Macam mana cara merawat eczema dan mengawalselia eczema yang betul supaya dapat sembuh dengan baik dan elak daripada menjadi semakin parah?

  1. Amalan pemakanan

PENTING untuk diingat apabila berhadapan dengan masalah seperti eczema, kulit adalah organ pembuangan terbesar yang terdapat pada tubuh – ini bermakna apa saja yang kita makan akan terbias pada luaran (kulit), kerana kulit merembeskan hasil buangan. Cara merawat eczema hanya dengan menggunakan ubatan semata-mata tidak akan menjamin pesakit tu akan segera sembuh.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit, oleh itu, perubahan kecil boleh memperbaiki eczema. Fokus kepada pemakanan yang menggalakkan kesihatan perut dan hati, dan hindarkan terus makanan yang tinggi gluten sebanyak mungkin.

Bertukar daripada pemakanan biasa kepada pemakanan yang mengandungi buah-buahan segar, sayur-sayuran, kacang dan bijirin.

  • Bertukar kepada daging dari hasil ternakan yang diberi makan rumput.
  • Ambil makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti ikan salmon dan walnut.
  • Jika boleh, elakkan gluten di dalam pemakanan harian kerana ia akan merangsang ekzema.
  • Jangan ambil roti, pasta, cereal dan makanan yang diproses serta tinggi karbohidrat.

 

cara merawat eczema

  1. Elakkan susu dan produk berasaskan susu.

Susu lembu boleh menjadi perangsang utama kepada eczema, jadi adalah lebih baik untuk tidak mengambilnya langsung (mungkin untuk sementara waktu) dan perhatikan jika ada perubahan. Susu lembu boleh menjadi terlalu berasid dan biasa terdapat hormon serta bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada sistem imun dan mencetuskan eczema. Cuba elakkan semua jenis susu lembu sekurang-kurangnya 2 minggu dan lihat jika ada perubahan. Jika tidak usaha dan cara merawat eczema yang anda ambil mungkin akan jadi sia-sia saja.

  • Terdapat banyak alternatif kepada susu lembu, jadi jangan risau. Gantikan dengan susu kambing.
  • Jika anda ingin pilihan lain, ambil soya, susu beras, oat, badam atau hazelnut

 

cara merawat eczema

  1. Ambil suplemen semulajadi.

Secara idealnya, seseorang itu akan mendapat sumber vitamin dan nutrisi daripada pemakanan, tetapi sebenarnya ini jarang berlaku. Mujurlah terdapat banyak suplemen yang boleh membantu didalam melawan eczema.

ESKAYVIE DIFFENZ antara suplemen terbaik yang anda boleh masukkan dalam cara merawat eczema:

Eskayvie Diffenz sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga bermula dari usia 5 tahun dan keatas. Tiada apa yang lebih bermakna daripada melihat ahli keluarga kekal sihat. Diffenz merupakan superfood yang mengandungi Cendawan Susu Harimau, Buah Camu Camu, Vitamin D & Vitamin C.

Superfood ini boleh membantu:

  • Meningkatkan Tahap Imun Badan
  • Menguatkan paru-paru
  • Bersifat Anti-virus

Tablet kunyahannya yang lazat membuatkan ia mudah diamalkan di mana sahaja anda berada. Nak tingkatkan tahap kesihatan diri dan keluarga? Eskayvie Diffenz adalah jawapannya.

 

cara merawat eczema

  1. Pakai pakaian yang selesa dan longgar

Pakaian yang kita pakai bersentuhan dengan kulit hampir sepanjang masa. Oleh itu, terdapat beberapa pilihan pakaian yang dapat membantu penghidap eczema:

  • Pakai pakaian yang longgar dan elakkan fabrik yang miang, dan kasal seperti benang bulu kambing. Pakaian daripada fabrik bertekstur lembut dan licin seperti kain kapas dan sutera adalah pilihan terbaik.
  • Apabila bersukan, pakai pakaian sukan yang bersesuaian untuk keselesaan kulit. Ini juga boleh mengelakkan peluh berlebihan yang boleh memburukkan lagi masalah eczema.
  • Ambil kira juga bahan pencuci pakaian yang anda gunakan – ia mungkin meningkalkan sisa pada pakaian dan boleh menyumbang kepada eczema. Cuba gunakan produk pencuci yang berasaskan bahan semulajadi.

 

cara merawat eczema

  1. Kurangkan tekanan

Eczema dan masalah kulit yang lain sangat berkait rapat dengan tekanan, secara psikologi dan fizikal. Jadi, cari masa untuk menenangkan fikiran.

  • Meditasi – Ambil beberapa minit sehari dan pergi ke tempat-tempat yang tenang, pejamkan mata dan fokus kepada pernafasan boleh memberikan impak positif kepada mental dan fizikal. Aktiviti seperti yoga juga adalah sangat baik atau sebagai orang Islam, kita boleh amalkan solat sunat serta banyak berzikir untuk mendapatkan ketenangan dan ianya amat mudah kerana boleh dilakukan dirumah.
  • Tidur yang cukup – dapatkan tidur antara 7 – 8 jam pada waktu malam untuk mengurangkan stress. Jika anda menghadapi masalah untuk tidur, cuba mandi sebelum tidur, pastikan bilik tidur sejuk dan gelap.

 

cara merawat eczema

  1. Pilih sabun dan syampu yang lembut.

Produk yang anda gunakan ketika mandi boleh memberikan impak yang besar kepada keadaan kulit, jadi sangat penting untuk berhati-hati dengan produk yang dipilih dan kandungannya. Ini sangat-sangat membantu dalam cara merawat eczema yang lebih efisien. Lebih semulajadi dan lebih kelembapan sesuatu produk, kuranglah kesannya kepada kulit yang berisiko mendapat eczema. Elakkan produk anti-bakteria dan deodoran kerana ia sangat mengeringkan.

  • Elakkan gel mandian dan sabun yang mengandungi dye dan pewangi
  • Elakkan produk yang mengandungi sodium lauryl sulphate. Bahan ini biasanya terdapat dalam kebanyakan jenis sabun dan syampu kerana ia berfungsi sebagai ajen untuk menghasilkan buih. Sodium lauryl sulphate (yang digunakan didalam produk pencuci kereta dan lantai) memberikan kesan iritasi dan kekeringan kepada kulit yang agak teruk. Ia juga merosakkan protein semulajadi kulit, membuatkan kulit menjadi lebih terdedah kepada pencemaran luar.
  • Elakkan paraben! – paraben adalah kumpulan bahan kimia yang biasanya ditemui dalam produk seperti syampu, kondisioner, krim mandian, losyen dan skrub. Ia memang diketahui boleh menyebabkan iritasi kepada kulit.

 

Baca juga: Cara Mengatasi Anxiety Disorder Dengan Suplemen Yang Betul

 

cara merawat eczema

  1. Gunakan humidifier (pelembap udara)

Udara kering dalam rumah dan bilik anda boleh mencetus masalah kulit seperti eczema, menyebabkan kulit menjadi kering dan berkuping. Anda boleh mengubah keadaan ini dengan menggunakan humidifier yang akan memberikan kelembapan kepada udara dan kulit anda.

  • Letakkan pokok hidup di dalam rumah – selain daripada menggunakan humidifier, pokok juga boleh meningkatkan tahap kelembapan udara didalam rumah melalui proses yang dipanggil transpirasi. Pokok Areca Palm dan Boston Fern adalah dua jenis humidifier semulajadi yang biasa digunakan.
  • Satu lagi cara untuk melembapkan udara ialah dengan cara meletakkan bekas berisi air di bawah radiator atau sumber yang panas. Air yang menjadi panas akan disejat, dan menambahkan kelembapan kepada udara.

 

cara merawat eczema

  1. Tidak terlalu kerap mandi

Walaupun mandi memberikan kelegaan dan kelihatan seperti salah satu cara merawat eczema, tetapi jika terlalu kerap ia akan menyingkirkan kelembapan semulajadi kulit dan menjadikan eczema semakin teruk. Cuba gunakan air suam dan bukan air panas dan hadkan cuma 15 – 20 minit sekali mandi.

  • Pastikan gunakan krim pelembap selepas mandi, sebaiknya ketika kulit masih lembap kerana ia membantu menyimpan lebih banyak kelembapan. Krim dan losyen adalah baik, tetapi pelembap berasaskan minyak lebih baik kerana ia lebih kekal lama dan membentuk benteng yang menahan lembapan daripada tersejat daripada kulit.
  • Pastikan anda mengeringkan badan dengan cara yang betul dan berhati-hati. Menggosok secara kasar boleh membuatkan eczema menjadi bertambah teruk. Gunakan tapak tangan untuk menyapu/mengelap bahagian yang basah dan kemudian gunakan tuala lembut yang bersih.

 

cara merawat eczema

Apa yang sedang anda cari dalam suplemen harian?

Nak kuatkan sistem imun?

Atau nak bantu tingkatkan tenaga harian?

Anda sedang mencari cara merawat eczema dan nak legakan asma yang mengganggu kehidupan?

Percaya tak kalau penyelesaian bagi ketiga-tiga masalah ini boleh didapatkan dalam sebotol Diffenz?

Inilah keistimewaan Diffenz kerana ia diformulasikan dengan kebaikan Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu serta Vitamin C dan D yang amat bermanfaat untuk sistem imun dan pernafasan di samping membantu meningkatkan tenaga.

Dah zaman millenium ni, rugi kalau tak cuba Diffenz tau!

Dapatkan Diffenz sekarang!

 

cara merawat eczema

 

Komen Facebook:
Cara Merawat Eczema – Elak Jadi Semakin Parah

3 thoughts on “Cara Merawat Eczema – Elak Jadi Semakin Parah

    • November 27, 2015 at 3:23 am
      Permalink

      Setuju!… apa pun penyakit jika sudah teruk, penyembuhan akan jadi semakin susah…

      Reply
  • November 27, 2015 at 10:36 am
    Permalink

    Anak sulung ada ekzema sejak baby..rupanya alahan tenusu lembu.. anak konsume Omega Guard susah nak tengok kulit nya alergik..Cantik rupa baru blog akak..i like!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!