Adakah anda semua orang maklum yang buah pinggang ni sekali dia rosak, akan terus merosak dan sampai boleh membawa kepada masalah kesihatan lain. Rawatan buah pinggang rosak yang biasa hanyalah dialisis dan juga ubat-ubatan untuk mengawal puncanya.

Dialisis juga sebenarnya bukanlah rawatan… ia adalah satu proses yang perlu dijalankan untuk mengambil alih tugas yang dah tak mampu dilakukan oleh buah pinggang yang rosak tu.

 

KUPASAN MENGENAI RAWATAN BUAH PINGGANG ROSAK

Bergantung kepada puncanya, sesetengah jenis penyakit buah pinggang boleh dirawat. Tapi, kerosakan buah pinggang kronik atau CKD (chronic kidney disease) memang takde rawatan.

Secara umumnya, rawatan buah pinggang rosak termasuklah langkah-langkah untuk membantu mengawal tanda-tanda dan simptom, mengurangkan komplikasi dan memperlahankan kerosakan tersebut.

Sekiranya buah pinggang anda sudah rosak teruk, rawatan buah pinggang tahap akhir (end-stage) diperlukan.

 

Rawatan buah pinggang rosak

RAWATAN BUAH PINGGANG ROSAK PADA PUNCANYA

Menangani atau mengawal punca kerosakan buah pinggang boleh jadi pilihan utama. Jenis rawatan pulak adalah berbeza mengikut puncanya. Tapi kerosakan boleh jugak jadi lebih teruk walaupun puncanya telah dikawal. Ketahui punca-punca kerosakan buah pinggang supaya rawatan dapat dilakukan dengan betul.

Punca biasa kepada kerosakan buah pinggang adalah penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tak terkawal. Tangani masalah INI terlebih dahulu!

 

Rawatan buah pinggang rosak

 

MERAWAT KOMPLIKASI KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Komplikasi penyakit buah pinggang boleh dikawal untuk membuatkan individu yang menghidapnya berasa lebih selesa.

 

Rawatan buah pinggang rosak

 

Rawatan termasuklah:

Merawat tekanan darah tinggi

Individu yang menghidap penyakit buah pinggang mungkin akan mengalami tekanan darah tinggi yang lebih teruk. Doktor biasanya akan syorkan pengambilan ubatan untuk menurunkan tekanan darah dan meminimakan fungsi buah pinggang.

Ubat-ubatan untuk tekanan darah biasanya akan mengurangkan fungsi buah pinggang dan mengubah tahap elektrolit, jadi anda perlukan ujian darah yang agak kerap untuk monitor keadaan anda. Doktor juga biasanya akan syorkan diet rendah garam.

 

rawatan buah pinggang rosak
Hentikan amalan diet yang tidak sihat sebelum salur darah anda tersumbat dengan kolesterol jahat

 

Turunkan paras kolesterol

Orang yang menghidap kerosakan buah pinggang kronik biasanya akan mengalami paras kolesterol jahat yang tinggi dan ini akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Jadi, sangat-sangatlah penting untuk merawat dan menurunkan paras kolesterol ni sebelum serangan jantung menjengah. Jangan salah faham yer… menurunkan paras kolesterol ni bukan rawatan buah pinggang rosak, tapi ia adalah untuk mengelakkan masalah yang ada jadi bertambah. Dah la buah pinggang rosak, takkan nak tanggung risiko serangan jantung pulak kan?

 

rawatan buah pinggang rosak

 

Rawat tekanan darah rendah atau anemia

Suplemen yang diperkaya dengan zat besi boleh membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah bagi mencegah tekanan darah rendah atau anemia. Tekanan darah rendah atau anemia biasanya akan menyebabkan keletihan yang teruk, kelesuan, pening dan mungkin pengsan.

 

Rawatan untuk bengkak (edema)

Individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik biasanya akan mengalami masalah water rentention. Ini boleh membawa kepada bengkak pada kaki dan juga tekanan darah tinggi. Jadi, masalah ini sangat perlu dirawat untuk kembalikan keseimbangan cecair dalam badan.

 

Rawatan untuk melindungi tulang

Suplemen kalsium dan vitamin D sangat penting untuk mencegah kerapuhan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang.

 

Diet rendah protein untuk minimakan bahan buangan dalam darah.

Apabila tubuh memproses protein daripada makanan, ia akan membentuk bahan buangan yang perlu ditapis oleh buah pinggang daripada masuk ke dalam darah. Untuk mengurangkan beban buah pinggang, kurangkan pengambilan makananĀ  yang tinggi protein terutamanya sumber protein daripada haiwan sebab biasanya sumber protein ni pun tinggi kandungan kolesterol.

 

RAWATAN BUAH PINGGANG ROSAK TAHAP AKHIR (END-STAGE)

Andaikata buah pinggang anda dah tak mampu lagi nak menanggung proses penapisan cecair dengan sendirinya dan anda sudah hampir dengan risiko KEGAGALAN BUAH PINGGANG sepenuhnya, bermakna anda sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir (end-stage). Pada tahap ni, dialisis atau pemindahan buah pinggang perlu dilakukan.

 

Dialisis

Dialisis adalah proses membuang bahan buangan dan lebihan cecair dari dalam badan secara tiruan atau artificial (menggunakan mesin) apabila buah pinggang dah tak mampu lagi nak buat semua proses tu dengan sendirinya. Dalam hemodialisis, mesin akan menapis bahan buangan dan lebihan cecair dari dalam darah.

Dalam dialisis peritonial, tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam perut (abdomen) untuk memasukkan kaviti abdomen dengan larutan dialisis yang membantu untuk menyerap bahan buangan dan lebihan cecair didalamnya. Selepas beberapa ketika, larutan dialisis tersebut akan dikeluarkan dari dalam badan dan turut sama membawa keluar bahan buangan bersama-sama.

 

Pemindahan buah pinggang

Pemindahan buah pinggang adalah pembedahan untuk menggantikan buah pinggang yang dah rosak dengan buah pinggang baru yang diperolehi daripada penderma organ. Penderma boleh jadi orang yang dah mati dan juga yang masih hidup. Anda perlu bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidup selepas itu untuk mengelakkan daripada tubuh anda menolak buah pinggang yang baru.

Untuk yang tak nak buat rawatan buah pinggang rosak tahap akhir ni samada dialisis atau pemindahan buah pinggang, mungkin perlu rawatan alternatif lain.

Tapi biasanya bila kerosakan buah pinggang dah sampai ke tahap akhir (end-stage), jangka hayat yang tinggal mungkin hanya lebih kurang 2 minggu sahaja…

Selain daripada mendapatkan rawatan daripada doktor pakar, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan suplemen yang betul (atas nasihat doktor) untuk menyokong dan menambahbaik kesihatan buah pinggang.

 

rawatan buah pinggang rosak

 

ESKAYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

rawatan buah pinggang rosak
Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

rawatan buah pinggang rosak

 

rawatan buah pinggang rosak

 

rawatan buah pinggang rosak

rawatan buah pinggang rosak

Komen Facebook:
Rawatan Buah Pinggang Rosak: Jangan Berlengah Ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!