Bisnes online terbaik… bisnes MLM terbaik… Jutawan segera! Easy money!… join hari ni, esok dah boleh dapat income 4 angka… tak perlu jual apa-apa produk, tak perlu cari orang, tak perlu buat apa-apa… duduk rumah goyang kaki dan tunggu jer duit masuk berkepuk-kepuk dalam akaun. ‘Bisnes’ yang sangat menguntungkan kononnya.

LOGIK TAK?

 

Dek kerana orang fikir boleh dapat duit segera atau jadi jutawan segera dengan perniagaan MLM, maka ramailah yang mudah gelap mata dan banyak pulak syarikat yang ntah dari mana asal usulnya tumbuh macam cendawan lepas hujan dengan memperkenalkan konon-kononnya bisnes MLM & skim cepat kaya yang menguntungkan.

Tekanan ekonomi zaman sekarang ‘memaksa’ ramai orang yang kesempitan untuk terjebak dengan sistem MLM yang kotor ni. Ramai yang terpaksa bergadai, membuat loan, meminjam dari ahlong sebab nak buat modal perniagaan yang kononnya boleh buat jadi jutawan segera.

JANGAN!

bisnes online terbaik

Jangan mudah sangat terpedaya sebab sepatutnya dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang banyak sumber yang boleh kita rujuk untuk kaji sejauh mana sesuatu tawaran tu sahih atau tak. Check betul-betul samada perniagaan itu patuh syariah atau tidak.

MLM pun ada yang punya sistem yang telus & Halal dan tak kurang jugak yang ada muslihat terselindung serta Haram hukumnya.

Macam mana nak tau yang MLM tu Halal atau Haram?

 

Ia HARAM jika:

Ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perniagaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Si ahli bukannya ingin membeli produk, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan.

Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

 

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM BISNES MLM & KENAPA FOREVER LIVING HARUS JADI PILIHAN

  1. Produk yang dijual adalah jelas tujuannya (suplemen kesihatan, skincare, body care berasaskan aloe vera & produk lebah)
  2. Produknya bukan emas & perak
  3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjualan dan ahli dibawahnya adalah jelas (tidak menggunakan sistem point)
  4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja
  5. Ahli tidak diwajibkan membuat pembelian sendiri di dalam jumlah / pakej tertentu untuk layak menerima imbuhan daripada syarikat.
  6. ‘Upline’ tidak menaruh usaha atas jualan orang bawahannya (downline)
  7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
  8. Mempunyai sistem komisyen dan bonus yang telus dan mudah difahami (bonus = harga jual x % kelayakan bonus mengikut rank)
  9. Penstrukturan plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahanya adalah secara musyarakah

 

Jadi, sesiapa saja yang join sebagai Forever Business Owner dan buat bisnes online terbaik Forever Living ni langsung tak perlu risau sebab ia mematuhi syarat-syarat Halal bisnes MLM seperti yang disebutkan di atas tadi dan ia memang perniagaan yang menguntungkan kalau dibuat secara bersungguh-sungguh.

Forever Living Products berjaya bertapak di Arab Saudi & Brunei kerana memiliki sistem marketing yang patuh syariah. Tak banyak syarikat MLM yang dapat tembus pasaran negara-negara ini (mungkin kerana mereka menggunakan sistem yang ada unsur syubhah) Wallahua’lam.

Jadi, jom join Forever Living sekarang! Tak perlu ragu-ragu lagi. Rezeki yang kita dapat InsyaAllah berkat & yang penting sekali Halal. Bukan kerana gelap mata dengan duit sampai diabaikan Halal & Haramnya.

Semoga perkongsian ni dapat beri sedikit panduan & informasi kepada yang sudi membacanya dan tahu bisnes online terbaik dan bisnes MLM yang mana harus dipilih. Perniagaan yang menguntungkan & Halal.

 

 

bisnes online terbaik

Komen Facebook:
Bisnes Online Terbaik & MLM Patuh Syariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *