Penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic syndrome adalah penyakit buah pinggang yang menyebabkan badan mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing.

Penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome ni biasanya terjadi disebabkan oleh kerosakan kepada cluster salur darah kecil (glomeruli) pada buah pinggang yang berfungsi untuk menapis bahan buangan dan lebihan air dalam darah.

Penyakit penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome akan menyebabkan bengkak (edema), terutamanya pada kaki dan buku lali dan ia juga meningkatkan lagi risiko kepada penyakit lain seperti jangkitan dan juga darah beku.

 

Tanda-tanda atau simptom penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome:

  • Bengkak disekeliling mata, buku lali dan kaki
  • Air kencing berbuih (foamy urine), yang disebabkan oleh lebihan protein dalam air kencing
  • Penambahan berat badan akibat lebihan air dalam badan (water retention @ gemuk air)

 

urine
Air kencing berbuih menandakan lebihan protein yang turut sama terkeluar semasa membuang air kecil

 

Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang disebutkan di atas.

Kebocoran penapis buah pinggang @ Nephrotic syndrome ni terjadi akibat kerosakan pada cluster salur darah halus (glomeruli) dalam buah pinggang.

Glomeruli berfungsi untuk menapis darah yang melalui buah pinggang, mengasingkan bahan yang diperlukan dan tidak diperlukan oleh tubuh. Glomeruli yang sihat akan menyimpan protein (albumin) – yang memang sangat penting untuk memastikan jumlah cecair yang tepat untuk tubuh daripada terkeluar bersama air kencing.

Tapi apabila glomeruli ni rosak, ia akan menyebabkan terlalu banyak protein (albumin) keluar daripada tubuh dan inilah yang dipanggil sebagai penapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome.

 

NephronKidney
Keratan rentas buah pinggang: kerosakan pada glomeruli (Glomerulus) yang bertindak sebagai penapis (Nephron) akan menyebabkan lebihan protein penting (albumin) termasuk ke dalam darah & terkeluar bersama air kencing – ini yang dipanggil sebagai Nephrotic syndrome @ penapis buah pinggang bocor

 

Banyak penyakit yang boleh menjadi punca kerosakan glomerular yang membawa kepada ppenapis buah pinggang bocor @ Nephrotic syndrome.

Antaranya ialah:

Focal segmental glormerulosclerosis – ia seakan kecederaan atau parut pada glomeruli yang terjadi akibat daripada penyakit lain seperti kepincangan genetik yang tidak diketahui puncanya.

Membranous nephropathy – berpunca daripada penebalan membran pada glomeruli. Punca utamanya tak diketahui, tetapi kadangkala ia dikaitkan dengan medical condition lain seperti hepatitis B, malaria, lupus & kanser.

Diabetic kidney disease – kencing manis boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang (diabetic nephropathy) yang memberi kesan kepada glomeruli.

Systemic lupus erythematosus (SLE) – keradangan kronik yang menyebabkan kerosakan serius pada buah pinggang.

Amyloidosis – masalah ini terjadi bila kandungan yang dipanggil amyloid protein berkumpul dalam organ. Penimbunan amyloid selalunya memberi kesan kepada buah pinggang yang akhirnya merosakkan sistem penapisannya.

Darah beku dalam saluran buah pinggang – renal vein thrombosis terjadi akibat darah beku yang menghalang vein daripada berhubung dengan buah pinggang boleh menyebabkan Nephrotic syndrome.

Kegagalan jantung – ada beberapa jenis kegagalan jantung seperti constrictive pericarditis dan kegagalan jantung kanan yang teruk boleh menyebabkan Nephrotic syndrome.

Sekiranya anda didiagnos dengan penyakit buah pinggang bocor, sila patuhi arahan doktor dalam menepati temujanji dan pengambilan ubat-ubatan.

Anda juga boleh menambahbaik tahap kesihatan melalui pengambilan suplemen yang dapat boleh memberi sokongan kepada kesihatan (adalah digalakkan untuk dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda sebelum membuat keputusan mengambil sebarang jenis suplemen)

 

penapis buah pinggang bocor

 

penapis buah pinggang bocor

 

penapis buah pinggang bocor

 

penapis buah pinggang bocor

 

penapis buah pinggang bocor

 

penapis buah pinggang bocor

 

penapis buah pinggang bocor

 

Kembali sihat secara fitrah dengan manfaat daripada khasiat bahan-bahan semulajadi dalam PHYTAX.

Untuk info lanjut & membuat pesanan, WhatsApp saya sekarang!

 

penapis buah pinggang bocor

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan (vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Penapis Buah Pinggang Bocor Boleh Sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!