkan setelah anda baca penerangan saya ini, anda tahu yang melanin dan jeragat ini, terhasil di dalam sel kulit oleh melanocytes.

Sebab itu lah pentingnya menggunakan produk yang kita tahu asal usul. Tahu apa kajian yang dibuat.

Bukan main hentam pakai je tau.

Lepas tu terus nak cantik. Nak cepat pulak tu… tak boleh laaa

Anda kena tahu apa masalah anda, kena tahu juga apakah punca dan faktor penyebabnya dan macam mana nak rawat dengan betul.

Baca: Skincare Untuk Jeragat

Sekarang anda dah tahu jeragat kenapa jeragat susah hilang dan dah dapat jawapan yang tepat untuk atasi masalah tu? Jom kembalikan semula seri wajah dengan segera dengan MEERACLE!.

 

 

Komen Facebook:
Kenapa Jeragat Susah Hilang? Ini Penyelesaiannya
Lagi Artikel Menarik
Leave a Comment