Produk putihkan kulit, nak kulit gebu dan licin, nak bebas dari jerawat. Ramai sangat sekarang ni yang obses nak semua ni. Takpe, tak salah pun. Siapalah yang taknak kulit cantik, gebu, licin & bersih, takde jerawat, bebas jeragat. Tapi malangnya ramai yang mudah terjebak dengan skincare ada merkuri. Sebab produk bermerkuri memang CEPAT BERKESAN.

Ini yang SALAH! Semua NAK cepat.

Nak putihkan kulit dalam sekelip mata.

Di pasaran pulak sekarang ni memang penuh dengan lambakan skincare ada merkuri yang entah dari mana asal usulnya, ntah siapa saintis yang buat kajian macam yang dikatakan, ntah bahan merbahaya apa lagi yang terkandung dalam produk tu.

skincare untuk jeragat
Wajah dipenuhi jeragat gara-gara tersalah produk skincare – cerah semula selepas konsisten dengan MEERACLE

 

1 perkara PENTING yang anda semua WAJIB tahu.

Kita ni sangat istimewa sebenarnya.

Setiap manusia dilahirkan dengan tahap pigmen yang berbeza. Pigmen ni adalah unsur yang menentukan warna kulit kita.

Kalau dah memang had pigmen kita adalah hitam manis, mana mungkin pigmen tersebut diubah hanya dengan krim pemutih dan warna kulit bertukar jadi putih melepak melainkan warna kulit kita tu ’dilunturkan’ dengan skincare ada merkuri, hydroquinone atau tretinoin.

3 jenis bahan kimia  ni paling popular, murah dan paling biasa digunakan dalam kosmetik dan produk skincare untuk putihkan kulit.

Bahan kimia merbahaya ni sangat terkenal sebagai ajen pemutih yang boleh cerahkan kulit dengan sangat cepat.

bad-mexican-face-creams
Jangan guna sembarangan produk hanya kerana terlalu obses nak cantik (gambar hiasan)

Saya akan cerita macam mana cara nak kenalpasti kosmetik yang menggunakan bahan kimia merbahaya ni.

PELIK TAK KENAPA ADA PRODUK KECANTIKAN MURAH TAPI DAPAT PUTIHKAN KULIT, KULIT JADI BERKILAT DAN GLOWING???

CONTOH MUDAH

Biasa guna bahan peluntur kan?

Bahan peluntur ni biasanya murah ye tak? Tapi kenapa dia punya power sampai boleh lunturkan kotoran degil dan warna kain.

Tapi akibatnya kain tu pun akan cepat lusuh, nipis dan koyak. Betul?

Dapat apa yang saya cuba sampaikan?

Ok, jom ambil tahu ciri-ciri produk kecantikan yang mengandungi racun seperti merkuri, hydroquinone dan sebagainya.

  1. MELEKIT: Tapi ada juga sesetengah krim tu dicampurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.
  2. TIDAK HOMOGEN: Kalau kita biarkan krim tu, kita boleh nampak lapisan minyak akan terpisah daripada lapisan krim yang padat.
  3. BAU LOGAM MERKURI: bau dia lain macam, tapi ada sesetengah pengeluar produk kecantikan tu bijak sikit, diaorang olah bau tu dengan wangian yang kuat untuk menutup bau merkuri ni. So, sebaiknya kalau cari skincare, carilah produk yang takde bau wangian.
  4. KRIM BERWARNA TERANG: ini untuk menutupi warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Warna biasa yang digunakan adalah warna kuning terang atau warna putih berkilat (metalic)
  5. RASA PANAS DAN GATAL apabila dicalitkan pada kulit.
  6. Pada awal pemakaian kulit akan jadi KEMERAHAN apabila terkena cahaya matahari dan kulit akan terasa pedih. Ni kerana skin irritation sedang berlaku.
  7. Kulit akan jadi warna putih tak sekata, putih pucat dan nampak tak normal.
  8. Urat darah pada wajah di bahagian tertentu akan kelihatan agak jelas selepas beberapa kali mengguna produk.
  9. Kulit berubah jadi putih dalam masa yang singkat. Semakin cepat kulit anda jadi putih maknanya semakin banyaklah merkuri yang terkandung dalam produk kecantikan tu. BIASA TENGOK IKLAN KAT TV? INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA SEAWAL 3 HARI? Cubalah produk XYZ anda pasti teruja! HATI-HATI ye
  10. KULIT BEBAS DARI JERAWAT SELAMANYA: sebab tu lah banyak produk kecantikan atau krim anti jerawat laris dipasaran. Sekali guna jer jerawat terus tak muncul. Yang guna pun bangga, seronok melompat bintang kononnya produk tu berkesan giler. Kulit pula jadi putih, licin, jerawat pun hilang. Happy la kan? Sebenarnya, waktu itu lapisan epidermis sudah pun rosak. Kulit dah hilang kandungan protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar UV. Hinggakan bakteria pun dah tak hingin nak singgah sebab kulit kita dah tercemar dengan merkuri, hatta nyamuk sekalipun. Menakutkan tak?
  11. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN LIANG PORI: ini lagi satu bab yang ramai orang tertipu. Sebenarnya kulit kita dah menipis dan lapisan kulit paling atas dah terhapus akibat kerana merkuri. Kalau tengok sekali imbas memang la macam liang pori mengecil dan kulit nampak halus. Hakikatnya tidak begitu.
  12. Bila kita tiba-tiba stop pakai produk skincare ada merkuri, jerawat kecil-kecil dan rasa gatal akan timbul. Itu memang kesan sampingan kalau berhenti guna produk skincare ada merkuri sebab tu orang selalu rasa yang krim tu memang superb dan bagus sangat, memang wajib pakai, tak boleh stop. Kalau tak, nanti jerawat datang balik.
  13. Kulit yang putih tu lama kelamaan akan jadi seakan kelabu, dan akhirnya jadi kehitaman, jeragat berleluasa!!!
skincare ada merkuri
Kulit muka rosak akibat terguna produk yang mengandungi merkuri akhirnya pulih kembali selepas konsisten dengan set MEERACLE

 

BAHAYA SKINCARE ADA MERKURI

  1. Gangguan saraf: Alzheimer, parkinson dan gangguan ringan seperti insomnia, tekanan emosi, gementar dan gangguan penglihatan
  2. Memperlambatkan pertumbuhan janin: merkuri tak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan tepu disitu dan bila anda hamil, automatik akan memberi kesan kepada janin. Risiko mendapat anak autism / pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi
  3. Kulit wajah menjadi lebih rosak: timbul tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari
  4. Kerosakan buah pinggang: merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urin pun seakan tengik (bau menyengat) dan sekaligus akan membawa risiko kerosakan buah pinggang
  5. Risiko penyakit kanser: terutamanya kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks dan kanser paru-paru

Bahaya merkuri ni jugak disahkan oleh WHO (World Health Organization) 

produk putihkan kulit
Artikel WHO (World Health Organization) Tentang Tahap Keselamatan Produk Pemutih Kulit

 

Banyak updates terkini berhubung jenama skincare ada merkuri yang selalu disiarkan oleh pihak KKM. Sila cakna ye.

Berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Si founder, si penjual ada yang jenis tak peduli apa nak jadi kepada customer mereka asalkan mereka boleh dapat untung (tapi bukanlah semua yer) ada juga yang jujur dan betul-betul bertanggungjawab.

Jangan mudah sangat terpedaya dengan janji boleh produk putihkan kulit seawal 3 hari, seawal 1 minggu tu.

Kita ni, jadi manusia yang sempurna akal fikiran sepatutnya bijak menilai.

Jadilah pengguna yang berilmu.

MESTI  BACA -> Cara Pulihkan Kulit Muka Rosak Akibat Bahan Kimia Produk

 

Nak bertukar kepada produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi & bebas daripada bahan kimia merbahaya?

 

skincare ada merkuri

Komen Facebook:
Skincare Ada Merkuri – Kenali Ciri-cirinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!