MIGRAIN DAN KEHAMILAN

Jika anda sedang hamil, memang tak mustahil untuk anda alami migrain. Kalau anda salah seorang daripada wanita hamil yang ada migrain, anda mungkin happy bila tau yang kehamilan boleh meredakan simptom-simptom migraine pada kebanyakan wanita. Tapi jika tidak, artikel ini mungkin dapat membantu anda dalam mencari cara hilangkan migrain ketika hamil.

 

PUNCA MIGRAIN

Punca migrain yang tepat tak dapat dikenalpasti sebenarnya. Tapi migrain melibatkan perubahan pada saraf, neurokimia dan pengaliran darah dalam otak.

Para pengkaji berpendapat sel otak yang terlebih ransangan akan mengeluarkan bahan kimia. Bahan kimia ini merengsakan salur darah pada permukaan otak. Jadi, salur darah akan membengkak dan membuatkan rasa sakit.

Estrogen memainkan peranan penting dalam masalah migrain. Sebab itulah kehamilan, haid dan menopause biasanya akan mengubah pattern migrain seseorang wanita.

Neurotransmitter serotonin juga memainkan peranan penting dalam masalah migrain.

 

MENJEJAK PUNCA MIGRAIN

Perubahan hormon semasa hamil bukan satu-satunya punca yang boleh menyebabkan migrain. Kebanyakan wanita mengalami beberapa punca pada masa yang sama. Contohnya, tekanan, waktu makan tak menentu dan tidur tidak cukup juga boleh menyebabkan migrain.

Sesetengah migrain boleh kekal untuk tempoh beberapa jam. Tapi ada yang jika tidak dirawat, boleh melarat sampai beberapa hari. Migrain sangat susah dijangka. Ada wanita yang akan hilang migrain bila hamil tapi ada yang jadi semakin teruk.

Penting untuk anda kenalpasti punca migrain sebab ini akan memudahkan anda untuk menentukan jenis rawatan atau jalan penyelesaian yang sesuai.

Antara punca migrain yang melibatkan wanita hamil ialah:

  • Sensitif kepada bunyi bising, bau atau cahaya terang
  • Coklat
  • Kafein
  • Makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate) dan nitrate
  • Aspartame (pemanis yang terdapat dalam NutraSweet dan Equal)

 

CARA HILANGKAN MIGRAIN KETIKA HAMIL (SELF-CARE)

Langkah pertama yang perlu anda ambil untuk melawan masalah migrain adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikut:

  • Elakkan punca migrain; contohnya makan tertentu
  • Makan ikut jadual yang tetap
  • Minum air kosong yang cukup
  • Rehat yang cukup
  • Boleh ikuti kelas / senaman ringan yang menenangkan seperti yoga
  • Bila migrain melanda, gunakan ice packs, urut dan berehat dalam bilik yang gelap dan sunyi
headache-migraine-730x410
Berhati-hati apabila mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan migrain terutama ketika hamil kerana ia boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan

UBATAN UNTUK MIGRAIN

Jika anda hamil atau bercadang untuk hamil, doktor biasanya akan menasihatkan untuk tidak mengambil ubat-ubatan melainkan jika ia dirasakan betul-betul perlu. Anda perlu menimbangkan tentang kesan yang bakal anda dan bayi dalam kandungan anda apabila mengambil ubat-ubatan yang berasaskan drugs.

Kebanyakan ubatan anti-migrain yang digunakan untuk merawat atau mencegah migrain perlu dielakkan semasa hamil. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan birth defects (kecacatan) pada bayi. Ada juga ubatan yang dikaitkan dengan komplikasi kehamilan. Contohnya, ada yang dikaitkan dengan pendarahan, keguguran atau intrauterine growth restriction (IUGR), keadaan dimana uterus dan fetus tidak membesar secara normal.

 

RAWATAN PENCEGAHAN MIGRAIN

Jika anda mengalami serangan migrain yang teruk secara berulang, rawatan pencegahan sangatlah perlu bagi mengelakkan serangan migrain yang berterusan. Kebanyakan ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah migrain biasanya juga digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Pastikan anda sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, produk herba atau ubat-ubatan semulajadi jika anda sedang hamil.

 

PILIHAN YANG SELAMAT BAGI CARA HILANGKAN MIGRAIN KETIKA HAMIL

Diet yang seimbang dan gaya hidup sihat adalah kunci kepada tahap kesihatan seseorang terutamanya wanita hamil. Masa ni bukan kena fikir tentang kesihatan diri sendiri jer… wajib fikir tentang kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan.

Semua ibu dan bakal ibu pastinya nak anak yang bakal lahir tu sihat dan bebas daripada sebarang masalah kan? Jadi, sentiasalah berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan yang berasaskan drugs kerana ia bukan saja akan memberi kesan kepada si ibu, tetapi kepada bayi dalam kandungan juga.

Jadi, sebagai langkah paling selamat yang boleh diambil jika anda sedang mencari cara hilangkan migrain ketika hamil ialah dengan mengambil suplemen semulajadi. Antranya:

B-Complex – Kajian menunjukkan bahawa orang yang kekurangan vitamin B lebih berisiko tinggi mendapat serangan migrain. Jadi, orang yang selalu sangat sakit kepala dan diserang migrain, mulakanlah ambil suplemen vitamin B sekarang. Vitamin B12, vitamin B6 dan folik asid bukan saja dapat mengurangkan kekerapan serangan migrain, tetapi ia juga membantu mengurangkan tahap keseriusan migrain tersebut.

Ostematrix – kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Kalsium bukan sahaja penting untuk pembentukan dan kekuatan tulang, tetapi ia juga akan memberikan anda tidur yang lebih selesa dan lena serta membantu mengawal ritma jantung. Tidur yang selesa dan lena akan memberikan anda rehat yang cukup dan dapat mengelakkan anda daripada tekanan.

ESP (Energizing Soy Protein) – Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas  badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini  disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT.  Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter lebih-lebih lagi bagi wanita hamil, orang dewasa, warga emas dan semua golongan.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku,  rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam  bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

  1. 66% Water
  2. 25% Protein
  3. 8% Fats
  4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

Vitamin C – vitamin C semulajadi dalam tubuh manusia akan musnah dengan sendirinya setiap hari sedangkan kita amat-amat memerlukan vitamin C bagi memastikan sistem imun kita sentiasa berada pada tahap maksimum. Jika sistem imun lemah, segala macam jenis penyakit sangat mudah hinggap. Jadi, sangatlah penting untuk kita pastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari. Vitamin C juga akan membuatkan penyerapan nutrisi lain menjadi lebih efisien.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Hilangkan Migrain Ketika Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge