Adakah wajah anda dipenuhi dengan bintik kolesterol? Hari demi hari anda masih gagal menemui cara hilangkan bintik kolesterol di muka anda dan anda semakin stress?

Saya faham perasaan itu kerana sebelum ini saya juga mengalami masalah yang sama. Tapi syukurlah kerana masalah bintik kolesterol di muka saya kini semakin reda dan sudah tidak seteruk dulu.

Nak tahu apa rahsia saya?

Nanti saya ceritakan yer…

Sebelum tu apa kata anda ambil tahu serba sedikit tentang bintik kolesterol ni supaya anda lebih jelas tentang bagaimana cara hilangkan bintik kolesterol di muka anda tu nanti.

cara hilangkan bintik kolesterol di muka

BINTIK KOLESTEROL DI MUKA

Biji Milia yang juga dikenali sebagai bintik kolesterol adalah benjolan putih atau kekuningan, dipenuhi keratin (benda yang sama pada kuku) cyst yang kira-kira 2 milimeter lebar dan terbentuk di bawah kulit.

Biji milia @ bintik kolesterol ini tidak berbahaya dan tidak menyakitkan. Ia biasanya terjadi di sekitar kawasan hidung dan mata dan boleh menjadi kekal untuk tempoh yang agak lama.

Terdapat 2 faktor utama yang menjadi punca biji milia @ bintik kolesterol pada orang dewasa:

  1. Penggunaan produk penjagaan kulit atau makeup berasaskan minyak.
  2. Apabila minyak berlebihan terkumpul, kulit mati terbentuk dan minyak tersumbat dalam liang pori.

Walau di bahagian mana saja biji milia ini timbul, samada di sekitar mata anda, samada pada kulit atau kulit bawah kulit, saya tidak akan mencadangkan untuk memicitnya.

Biji milia @ bintik kolesterol biasanya berlaku jauh di bawah permukaan kulit. Ia tidak seperti jerawat yang boleh anda picit. Biji milia juga tidak boleh keluar sendiri. Ia tidak boleh hilang selepas beberapa hari.

Jadi bagaimana cara hilangkan bintik kolesterol ni?

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda ambil.

Rawatan Laser

Pembuangan biji milia @ bintik kolesterol biasanya memerlukan sesuatu yang tajam, elektrokauteri atau rawatan laser yang dilakukan oleh pakar kecantikan bertauliah sahaja. Rawatan laser boleh membantu ia dapat menembusi lapisan luar kulit, secara langsung menyasarkan kepada biji milia @ bintik kolesterol untuk membuatkannya tertanggal

cara hilangkan bintik kolesterol di muka
Rawatan laser untuk menghilangkan bintik kolesterol @ biji milia selalunya mahal dan efek hanya bersifat sementara (Gambar: Google)

Pengelupasan

Pengelupasan kulit secara konsisten boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan minyak yang berlebihan boleh menjadi cara hilangkan bintik kolesterol di muka anda juga. Setiap jenis kulit bertindakbalas terhadap pengelupasan dengan cara yang berbeza. Elakkan pengelupasan menggunakan bahan kimia yang keterlaluan kerana ini boleh menimbulkan masalah kulit yang lain pula nanti.

Skrub adalah jenis exfoliant yang paling biasa. Ia cepat dan mudah digunakan tetapi anda perlu memilih yang sesuai untuk kulit anda.

Nasihat saya, gunakan skrub yang berasaskan bahan semulajadi yang mengandungi bahan biodegradable seperti manik jojoba, kernel aprikot, garam laut, gula dan pasir.

Manakala exfoliants kimia pula mengandungi asid atau enzim buah-buahan semulajadi yang berfungsi dengan melarutkan sel-sel kulit mati dan sebum. Penggunaannya tidak boleh berlebihan kerana ia mungkin boleh menyebabkan kulit anda terbakar.

Ingat yer.. pengelupasan kulit harus dilakukan secara sederhana dan sesemulajadi yang mungkin bagi mengelakkan masalah kulit yang lain seperti keradangan, kulit menjadi terlalu nipis dan sensitif.

Produk Skincare

Produk yang mengandungi retinol dan glycolic acid juga membantu dalam cara hilangkan bintik kolesterol di muka. Produk-produk ini dianggap sangat selamat, tetapi anda harus berhati-hati apabila menggunakan produk-produk ini di sekeliling mata di mana kulit lebih nipis dan sememangnya lebih terdedah kepada kerengsaan.

CARA HILANGKAN BINTIK KOLESTEROL DI MUKA – RAWATAN SENDIRI DI RUMAH

Bagi mereka yang ingin melakukannya sendiri, saya mencadangkan:

  • Mandi dan bersihkan diri lebih kerap
  • Skrub dan pengelupasan kulit (rujuk semula tips no. 2 di atas)
  • Amalkan pengambilan Vitamin C secara konsisten bagi membantu menggalakkan penghasilan kolagen dan mengecilkan liang pori.
  • Elakkan kosmetik yang keterlaluan
  • Dapatkan pendedahan cahaya matahari sederhana dengan kerap
  • Kurangkan makanan tinggi kolesterol (Baca juga: suplemen untuk kolesterol)
  • Ambil suplemen biotin, kerana ramai penghidap mendapati bahawa suplemen biotin dapat menyembuhkan milia mereka

KESIMPULAN

Daripada perkongsian saya tadi, jelas bahawa anda hanya perlu mengamalkan beberapa cara saja untuk membantu menghilangkan bintik kolesterol yang ada anda alami sekarang.

  1. Gaya hidup sihat
  2. Diet sihat dan seimbang
  3. Pengambilan suplemen niacin, biotin, CoQ10, Lecithin & Vitamin C
  4. Penggunaan skrub yang betul

 

PENGALAMAN SAYA SENDIRI

Di awal tadi saya ada sebut nak kongsikan rahsia dan cara hilangkan bintik kolesterol di muka saya kan?

Yer, saya memang menjaga pemakanan.

Saya amalkan pengambilan suplemen. Tapi harus diingat bahawa suplemen bukan magik yer. Bukan hari ni kita makan suplemen, esok lusa bintik kolesterol tu dah boleh hilang. Wajib konsisten dan ambil suplemen secara berterusan kerana ia lebih kepada untuk membetulkan fungsi tubuh.

Saya menggunakan skrub dan pencuci muka semulajadi & organik sahaja

Saya menggunakan serum untuk membantu menghilangkan bintik kolesterol dan ini sangat membuatkan usaha saya menjadi sangat efektif.

Penggunaan serum ini membuatkan bintik kolesterol di muka semakin menipis dan lama kelamaan ia hilang. Proses ini akan berlaku lebih awal kepada bintik-bintik kolesterol yang kecil dan diikuti dengan bintik kolesterol yang lebih besar.

Bintik kolesterol yang besar-besar ni memang degil sikit.

Selain daripada itu, serum khas ini juga akan membantu meredakan parut, jerawat serta mencerahkan kulit. Ha! bonus ni.

 

Saya pernah juga lakukan rawatan laser tapi malangnya ia hanya mampu memberikan efek sementara. Bintik kolesterol akan muncul semula selepas beberapa bulan rawatan dilakukan.

Sekali rawatan menelan kos antara paling rendah RM200.00 hingga RM300.00.

Sungguh merugikan bagi saya… huhuu..

 

Sebenarnya anda memerlukan 4 LANGKAH MUDAH untuk membuatkan proses menghilangkan biji kolesterol @ biji milia menjadi lebih efektif.

cara hilangkan bintik kolesterol di muka

LANGKAH 1 – WAJIB EXFOLIATE (SKRUB) WAJAH!

Exfoliate (skrub) sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu jika anda tak mahu wajah anda dipenuhi dengan biji milia. Exfoliation sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada sel-sel kulit mati tersebut daripada menyumbat liang pori dan akhirnya menjadi biji milia (termasuklah whiteheads, blackheads dan jerawat).

 

LANGKAH 2 – GUNA CLEANSER YANG BAGUS

Elakkan daripada menggunakan pencuci muka yang ‘keras’ dan mencuci secara berlebihan. Ini akan menyebabkan kulit kehilangan lembapan semulajadinya.

 

LANGKAH 3 – SERUM UNTUK MERAWAT

Serum yang baik sangatlah membantu dalam memulihkan wajah yang ada masalah biji milia. Pastikan serum anda adalah produk water based yer. Produk oil-based hanya akan memburukkan lagi masalah biji milia anda. Serum akan membantu mengekalkan kelembapan kulit, merawat kulit, menganjalkan kulit, meredakan parut, meredakan jerawat tanpa menyumbat liang pori.

 

Nota penting: JANGAN lupa SUNSCREEN!. Pengambilan suplemen dan rutin penjagaan kulit muka haruslah secara konsisten dan berterusan untuk tempoh yang agak lama kerana biji kolesterol @ biji milia memerlukan masa yang lama jika dihilangkan secara semulajadi… SABAR adalah kunci kecantikan kulit!

cara hilangkan bintik kolesterol di muka

cara hilangkan bintik kolesterol di muka

cara hilangkan bintik kolesterol di muka
NOTA: gambar set produk MEERACLE dalam poster ini adalah packaging lama

 

CARA MEMBUAT PESANAN

WhatsApp “Biji Milia” ke 019-7071977 untuk membuat pesanan.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap penggunaan produk selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan. TIADA COD.

cara hilangkan bintik kolesterol di muka

Komen Facebook:
Cara Hilangkan Bintik Kolesterol Di Muka Tanpa Laser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!