Produk putihkan kulit… nak kulit gebu dan licin… nak bebas dari jerawat… Ramai sangat sekarang ni yang obses nak semua ni… takpe… tak salah pun… sikit pun tak salah terutamanya kaum wanita yang nak cantik, nak gebu, nak kulit licin & bersih, nak hilang jerawat, nak putihkan kulit nak tampil menawan untuk suami… bagus!… saya sangat sokong.

Islam pun menggalakkan kita kaum wanita ni berhias dan bercantik-cantik di depan suami…

Yang menjadi SALAH adalah apabila kesemua ‘NAK’ ni tadi NAK cepat… nak produk putihkan kulit dalam masa sekelip mata.. kalau boleh malam ni sapu krim pemutih tu, bangun esok pagi dah nak tengok Dayang Senandung berubah jadi Elsa…

Mana mungkin lah hai sayang…

Di pasaran pulak sekarang ni memang penuh dengan lambakan produk kecantikan yang entah dari mana asal usulnya, ntah siapa saintis yang buat kajian macam yang dikatakan, ntah bahan apa pulak yang terkandung dalam produk kecantikan tu semua

Pilihlah produk putihkan kulit atau lebih tepat lagi untuk kesihatan kulit yang betul, yang sahih ujian klinikalnya, yang sahih para saintis dibelakangnya, yang sahih isi kandungannya…

1 perkara PENTING yang anda semua WAJIB tahu…

Kita ni sangat istimewa sebenarnya…

Setiap manusia dilahirkan dengan tahap pigmen yang berbeza… pigmen ni adalah unsur yang menentukan warna kulit kita…

Kalau dah memang had pigmen kita adalah hitam manis… mana mungkin pigmen tersebut diubah hanya dengan krim pemutih dan warna kulit bertukar jadi putih melepak… melainkan warna kulit kita tu ’dilunturkan’ dengan menggunakan bahan kimia…

Bahan kimia yang paling popular, murah dan paling biasa digunakan dalam kosmetik dan produk putihkan kulit ni ialah MERKURI dan HYDROQUINONE

Dua-dua bahan kimia ni sangat terkenal sebagai ajen yang boleh putihkan kulit dengan sangat cepat….

bad-mexican-face-creams
Jangan guna sembarangan produk hanya kerana terlalu obses nak cantik (gambar hiasan)

Saya akan cerita macam mana cara nak kenalpasti kosmetik yang menggunakan bahan kimia merbahaya ni.

PELIK TAK KENAPA ADA PRODUK KECANTIKAN MURAH TAPI DAPAT PUTIHKAN KULIT, KULIT JADI BERKILAT DAN GLOWING???

CONTOH MUDAH

Biasa guna klorok kan?… klorok ni murah ye tak? Tapi kenapa dia punya power sampai boleh lunturkan kotoran degil dan warna kain.. tapi kain tu akan cepat lusuh, nipis dan koyak.. betul?

Dapat bayang tak apa yang saya cuba sampaikan?

Ok, jom ambil tahu ciri-ciri produk putihkan kulit @ produk kecantikan yang mengandungi racun seperti merkuri, hydroquinone dan sebagainya.

  1. MELEKIT-LEKIT: Tapi ada jugak sesetengah krim tu dicampurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.
  2. TIDAK HOMOGEN: Kalau kita biarkan krim tu, kita boleh nampak lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat
  3. BAU LOGAM MERKURI: bau dia lain macam, tapi ada sesetengah pengeluar produk kecantikan tu bijak sikit, diaorang olah bau tu dengan wangian yang kuat untuk menutup bau merkuri ni. So, sebaiknya kalau cari produk kecantikan, carilah produk yang takde bau.
  4. KRIM BERWARNA TERANG: ni sebab untuk cover warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Warna biasa yang digunakan adalah warna kuning atau warna putih berkilat (metalic)
  5. RASA PANAS DAN GATAL apabila dicalitkan pada kulit lengan
  6. Pada awal pemakaian kulit akan jadi KEMERAHAN bila kena cahaya matahari dan kulit akan terasa pedih. Ni sebab skin irritation sedang berlaku
  7. Kulit akan jadi warna putih tak sekata, putih pucat dan nampak tak normal
  8. Kulit berubah jadi putih dalam masa yang singkat. Semakin cepat kulit anda jadi putih maknanya semakin banyaklah merkuri yang terkandung dalam produk kecantikan tu. BIASA TENGOK IKLAN KAT TV?… INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA SEAWAL 3 HARI?… cubalah XYZ anda pasti teruja… (teruja sangat kannn)
  9. KULIT BEBAS DARI JERAWAT SELAMANYA: sebab tu lah banyak produk kecantikan atau krim anti jerawat laris dipasaran. Sekali guna jer jerawat forever takde. Yang guna pun syok melompat bintang kononnya produk tu berkesan giler.. Dah la kulit jadi putih, jerawat pun hilang.. happy la kan? Sebenarnya lapisan epidermis kita dah rosak dah masa tu. Kulit dah hilang kandungan protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinar UV. Sampaikan kuman dan bakteria pun dah tak hingin nak singgah sebab kulit kita dah tercemar dengan merkuri.. hatta nyamuk sekalipun. Menakutkan tak?
  10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN LIANG PORI: ini lagi satu bab yang ramai orang tertipu. Sebenarnya kulit kita dah menipis dan lapisan kulit paling atas dan terhapus dek kerana merkuri. Kalau tengok sekali imbas memang la macam liang pori mengecil dan kulit nampak halus. Hakikatnya?
  11. Bila kita tiba-tiba stop pakai produk kecantikan yang ada merkuri, jerawat kecil-kecil dan rasa gatal akan timbul. Tu memang kesan sampingan kalau berhenti guna produk kecantikan yang ada merkuri sebab tu orang selalu rasa yang krim tu memang superb dan bagus sangat, memang wajib pakai… kalau tak nanti jerawat datang balik…
  12. Kulit yang putih tu lama kelamaan akan jadi seakan kelabu, dan akhirnya jadi kehitaman, jeragat berleluasa!!!
Berhati-hati bila memilih produk kecantikan

BAHAYA PRODUK KECANTIKAN BERMERKURI

  1. Gangguan saraf: Alzheimer, parkinson dan gangguan ringan seperti insomnia, tekanan emosi, gementar dan gangguan penglihatan
  2. Memperlambatkan pertumbuhan janin: merkuri tak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan tepu kat situ dan bila kita hamil, automatik akan effect kat janin. Risiko mendapat anak autism / pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi
  3. Wajah menjadi lebih rosak: timbul tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari
  4. Kerosakan buah pinggang: merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urin pun seakan tengik (bau menyengat) dan sekaligus akan membawa risiko kerosakan buah pinggang
  5. Risiko penyakit kanser: terutamanya kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks dan kanser paru-paru

Bahaya merkuri ni jugak disahkan oleh WHO (World Health Organization) 

produk putihkan kulit
Artikel WHO (World Health Organization) Tentang Tahap Keselamatan Produk Pemutih Kulit 

So, kesimpulannya.. nak kulit cantik putih gebu bebas jerawat… sudahnya dapat apa?

Berbaloi tak guna produk putihkan kulit macam ni?…

Of course la tak kan?

Baca kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 21 Oktober 2016 tentang produk-produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya di Malaysia.

Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan yang berlambak di pasaran sekarang ni… si pengeluar, si penjual ada yang jenis tak peduli apa nak jadi pada orang yang gunakan produk kecantikan mereka asalkan mereka boleh dapat untung (tapi bukanlah semua yer)… ada jugak yang jujur..

Jangan mudah sangat terpedaya dengan janji boleh produk putihkan kulit seawal 3 hari, seawal 1 minggu tu…

Kita ni, jadi manusia yang sempurna akal fikiran sepatutnya bijak menilai…

Jadilah pengguna yang berilmu.

MESTI  BACA -> Cara Pulihkan Kulit Muka Rosak Akibat Bahan Kimia Produk

 

Nak bertukar kepada produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi & bebas daripada bahan kimia merbahaya?

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Produk Putihkan Kulit Yang Mengandungi Merkuri: Kesannya Sungguh Dahsyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *