FAKTA SEBENAR TENTANG JERAGAT YANG ANDA WAJIB TAHU SEBELUM MEMILIH KRIM UNTUK JERAGAT.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan dengan terperinci tentang jeragat, punca dan cara menghilangkannya dengan betul.

Bukan rawatan laser yang mahal.

Bukan teknik pengelupasan yang menyakitkan.

Bukan menggunakan bahan kimia keras yang boleh memberi banyak kesan sampingan buruk

 

skincare untuk jeragat

 

JERAGAT SANGAT DEGIL

Hakikatnya untuk menghilangkan jeragat di muka kita dengan cara yang selamat dan semulajadi bukannya senang.

Jika anda menggunakan produk murahan atau krim kilo (yang ada merkuri, hydroquinone, tretonoin dan sebagainya), jeragat memang boleh hilang selepas 1 atau 2 minggu.

TETAPI, yang hilang itu cuma jeragat di permukaan kulit sahaja. Jeragat di bahagian lapisan dalam kulit tetap kekal, dan jika anda berhenti menggunakan produk-produk seperti ini suatu hari nanti, anda terpaksa tanggunglah azabnya.

Kulit anda boleh rosak, jeragat yang lebih tebal dan teruk akan keluar, sel kulit muka juga boleh rosak tau, breakout @ jerawat yang kronik dan kulit menjadi sangat nipis serta pedih.

Lebih teruk lagi, bahan kimia merbahaya di dalam produk boleh memberi risiko kerosakan organ terutamanya buah pinggang!

Berbaloi?!

Tapi ada juga yang kata “takpelah, nak cepat cantik punya pasal”

 

SIAPA SUKA JERAGAT?

Huh! Saya yakin semua orang terutamanya wanita sangat benci dengan jeragat. Sebab jeragat buatkan muka anda nampak gelap, kusam dan hodoh kan?

Jika anda sangat benci dengan jeragat di muka setiap kali memandang cermin, langkah pertama yang anda perlu ambil bukan redah guna sembarangan skincare, tapi anda wajib faham tentang lapisan kulit dan punca jeragat ini terjadi.

Lapisan luar kulit kita (Epidermis) ada 5 lapisan. Dan setiap lapisan diganti dengan sel baru mengikut kitaran pembaharuan sel kulit.

Pusingan kitaran pembaharuan kulit adalah mengikut umur kita.

Pembaharuan sel kulit remaja adalah sekitar 28 hari

Pada usia pertengahan, ia mengambil masa antara 28-42 hari.

Dan untuk individu yang berumur 50 tahun keaas, ia boleh mengambil masa sehingga 84 hari.

Semakin lama masa yang diambil, semakin besar pembentukan sel kulit mati, yang akhirnya menyebabkan kulit kita kelihatan kusam dan tua.

Anda sudah teruja nak mencuba krim untuk jeragat ni?

Tunggu dulu!

Ambil tahu tentang bagaimana jeragat terjadi.

 

krim untuk jeragat

DI MANA JERAGAT TERJADI?

Jeragat sebenarnya terhasil di lapisan kulit yang paling bawah.

Ada satu lapisan kulit yang dikenali sebagai Stratum Basale atau dalam terma mudah, lapisan kulit ke-5 paling dalam. (Lihat gambarajah keratan rentas kulit di bawah).

 

skincare untuk jeragat

Jeragat yang terbentuk pada lapisan Stratum Basale atau lapisan kulit ke-5 ini akan naik ke setiap lapisan kulit di atasnya mengikut kitaran pembaharuan sel kulit.

Setiap satu kitaran pembaharuan sel kulit, jeragat ini akan naik ke satu lapisan kulit dan begitulah seterusnya.

Sebab itulah ada jeragat yang nampak terang dan ada jeragat yang nampak pudar. Jeragat yang terang maksudnya ia sudah sampai ke lapisan kulit paling luar.

Manakala jeragat yang masih pudar adalah jeragat yang masih berada di lapisan kulit yang bawah dan sedang menunggu masa untuk muncul di permukaan kulit paling luar.

Baca: Sembuhkan Luka Kencing Manis, Elak Kaki Dipotong

 

Apabila jeragat ini sudah sampai ke lapisan kulit paling luar (Stratum Corneum), jeragat itu akan menjadi sel mati dan tertanggal atau mengelupas (exfoliate).

Tetapi, ia mengambil masa yang sangat lama untuk jeragat sampai ke tahap ini.

 

kirm untuk jeragat

PUNCA JERAGAT

Jeragat boleh terjadi akibat beberapa punca.

Punca biasa adalah sinar UV matahari.

Punca lain, apabila kita menggunakan produk skincare yang ada bahan kimia merbahaya (tetapi kita tak sedar).

Jeragat adalah lebihan pigmen Melanin (bahan) yang memberi warna gelap pada kulit yang dihasilkan oleh Sel Melanocytes.

Apabila kulit kita terkena sinar UV matahari, kulit kita akan mengeluarkan Melanin untuk melindungi kulit supaya tidak terkena radiasi yang boleh menyebabkan kerosakan kulit dan juga kanser kulit.

Melanin ini dihasilkan oleh Sel Melanocytes di lapisan Stratum Basale (lapisan kulit ke-5) dan berwarna gelap.

Sel Melanocytes ini pula dirangsang oleh enzim Tyrosinase untuk menghasilkan Melanin.

 

skincare untuk jeragat

Nota: adalah sangat penting untuk anda menggunakan krim sunblock dengan perlindungan UVA/UVB broad spectrum setiap hari bagi melindungi kulit daripada ditembusi sinar UV yang menjadi salah satu punca utama terjadinya jeragat.

 

 

KRIM UNTUK JERAGAT

Baiklah, sekarang masuk bab yang anda nantikan iaitu krim untuk jeragat yang anda cari-cari selama ini.

Tapi, suka saya ingatkan disini, adalah normal bagi jeragat untuk pudar hanya selepas 6 bulan hingga ke 1 tahun dengan menggunakan produk yang benar-benar semulajadi (bebas daripada sebarang jenis bahan kimia merbahaya seperti merkuri, parabens, hydroquinone, tretonoin)

 

krim untuk jeragat

FOREVER Epiblanc

Krim untuk jeragat ini dirumus untuk:-
✅ mencerahkan kulit,
✅ menjadikan tona kulit lebih sekata
✅ mengurangkan bintik-bintik hitam
✅ memudarkan jeragat

Diperbuat daripada Aloe Vera yang diperkuatkan dengan ekstrak botani semulajadi termasuk ekstrak Arbutin dan Rumex Occidentalis, serta lain-lain nutrien yang menguatkan kulit.

FOREVER Epiblanc amat berkesan apabila disapukan terus ke atas cela atau bintik-bintik hitam di kulit, pada waktu pagi dan malam.

 

SAYA TIDAK AKAN MEMBERI JANJI-JANJI MANIS

Anda perlu berpijak di bumi nyata dan realiti.

Jeragat boleh dihilangkan dalam masa 2 minggu ADALAH JANJI PALSU!

Pemudaran jeragat akan berlaku pada lapisan kulit yang paling dalam (lapisan ke-5) dan secara perlahan proses ini akan mengikut turutan sehinggalah ke lapisan kulit paling luar.

Dengan ini, jeragat bukan saja dapat dihilangkan pada permukaan kulit, tetapi jeragat dapat dihilangkan secara total hingga ke lapisan kulit paling dalam.

Berbeza jika anda menggunakan krim untuk jeragat yang berasaskan bahan kimia merbahaya yang mampu memberi kesan serta-merta kerana produk ini akan mengikis lapisan luar kulit anda satu persatu untuk menghilangkan jeragat.

Padahnya, lapisan kulit akan menjadi nipis dan sel-sel yang menghasilkan jeragat tetap kekal di situ. Lebih teruk lagi, sel-sel ini akan rosak kesan daripada bahan kimia. Bukan saja jeragat, malah muka anda bakal ditambah dengan pelbagai lagi krisis lain.

 

NOTA PENTING!

Masih ingat 2 punca utama jeragat tadi?

Punca utama, sinar UV matahari.

Punca ke-2, penggunaan skincare berasaskan bahan kimia merbahaya.

Jeragat yang terhasil akibat terkena cahaya matahari lebih mudah diatasi berbanding jeragat yang terhasil akibat tindakbalas bahan kimia dalam produk skincare murahan.

Ini bermakna, jika sebelum ini anda pernah menggunakan produk murahan (walaupun anda beli dengan harga yang tak murah, tapi sebenarnya timbang kilo), sila bersedia untuk menerima hakikat bahawa jeragat anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihilangkan.

Anda harus sabar jika mahu cantik.

Jika anda mahu efek yang lebih baik, detoks terlebih dulu. Ini kerana, timbunan toksin dalam badan juga membuatkan kulit kelihatan tua, kusam dan tak bermaya.

Detoks terbaik, paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan Aloe Vera Gel Forever.

krim untuk jeragat

FOREVER ALOE VERA GEL

Minuman eksklusif GEL ALOE VERA FLP diperbuat daripada 100% filet (isi) dalaman daun Aloe Barbadensis Miller, iaitu dari spesies aloe vera terbaik yang boleh di makan. Hanya kulit luar yang mengandungi sap aloin yang pahit sahaja dibuang. Sebab itulah ia kelihatan pekat dan mengandungi pulpa kerana tidak ada gel yang diambil tidak ditapis keluar.

Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan gurun dan mempunyai keupayaan menyerap yang tinggi dan memulihkan lembapan. Ia mengandungi lebih daripada 200 jenis bahan yang dapat membantu menggalakkan pertumbuhan kulit yang cantik dan sihat.

Aloe vera mengandungi antioksidan, enzim, Vitamin A dan C, dan anti-radang yang sangat kuat. Ia juga mampu merawat kesan terbakar pada kulit, jerawat dan kulit kering.

 

Jom! hilangkan tompok-tompok jeragat tu sekarang..

krim untuk jeragat

Komen Facebook:
Krim Untuk Jeragat Berasaskan Bahan Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *