Penapis buah pinggang bocor atau dalam bahasa Inggerisnya Nephrotic syndrome adalah penyakit buah pinggang yang menyebabkan badan kita mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing.

Penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome ni biasanya terjadi disebabkan oleh kerosakan kepada cluster salur darah kecil (glomeruli) pada buah pinggang yang berfungsi untuk menapis bahan buangan dan lebihan air dalam darah.

Penyakit penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome akan menyebabkan bengkak (edema), terutamanya pada kaki dan buku lali dan ia juga meningkatkan lagi risiko kepada penyakit lain seperti jangkitan dan juga darah beku.

Tanda-tanda atau simptom penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome:

  • Bengkak disekeliling mata, buku lali dan kaki
  • Air kencing berbuih (foamy urine), yang disebabkan oleh lebihan protein dalam air kencing
  • Penambahan berat badan akibat lebihan air dalam badan (water retention @ gemuk air)
urine
Air kencing berbuih menandakan lebihan protein yang turut sama terkeluar semasa membuang air kecil

Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang disebutkan di atas.

Kebocoran penapis buah pinggang @ Nephrotic syndrome ni terjadi akibat kerosakan pada cluster salur darah halus (glomeruli) dalam buah pinggang kita.

Glomeruli berfungsi untuk menapis darah yang melalui buah pinggang, mengasingkan bahan yang diperlukan dan tidak diperlukan oleh tubuh kita. Glomeruli yang sihat akan menyimpan protein (albumin) – yang memang sangat penting untuk memastikan jumlah cecair yang tepat untuk tubuh daripada terkeluar bersama air kencing.

Tapi apabila glomeruli ni rosak, ia akan menyebabkan terlalu banyak protein (albumin) keluar daripada tubuh dan inilah yang dipanggil sebagai penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome.

NephronKidney
Keratan rentas buah pinggang: kerosakan pada glomeruli (Glomerulus) yang bertindak sebagai penapis (Nephron) akan menyebabkan lebihan protein penting (albumin) termasuk ke dalam darah & terkeluar bersama air kencing – ini yang dipanggil sebagai Nephrotic syndrome @ penapis buah pinggang bocor

Banyak penyakit yang boleh menjadi punca kerosakan glomerular yang membawa kepada kebocoran penapis buah pinggang @ Nephrotic syndrome. Antaranya ialah:

Focal segmental glormerulosclerosis – ia seakan kecederaan atau parut pada glomeruli yang terjadi akibat daripada penyakit lain seperti kepincangan genetik yang tidak diketahui puncanya.

Membranous nephropathy – berpunca daripada penebalan membran pada glomeruli. Punca utamanya tak diketahui, tetapi kadangkala ia dikaitkan dengan medical condition lain seperti hepatitis B, malaria, lupus & kanser.

Diabetic kidney disease – kencing manis boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang (diabetic nephropathy) yang memberi kesan kepada glomeruli.

Systemic lupus erythematosus (SLE) – keradangan kronik yang menyebabkan kerosakan serius pada buah pinggang.

Amyloidosis – masalah ni terjadi bila kandungan yang dipanggil amyloid protein berkumpul dalam organ. Penimbunan amyloid selalunya memberi kesan kepada buah pinggang yang akhirnya merosakkan sistem penapisannya.

Darah beku dalam saluran buah pinggang – renal vein thrombosis terjadi akibat darah beku yang menghalang vein daripada berhubung dengan buah pinggang boleh menyebabkan Nephrotic syndrome.

Kegagalan jantung – ada beberapa jenis kegagalan jantung seperti constrictive pericarditis dan kegagalan jantung kanan yang teruk boleh menyebabkan Nephrotic syndrome.

Sekiranya anda didiagnos dengan penyakit buah pinggang bocor, sila patuhi arahan doktor dalam menepati temujanji dan pengambilan ubat-ubatan.

Anda juga boleh menambahbaik tahap kesihatan melalui pengambilan beberapa suplemen yang dapat membantu dalam meredakan masalah penapis buah pinggang bocor ini. Antaranya ialah:

Vivix – berfungsi untuk memperbaiki kesihatan sel sehingga ke tahap DNA, memperbaharui sel dan menjadikan sel lebih muda dan sentiasa sihat. Sel yang sihat menjamin kesihatan seluruh tubuh badan secara dalaman dan luaran.

Omega Guard – asid lemak omega 3 yang mampu untuk meredakan keradangan (inflammation) bagi memperbaiki masalah kebocoran pada penapis buah pinggang dan dapat mengelakkan pembekuan darah akibat komplikasi penyakit ini.

Cadangan suplemen lain adalah bergantung kepada masalah kesihatan sampingan individu.

Sementara tu jemput video tentang bagaimana Vivix berfungsi dalam memperbaiki sel-sel dalam tubuh kita.

En. Mohamad Rosdi Ismail adalah antara mereka yang telah berjaya pulih daripada penyakit penapis buah pinggang bocor dan diberitahu oleh doktor bahawa beliau tidak perlu menjalani biopsi setelah beliau mengamalkan pengambilan Vivix.

nephrotic syndrome

Baca kisah lanjut tentang bagaimana En. Mumamad Rosdi Ismail berjaya sembuh daripada penyakit penapis buah pinggang bocor selepas mengambil Vivix.

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Penapis Buah Pinggang Bocor: Apakah Tanda Dan Punca Kepada Penyakit Ini Yang Juga Dikenali Sebagai Nephrotic Syndrome

2 thoughts on “Penapis Buah Pinggang Bocor: Apakah Tanda Dan Punca Kepada Penyakit Ini Yang Juga Dikenali Sebagai Nephrotic Syndrome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge