Kecewa dan hairan kenapa skincare tak berkesan?

Apabila bercakap tentang rutin penjagaan kulit dan produk yang anda pilih, anda mudah dikelirukan dan tertanya-tanya samada produk itu benar-benar berkesan atau tidak.

Lebih mengecewakan lagi, anda mungkin tertanya-tanya samada rutin atau skincare tersebut hanya membuatkan kulit anda menjadi lebih teruk!

Ini sangat membingungkan, terutamanya apabila anda menggunakan produk skincare yang mahal. Adalah penting bagi anda untuk mengetahui apa yang patut dijangkakan dan mengapa anda mungkin tidak dapat melihat dengan tepat hasil yang anda harapkan daripada produk skincare yang anda guna.

Saya mahu anda memahami apa yang mungkin dan apa yang tidak.

Meletakkan harapan yang realistik adalah penting. Jangkaan yang realistik ditambah rutin penjagaan kulit yang teratur dan konsisten adalah satu-satunya cara untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik.

 

kenapa skincare tak berkesan

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG ANDA MAHU?

Adakah anda tertanya-tanya kenapa skincare tak berkesan?

Bagaimana anda benar-benar tahu bahawa anda mendapat hasil yang terbaik dari produk skincare anda?

Senarai di bawah adalah sebagai garis panduan untuk menentukan tahap pencapaian anda. Gunakannya untuk membantu memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya daripada rutin penjagaan kulit anda.

 

Abaikan Produk Yang Over Claim (menjanjikan bulan & bintang)

Product claim selalunya samada palsu atau misleading, melainkan ia disokong oleh ujian klinikal yang sah.

Satu contoh paling mudah adalah krim pelembap siang hari yang mendakwa mampu menangani semua tanda-tanda penuaan, tetapi tidak pula mengandungi pelindung matahari (atau jika ia mengandungi sunscreen, kurang daripada SPF30).

Sekiranya anda TIDAK menggunakan sunscreen minima SPF30 – SPF50 selama 365 hari setahun, hujan atau panas, tanda-tanda penuaan, nada kulit yang tidak sekata, jeragat, parut yang berlarutan daripada jerawat dan masalah lain akan terus menjadi semakin teruk.

 

HENTIKAN MENCARI SATU RAMUAN AJAIB ATAU PRODUK MAGIK!

Kenapa skincare tak berkesan?

Hakikatnya TIDAK ADA ramuan magik atau produk magik untuk kulit. Sama seperti badan kita yang memerlukan pelbagai jenis makanan untuk kekal sihat, kulit kita juga memerlukan “diet” yang seimbang dari ramuan-ramuan berkhasiat yang dibekalkan melalui produk skincare yang berkualiti tinggi dan ada ujian klinikal.

Segala keperluan kulit anda tidak dapat dimasukkan ke dalam satu produk dan pastinya tidak dapat diberikan hanya dengan satu bahan sahaja.

Mencari keajaiban dengan satu produk hanyalah ibarat menipu kulit anda.

 

kenapa skincare tak berkesan

AMALKAN RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG TERATUR

Bagi sesetengah orang, rutin penjagaan kulit asas boleh berfungsi dengan baik tetapi untuk orang lain, ia tidak akan cukup untuk memberikan hasil yang terbaik.

Bergantung kepada jenis kulit, masalah kulit dan keutamaan, rutin penjagaan kulit yang lebih advance adalah perlu untuk anda.

Keperluan kulit yang kompleks perlu dipadukan dengan bahan-bahan yang bermanfaat, melindungi daripada kerosakan matahari, diperkayakan dengan penghidratan, dipelihara dengan bahan-bahan pemulihan kulit untuk melawan penuaan, mengekalkan tona kulit.

Ini memerlukan pelbagai jenis produk yang sesuai.

 

kenapa skincare tak berkesan

BUAT DENGAN KONSISTEN

Kenapa skincare tak berkesan?

MACAM MANA SKINCARE NAK BERKESAN KALAU ANDA TAK KONSISTEN DAN TAK SABAR

Rutin penjagaan kulit wajib dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang baik. Sesetengah produk ada yang perlu anda gunakan dua kali sehari seperti pencuci muka, toner, serum.

Manakala sunscreen dan booster ampoule hanya sekali sehari. Produk retinol atau atau exfoliants mungkin hanya perlu digunakan selang sehari atau seminggu sekali.

Amatlah penting untuk menggunakan produk-produk ini dalam turutan yang betul.

 

kenapa skincare tak berkesan

JANGAN ABAIKAN SKRUB (EXFOLIANT) DAN SUNSCREEN

Exfoliant AHA atau BHA mampu memberikan kesan yang hebat kepada kulit dan tidak ada produk lain boleh dijadikan sebagai pengganti. Lebih penting lagi adalah penggunaan sunscreen sekurang-kurangnya SPF30 atau sebaiknya SPF50 setiap hari.

Ini adalah langkah asas untuk memastikan kulit anda kekal awet muda dan cantik. Apabila digunakan seperti yang diarahkan, ia bukan saja dapat mencegah jeragat tapi juga dapat mengurangkan risiko kanser kulit.

 

kenapa skincare tak berkesan

JANGAN HARAPKAN HASIL SERTA-MERTA

Kerosakan kulit akibat matahari seperti jeragat & kedutan tidak berlaku sekelip mata. Oleh itu, jangan berharap ia juga dapat dihapuskan serta-merta.

Terdapat produk yang boleh menghasilkan keputusan dramatik (terutamanya AHA atau exfoliant BHA), tetapi selalunya, tempoh masa tertentu diperlukan bagi produk tersebut benar-benar memberikan hasil.

Penggunaan yang berterusan adalah perlu untuk mengekalkan hasilnya, dan sekali lagi, konsistensi adalah kuncinya.

 

kenapa skincare tak berkesan

 

ELAKKAN PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA KERAS ATAU YANG MEMBERI KESAN SAMPINGAN KEPADA KULIT

Lembut (gentle) adalah aspek paling penting dalam penjagaan kulit yang betul. Produk penjagaan kulit yang tidak merengsakan sangat penting. Jika produk yang anda gunakan menyebabkan kulit menjadi sensitif, ia akan membuatkan kulit anda terdedah kepada kerosakan alam sekitar.

Tabiat yang menyebabkan kulit menjadi sensitif atau nipis secara rutin hanya akan menghalang keupayaan kulit untuk memperbaharui selnya dan kembali pulih.

Elakkan daripada menggunakan skincare yang mengandungi bahan-bahan yang tidak perlu seperti Parabens, merkuri, hydroquinone, tretinoin (termasuk wangian yang kuat).

Elakkan  juga penggunaan skrub yang kasar yang hanya akan membuatkan kulit mengelupas secara terpaksa. Ini akan mendedahkan kulit kepada pelbagai masalah lain terutamanya jerawat.

Juga perlu diingat bahawa permukaan kulit anda tidak selalu dapat menunjukkan reaksi negatif terhadap bahan-bahan ini, namun kerosakan masih berlaku, tanpa anda dapat melihatnya.

Anda mungkin tidak melihat atau merasakan tindak balas tersebut, tetapi jika produk yang anda gunakan tidak mengandungi bahan kimia keras, kerosakan itu secara berlaku secara senyap, yang membawa kepada masalah lain kemudian hari.

 

kenapa skincare tak berkesan

PEKA TERHADAP BAHAN-BAHAN DALAM PRODUK SKINCARE

Anda mungkin tidak pernah benar-benar tahu bagaimana kulit anda akan bertindak balas walaupun terhadap produk skincare terbaik, jadi anda perlu memberi perhatian kepada bagaimana reaksi kulit anda.

Tingling sensation yang berpanjangan mungkin tanda kejengkelan, bukan tanda bahawa produk “bekerja.”

 

kenapa skincare tak berkesan
NOTA: Gambar produk Meeracle dalam poster adalah packaging lama.

TIADA PRODUK MAGIK

Kulit yang sihat dan cantik hanya akan diperolehi jika anda konsisten dan sabar.

Ingat! Menggunakan produk skincare secara berlebihan tidak akan memberi apa-apa kelebihan malah ia boleh memburukkan lagi keadaan.

LESS is MORE!

Cukuplah dengan mencuci muka, toner, serum dua kali sehari. Sunscreen setiap hari pada waktu siang dan booster ampoule ketika kulit memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Jadi, sebelum anda bertanya kenapa pakai skincare tak berkesan, lihat dulu bagaimana rutin skincare anda dan sudah berapa lama anda menggunakan produk tersebu. Jangkakan untuk melihat kesan awal selepas menggunakan produk sekurang-kurangnya 2 ke 3 bulan.

 

kenapa skincare tak berkesan

ANDA PERLUKAN LEBIH JIKA…

Ada kalanya kulit anda perlukan lebih daripada sekadar skincare untuk mendapat kecantikan yang optima terutamanya jika kulit wajah anda sudah mula mengalami masalah yang lebih teruk.

Gunakan skincare yang sederhana tapi tambah dengan rawatan krim @ sapuan & suplemen yang betul bagi merawat kulit dengan lebih baik.

Jika jerawat anda adalah jenis yang bengkak, merah & bernanah, sila untuk lebih berlembut dengan kulit anda.

 

kenapa skincare tak berkesan

Terjawablah sudah persoalan anda kenapa skincare tak berkesan tu kan?

Jom!… sihat, cantik luar & dalam.

 

CARA MEMBUAT PESANAN

WhatsApp ke 019-7071977 untuk membuat pesanan.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap penggunaan produk selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan. TIADA COD.

 

kenapa skincare tak berkesan

 

Komen Facebook:
Kenapa Skincare Tak Berkesan & Mengecewakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!