Macam mana cara yang betul untuk merawat dan mengawalselia eczema?

  1. Amalan pemakanan

PENTING untuk diingat apabila berhadapan dengan masalah seperti eczema, kulit adalah organ pembuangan terbesar yang terdapat pada tubuh – ini bermakna apa saja yang kita makan akan terbias pada luaran (kulit), kerana kulit merembeskan hasil buangan. Cara merawat eczema hanya dengan menggunakan ubatan semata-mata tidak akan menjamin pesakit tu akan segera sembuh.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit, oleh itu, perubahan kecil boleh memperbaiki eczema. Fokus kepada pemakanan yang menggalakkan kesihatan perut dan hati, dan hindarkan terus makanan yang tinggi gluten sebanyak mungkin.

Bertukar daripada pemakanan biasa kepada pemakanan yang mengandungi buah-buahan segar, sayur-sayuran, kacang dan bijirin.

  • Bertukar kepada daging dari hasil ternakan yang diberi makan rumput.
  • Ambil makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti ikan salmon dan walnut.
  • Jika boleh, elakkan gluten di dalam pemakanan harian kerana ia akan merangsang ekzema.
  • Jangan ambil roti, pasta, cereal dan makanan yang diproses serta tinggi karbohidrat.
omega-fish-oil_MZIA
Asid lemak omega 3 sangat membantu dalam meredakan keradangan dan menambah kelembapan kulit
  1. Elakkan susu dan produk berasaskan susu.

Susu lembu boleh menjadi perangsang utama kepada eczema, jadi adalah lebih baik untuk tidak mengambilnya langsung (mungkin untuk sementara waktu) dan perhatikan jika ada perubahan. Susu lembu boleh menjadi terlalu berasid dan biasa terdapat hormon serta bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada sistem imun dan mencetuskan eczema. Cuba elakkan semua jenis susu lembu sekurang-kurangnya 2 minggu dan lihat jika ada perubahan. Jika tidak usaha dan cara merawat eczema yang anda ambil mungkin akan jadi sia-sia saja.

  • Terdapat banyak alternatif kepada susu lembu, jadi jangan risau. Gantikan dengan susu kambing.
  • Jika anda ingin pilihan lain, ambil soya, susu beras, oat, badam atau hazelnut
nomilk
Susu lembu kebiasaannya akan menyebabkan alahan menjadi semakin teruk. Jadi, cuba elakkan pengambilan susu dan produk berasaskan susu jika anda menghidap eczema.
  1. Ambil suplemen semulajadi.

Secara idealnya, seseorang itu akan mendapat sumber vitamin dan nutrisi daripada pemakanan, tetapi sebenarnya ini jarang berlaku. Mujurlah terdapat banyak suplemen yang boleh membantu didalam melawan eczema. Antara yang terbaik adalah seperti:

  • Asid lemak: asid lemak membantu melegakan kekeringan kulit dan mengurangkan keradangan, membuatkannya sangat baik untuk merawat eczema. Untuk hasil terbaik, pilih suplemen yang mengandungi Omega 3, 6 dan 9.
  • Vitamin A, D dan E: Kesan kepada kulit yang dihasilkan oleh gabungan 3 vitamin ini adalah sangat menakjubkan – ia membantu kulit mengekalkan kelembapan, memperbaiki tekstur kulit, menggalakkan penghasilan kolagen dan melindunginya daripada radikal bebas.
  • Suplemen yang mengandungi gamma-linolenic acid: Gamma-linolenic acid (GLA) ialah asid lemak yang terdapat dalam evening primrose oil (EPO), minyak borage dan minyak blackcurrant. Ia dipercayai dapat melegakan keradangan kulit dan memperbetulkan keseimbangan lipid pada kulit.
  1. Pakai pakaian yang selesa dan longgar

Pakaian yang kita pakai bersentuhan dengan kulit hampir sepanjang masa. Oleh itu, terdapat beberapa pilihan pakaian yang dapat membantu penghidap eczema:

  • Pakai pakaian yang longgar dan elakkan fabrik yang miang, dan kasal seperti benang bulu kambing. Pakaian daripada fabrik bertekstur lembut dan licin seperti kain kapas dan sutera adalah pilihan terbaik.
  • Apabila bersukan, pakai pakaian sukan yang bersesuaian untuk keselesaan kulit. Ini juga boleh mengelakkan peluh berlebihan yang boleh memburukkan lagi masalah eczema.
  • Ambil kira juga bahan pencuci pakaian yang anda gunakan – ia mungkin meningkalkan sisa pada pakaian dan boleh menyumbang kepada eczema. Cuba gunakan produk pencuci yang berasaskan bahan semulajadi.
  1. Kurangkan tekanan

Eczema dan masalah kulit yang lain sangat berkait rapat dengan tekanan, secara psikologi dan fizikal. Jadi, cari masa untuk menenangkan fikiran.

  • Meditasi – Ambil beberapa minit sehari dan pergi ke tempat-tempat yang tenang, pejamkan mata dan fokus kepada pernafasan boleh memberikan impak positif kepada mental dan fizikal. Aktiviti seperti yoga juga adalah sangat baik atau sebagai orang Islam, kita boleh amalkan solat sunat serta banyak berzikir untuk mendapatkan ketenangan dan ianya amat mudah kerana boleh dilakukan dirumah.
  • Tidur yang cukup – dapatkan tidur antara 7 – 8 jam pada waktu malam untuk mengurangkan stress. Jika anda menghadapi masalah untuk tidur, cuba mandi sebelum tidur, pastikan bilik tidur sejuk dan gelap.
  1. Pilih sabun dan syampu yang lembut.

Produk yang anda gunakan ketika mandi boleh memberikan impak yang besar kepada keadaan kulit, jadi sangat penting untuk berhati-hati dengan produk yang dipilih dan kandungannya. Ini sangat-sangat membantu dalam merawat eczema yang lebih efisien. Secara umumnya, lebih semulajadi dan kelembapan sesuatu produk, kuranglah kesannya kepada kulit yang berisiko mendapat eczema. Elakkan produk anti-bakteria dan deodoran kerana ia sangat mengeringkan.

  • Elakkan gel mandian dan sabun yang mengandungi dye dan pewangi – ia mungkin nampak dan bau menarik, tetapi biasanya penuh dengan bahan kimia yang kasar dan mengeringkan kulit.
  • Elakkan produk yang mengandungi sodium lauryl sulphate. Bahan ini biasanya terdapat dalam kebanyakan jenis sabun dan syampu kerana ia berfungsi sebagai ajen untuk menghasilkan buih. Sodium lauryl sulphate (yang digunakan didalam produk pencuci kereta dan lantai) memberikan kesan iritasi dan kekeringan kepada kulit yang agak teruk. Ia juga merosakkan protein semulajadi kulit, membuatkan kulit menjadi lebih terdedah kepada pencemaran luar.
  • Elakkan paraben – paraben adalah kumpulan bahan kimia yang biasanya ditemui dalam produk pencucian seperti syampu, kondisioner, krim mandian, losyen dan skrub. Ia memang diketahui boleh menyebabkan iritasi kepada kulit, dan beberapa risiko kesihatan lain termasuklah yang berkaitan dengan kanser.
  1. Gunakan humidifier (pelembap udara)

Udara kering dalam rumah dan bilik anda boleh mencetus masalah kulit seperti eczema, menyebabkan kulit menjadi kering dan berkuping. Anda boleh mengubah keadaan ini dengan menggunakan humidifier yang akan memberikan kelembapan kepada udara dan kulit anda.

  • Tanam pokok didalam rumah – selain daripada menggunakan humidifier, pokok juga boleh meningkatkan tahap kelembapan udara didalam rumah melalui proses yang dipanggil transpirasi. Pokok Areca Palm dan Boston Fern adalah dua jenis humidifier semulajadi yang biasa digunakan.
  • Satu lagi cara untuk melembapkan udara ialah dengan cara meletakkan bekas berisi air di bawah radiator atau sumber yang panas. Air yang menjadi panas akan disejat, dan menambahkan kelembapan kepada udara.
Salah satu contoh humidifier yang boleh digunakan dirumah
Salah satu contoh humidifier yang boleh digunakan untuk menyegarkan dan melembapkan udara di dalam rumah
  1. Tidak terlalu kerap mandi

Walaupun mandi memberikan kelegaan kepada kulit yang kering dan gatal, tetapi jika terlalu kerap ia akan menyingkirkan kelembapan yang terdapat pada kulit dan menjadikan eczema semakin teruk. Cuba gunakan air suam dan bukan air panas dan hadkan cuma 15 – 20 minit sekali mandi.

  • Pastikan gunakan krim pelembap selepas mandi, sebaiknya ketika kulit masih lembap kerana ia membantu menyimpan lebih banyak kelembapan. Krim dan losyen adalah baik, tetapi pelembap berasaskan minyak lebih baik kerana ia lebih kekal lama dan membentuk benteng yang menahan lembapan daripada tersejat daripada kulit.
  • Pastikan anda mengeringkan badan dengan cara yang betul dan berhati-hati. Menggosok secara kasar boleh membuatkan eczema menjadi bertambah teruk. Gunakan tapak tangan untuk menyapu/mengelap bahagian yang basah dan kemudian gunakan tuala lembut yang bersih

Semoga bermanfaat!

Pesanan penting: antara suplemen Shaklee yang boleh diambil bagi menambahkan lagi keberkesanan rawatan eczema yang anda jalani adalah Omega Guard, GLA Complex, Vitamin E & Carotomax. Selain daripada itu sapuan krim serbaguna semulajadi Herbal Blend juga mampu memberi kelembapan & keselesaan pada kulit anda setiap hari.

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Merawat Eczema Dan Mengawal Eczema Supaya Tidak Menjadi Semakin Parah

3 thoughts on “Cara Merawat Eczema Dan Mengawal Eczema Supaya Tidak Menjadi Semakin Parah

    • November 27, 2015 at 3:23 am
      Permalink

      Setuju!… apa pun penyakit jika sudah teruk, penyembuhan akan jadi semakin susah…

      Reply
  • November 27, 2015 at 10:36 am
    Permalink

    Anak sulung ada ekzema sejak baby..rupanya alahan tenusu lembu.. anak konsume Omega Guard susah nak tengok kulit nya alergik..Cantik rupa baru blog akak..i like!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *