Anda seorang wanita?
Keliru dengan nak memilih suplemen untuk wanita mana satu yang penting untuk anda?
Ramai sangat orang suruh ambik itu dan ini tapi tak pasti samada suplemen atau vitamin tu perlu atau tak… pening!
Takpe.. tak usah pening-pening… kat sini saya nak ceritakan tetang 3 suplemen untuk wanita yang wajib anda ambil tak kiralah samada masih remaja, sudah dewasa, berkahwin, sedang hamil, sedang berpantang, sedang menyusukan bayi ataupun susah mencecah umur emas bagi memastikan anda semua mendapat sumber nutrisi yang mencukupi.

KALSIUM
Pengambilan kalsium yang cukup akan mencegah pereputan tulang (osteoporosis) dan mengurangkan risiko keretakan tulang terutamanya bagi warga emas. Wanita yang berumur antara 19 hingga 50 tahun (termasuk yang sedang hamil dan menyusukan bayi) memerlukan 1,000mg kalsium sehari.
Wanita yang berumur 50 tahun keatas memerlukan 1,200mg kalsium sehari.
Kalsium boleh didapati melalui pemakanan seharian tetapi biasanya kita gagal untuk mendapat jumlah kalsium yang diperlukan kerana diet yang tidak seimbang. Oleh itu, suplemen kalsium adalah sangat-sangat digalakkan.
Wanita juga perlu pastikan yang mereka mendapat vitamin D yang cukup, yang mempengaruhi penyerapan kalsium dan nutrien lain.

FOLATE (ASID FOLIK)
Semua wanita dewasa wajib mendapatkan 400mcg vitamin B setiap hari. Asid folik membantu menghalang kecacatan pada janin yang dipanggil neural tube defects, termasuklah spina bifida.
Jika anda tak pasti samada anda mendapat vitamin B yang cukup setiap hari melalui pemakanan (sayur berdaun hijau, kekacang dan bijirin) anda perlu mengambil suplemen vitamin B yang dilengkapi dengan asid folik.

ZAT BESI
Sebelum mencecah umur 50 tahun, anda wajib mendapatkan 18mg zat besi sehari dan 8mg sehari jika umur anda lebih daripada itu.
Walaupun diet anda seimbang, wanita dewasa dan wanita hamil mempunyai risiko kekurangan zat besi lebih-lebih lagi jika anda sedang berdiet atau vegetarian. Oleh sebab itulah pengambilan suplemen amat digalakkan malahan ia boleh dikatakan sebagai wajib.
Ada banyak lagi sebenarnya suplemen untuk wanita yang penting dalam memastikan kesihatan sentiasa berada pada tahap yang baik seperi omega 3, vitamin C, vitamin E, protein dan suplemen kolagen. Tetapi KALSIUM, ASID FOLIK (VITAMIN B) & ZAT BESI adalah antara 3 yang terpenting.
Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977
Email:
nieda@ohcantik.com