Anak selalu demam atau sakit? Bila anak diserang demam, dah tentulah ia sangat membimbangkan ibu bapa kan?. Demam didefinisikan sebagai suhu melebihi 37.5ºC. Suhu badan normal adalah 36.6-37.5ºC. Demam tinggi iaitu suhu teras >38.5ºC, sering dikaitkan dengan konvulsi (sawan), merengat (heat stroke) dan halusinasi (meracau).

Demam biasanya berpunca dari jangkitan kuman tetapi faktor lain yang menyebabkan radang pada tisu badan juga boleh menyebabkan demam. Demam tidak semestinya berbahaya malahan ia merupakan tindakbalas fisiologi yang penting. Ia memberi maklumat bahawa terdapat gangguan kepada tubuh manusia.

Ia juga adalah salah satu perisai badan untuk melawan penyakit, yang mana kenaikan suhu badan dapat membasmi sebahagian kuman. Bagaimanapun, tahap demam tidak dijadikan penanda aras keseriusan penyakit. Jangan pulak kerana ni kita rasa ok bila anak selalu demam yer…

Sebagai contoh demam rendah pada bayi boleh disebabkan jangkitan yang serius manakala pada kanak-kanak yang lebih besar jangkitan selesema biasa boleh menyebabkan demam yang tinggi.

Ada gejala lain yang perlu diberi perhatian untuk mengetahui penyebab anak selalu demam. Selsema, batuk, sakit tekak, cirit-birit adalah gejala yang biasa dilihat apabila anak-anak demam, biasanya disebabkan jangkitan virus biasa.

Gejala yang bahaya seperti sawan, susah bernafas, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri memerlukan rawatan dengan segera. Demam dengan gejala biasa boleh diberikan sebahagian rawatan di rumah seperti:

  • Banyakkan minum air
  • Lap badan dengan air suam jika demam terlalu panas (jangan dilakukan semasa anak menggigil kerana ini akan menaikkan lagi suhu badan)
  • Ubat demam (antipiretik)
  • Oral – Paracetamol, Diclofenac, Ibuprofen
  • Supositorirektal – Paracetamol, Diclofenac
  • Jangan beri aspirin
  • Rawatan untuk gejala yang berkaitan seperti ubat selsema/batuk/cirit birit

Sekiranya tidak teruk dan tidak berlarutan tidak memerlukan rawatan dan pemberian ubat-ubatan haruslah berpandukan nasihat daripada doktor.

Demam yang disertai gejala-gejala yang bahaya memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera untuk rawatan hidrasi/antibiotik atau penyiasatan lanjut. Demam tinggi dan berterusan tanpa gejala-gejala lain juga perlu pemeriksaan rapi serta penyiasatan termasuk ujian darah, air kencing, atau x-ray.

Antara jangkitan di kalangan kanak-kanak yang biasanya diabaikan ialah jangkitan telinga tengah dan jangkitan saluran kencing.

Sesetengah kanak-kanak mengalami demam yang berulang. Demam yang berulang tetapi tidak disertai dengan gejala yang bahaya dan pemeriksaan serta penyiasatan normal mungkin berkaitan dengan jangkitan virus biasa.

Sekiranya terdapat gejala lain seperti susut berat badan, lesu, pucat atau jangkitan berulang yang serius contohnya jangkitan paru-paru yang kerap, bisul yang teruk dan kerap, siasatan lanjutan untuk mengesan penyakit seperti leukaemia atau immunodeficiency (kekurangan immuniti). Terdapat banyak lagi penyakit lain yang menyebabkan demam berulang tetapi selalunya disertai oleh gejala-gejala tertentu.

anak selalu demam

NUTRIFERON – Menguatkan sistem imun dalam 3 hari – ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan daya tahan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel dan macrophage.

 

Demam yang berulang beserta dengan gejala biasa atau penyiasatan didapati normal biasanya akan dipantau oleh doktor.

Beberapa faktor yang menyebabkan demam yang berulang-ulang adalah:

  • Usia- tahap immuniti kanak-kanak yang lebih kecil lebih rendah.
  • Nutrisi- kanak-kanak yang kekurangan zat atau berat badan lebih mudah dijangkiti.
  • Penyakit kronik- kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik contohnya penyakit jantung, buah pinggang, saraf, immunodeficiency, Thalassemia dan banyak lagi lebih mudah dijangkiti kuman.
  • Faktor persekitaran- keadaan sesak seperti di pusat jagaan, kebersihan tempat tinggal dan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air bersih.
anak selalu demam
Vitamin C yang sedap dikunyah ini khas untuk kanak-kanak dan ia dapat membantu meningkatkan tahap imuniti bagi mengurangkan risiko serangan penyakit atau demam

Perlukah supplemen/ vitamin tambahan?

Sekiranya anak anda tidak mempunyai masalah nutrisi, makanan yang seimbang serta persekitaran yang baik cukup untuk membantu pertahanan tubuh. Tapi, anda harus pastikan bahawa anak anda mendapat makanan yang betul-betul seimbang setiap hari.

NOTA PENTING

  • Punca biasa anak selalu demam ialah jangkitan virus biasa.
  • Demam di kalangan bayi terutama umur bawah 3 bulan perlu di bawa berjumpa doktor.
  • Tumbuh gigi selalunya tidak menyebabkan demam tinggi.
  • Vaksinasi biasanya boleh menyebabkan demam biasa yang tidak berlarutan.
  • Ubat untuk menurunkan demam TIDAK merawat punca anak selalu demam.
  • Jangkitan biasa yang tidak berkomplikasi dapat membantu membina immuniti kanak-kanak.
anak selalu demam
Pengambilan multivitamin agak penting zaman sekarang ni kerana anak-anak jarang mendapat diet seimbang & nutrisi yang secukupnya setiap hari. Multivitamin akan membantu menampung kelompongan nutrisi pada tubuh.

 

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 TESTIMONI 30: NAJIHAH ABDUL MUTALIB [TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK YANG SELALU JATUH SAKIT]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti. . Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen. . Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan “berjangkit”.

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih. . Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula.

Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni. . Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya. . Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (NutriFeron bila perlu sahaja).

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang. . Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard. . Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih. . Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.

anak selalu demam

Mahukah anda sebagai ibu bapa terus-terusan membiarkan anak bergantung hidup kepada ubat-ubatan selamanya?Kalau kita ada pilihan yang baik untuk mengelakkan daripada anak selalu demam, kenapa tidak kan?.

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANAK ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Anak Selalu Demam Dan Sakit: Apa Pilihan Ibu Bapa Selain Daripada Berterusan Ulang-alik Ke Klinik atau Hospital?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *