Masa mula-mula anda baru ambil suplemen, badan rasa lain macam. Ambil suplemen untuk tenaga tapi badan makan letih dan mengantuk. Ambil suplemen untuk ikhtiar redakan sakit lutut tapi lutut semakin sakit. Bukan itu saja, kepala memusing, kerap kencing dan buang air besar dan sebagainya. Suplemen tak bagus ke? Anda patut ambil tahu tentang kesan pengambilan suplemen pada peringkat awal.

Kesan pengambilan suplemen pada peringkat awal ini disebut sebagai proses penyembuhan atau healing crisis. Bukan suplemen yang tak bagus tapi badan anda sedang dalam proses untuk pulih. Sistem badan anda sedang di ‘repair’.

Anda kena sabar ye..

 

KESAN HARMONISASI

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan.

Anda pasti berfikiran, “Keadaan saya semakin teruk, apa dah jadi?” Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.

Menurut ‘Hering’s Law of Cure’, semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya.

Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah:

⛔️ Sakit atau pening kepala
⛔️ Ruam kulit
⛔️ Bisul atau kudis
⛔️ Sembelit
⛔️ Cirit birit
⛔️ Perut berangin
⛔️ Letih atau kepenatan
⛔️ Berdebar
⛔️ Cepat marah
⛔️ Selsema atau batuk (kahak yang banyak)
⛔️ Demam
⛔️ Ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.

Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang dialami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses dimana segala kekotoran dan toksin dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan.

Sebenarnya, bahan toksin yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisma badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan. Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan.

Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksin tadi berkumpul.

Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksin yang terkumpul. Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksin yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan anda.

Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksin daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari.

Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksin yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksin dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan dihidapi dimasa akan datang.

Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksin tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif.

Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut.

 

kesan pengambilan suplemen

 

Bukan suplemen yang diambil yang buatkan anda merasa tidak sihat tetapi kerana toksin dalam badan anda sedang dikerah keluar. Bahan-bahan dalam suplemen yang anda ambil sedang ‘berperang’ dengan toksin dan penyakit dalam badan anda! Ia hanya kesan pengambilan suplemen yang bersifat sementara.

Tahan!

Sabar!

Teruskan konsisten ambil suplemen mengikut cara yang disarankan

Pastikan anda minum air kosong secukupnya

Rehat & rileks

Kekal tenang

Badan anda sedang dalam proses kearah kesihatan yang lebih baik

InsyaAllah. TETAPI, pernyataan ini tidak terpakai jika anda mengambil suplemen yang mengandungi bahan terlarang dan tidak mendapat kelulusan badan berkaitan.

Baca juga: Punca USUS rosak

 

PENTING! Pilih suplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk diamalkan ye. Tolak tepi suplemen yang meragukan.

kesan pengambilan suplemen

 

kesan pengambilan suplemen

 

kesan pengambilan suplemen

 

Klik gambar di bawah untuk mendengar penerangan daripada Dr. Syid Ayob tentang produk-produk dan gaya hidup Eskayvie

 

 

kesan pengambilan suplemen

 

Komen Facebook:
Kesan Pengambilan Suplemen Pada Peringkat Awal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!