Pokok badam…. Sape pernah tengok macam mana rupa pokok badam? Dulu saya ingatkan badam ni datang dari pokok yang macam pokok kacang tanah tu.. jenis renek dan kacang dia dok dalam tanah…
Sekali bukan daaaaa….. hahahaaa…
Macam ni ha rupanya pokok badam… kesian saya… baru tau.. hehee

Pokok badam ni sesuai ditanam ditepi rumah jugak sebab saiz dia tak la terlalu besar atau tinggi, lebih kurang macam pokok mangga jer kot. Pokok badam ni katanya adik-beradik dengan pokok peach.
Pokok badam berasal dari negara Timur Barat dan Asia Selatan dan ia sesuai hidup dalam cuaca Mediterranian. Pokok badam dibawa ke utara Afrika, selatan Eropah hinggalah ke California melalui penghijrahan manusia.

Bunga badam yang kembang dikatakan harum semerbak dan masa ni banyak la serangga yang datang hinggap untuk mencari madu dan makanan.

Pokok badam akan mula mengeluarkan hasil selepas lebih kurang 2 – 4 tahun dan ia akan berbuah setiap tahun bila dah matang.

Badam memang sangat berkhasiat dan jadi kegemaran ramai kan? Badam boleh dimakan mentah (selepas dikeringkan beberapa hari) dipanggang, dijadikan susu badam atau almond butter. Saya pun suka badam panggang dengan madu… sedap! Yang mentah tak pernah la pulak cuba makan.



Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor
SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977
Email:
nieda@ohcantik.com