Jerawat bukan masalah yang asing.. tak kiralah samada bagi lelaki atau perempuan. Banyak juga yang menawarkan rawatan jerawat dengan pelbagai kaedah termasuklah ada yang menyakitkan, menggunakan produk berbahan kimia dan lain-lain. Tapi, ada ke cara menghilangkan jerawat secara semulajadi dan mudah?

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi #1 – Vitamin B-Complex

Vitamin B-Complex (kumpulan 8 nutrien termasuk B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12) membantu menukar karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, serta membantu pencernaan. Dengan berbuat demikian, vitamin B meningkatkan imuniti, membantu membina sistem saraf dan menyumbang kepada kesihatan keseluruhan kita.

Paling penting, spektrum penuh diperlukan secara berterusan untuk memelihara integriti kulit, rambut, mata dan hati. Vitamin B3 boleh membantu meredakan keradangan yang berlaku pada kulit yang ditumbuhi jerawat. Tetapi, oleh kerana vitamin B berfungsi lebih baik sebagai kumpulan, suplemen vitamin B-Complex yang mengandungi semua 8 nutrien lebih bermanfaat dalam jangka panjang daripada yang mengandungi hanya 1 atau 2 saja.

 

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi #2 – Asid Lemak Omega-3

Minyak ikan adalah rawatan yang berkesan untuk jerawat. EPA yang terdapat di dalam minyak ikan dapat menghalang pembentukan androgen, yang boleh menjejaskan pembentukan sebum dalam folikel rambut (bulu roma) yang membawa kepada jerawat.

Eicosapentaenoic Acid (EPA) adalah asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan dan makanan laut, terutamanya yang berminyak. Ikan laut seperti makarel, sardin dan ikan bilis kaya dengan omega-3. Ia boleh dikatakan sebagai anti-radang terbaik yang terdapat dalam alam semula jadi.

Keradangan adalah teras jerawat (secara luaran dan sistematik), oleh itu suplemen anti-radang adalah kunci untuk membersihkan jerawat. Proses keradangan dicetuskan pada tahap sistemik dengan banyak faktor lain menyebabkan terjadinya jerawat. Keradangan juga berkaitan dengan hampir semua penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, artritis dan lain-lain.

Asid lemak Omega-3 berfungsi untuk membersihkan jerawat dengan menghalang kedua-dua bahan kimia keradangan yang bertanggungjawab menyebabkan terjadinya jerawat. Mereka dipanggil sebagai PGE2 dan LTB4.

Salah satu cara untuk menghalang pengeluaran kedua-dua bahan kimia ini adalah dengan ubat. Cara lain yang semulajadi adalah dengan asid lemak omega-3 (EPA). Suplemen Omega-3 dan makanan EPA Omega-3 adalah cara terbaik untuk meredakan keradangan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang memakan makanan yang lebih tinggi dalam asid lemak omega-3 seperti di Jepun, wilayah pantai Carolina Utara dan Papua New Guinea semuanya mempunyai kadar jerawat yang rendah.

 

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi #3 – Kalsium / Magnesium

Magnesium adalah mineral penting yang membantu laluan dan tindak balas yang paling asas dalam tubuh. Di samping meningkatkan pertumbuhan sel dan pengeluaran protein, ia membantu mengekalkan tahap hormon seimbang dan sistem saraf berjalan lancar.

Kedua-duanya sangat penting untuk mencegah jerawat. Tambahan pula, mineral berkuasa ini secara langsung dapat mengurangkan keradangan kulit dengan menurunkan kepekatan plasma protein C-reaktif iaitu protein yang berkaitan dengan proses keradangan dalam tubuh anda.

Dengan mengambil magnesium bersama kalsium, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaan mineral ini.

Apabila anda mengalami jerawat, adalah penting untuk anda mengambil kalsium kerana ia membantu dalam pembaharuan sel dan terlibat dalam pengeluaran antioksidan yang membantu memerangi keradangan.

Meredakan keradangan adalah asas dan kunci paling penting dalam memerangi jerawat. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila memilih sumber kalsium anda.

Orang ramai selalu tertarik kepada produk tenusu dipasteur seperti susu, keju, dan yogurt untuk sumber kalsium. Tetapi, bahan-bahan yang terdapat di dalam makanan ini boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk.

Ini kerana, mereka boleh mengganggu keseimbangan hormon anda. Produk tenusu yang paling banyak diperoleh dari sumber susu mengandungi sumber hormon mereka sendiri yang apabila diserap ke dalam aliran darah, boleh menyebabkan jerawat.

Oleh itu, anda harus mengambil makanan lain yang kaya dengan kalsium seperti sayur-sayuran hijau gelap, salmon, dan sardin.

 

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi

Mereka berjaya menghilangkan jerawat dan dapat semula kulit muka yang sihat dan licin selepas mengamalkan suplemen Shaklee.

Nota penting: suplemen yang mereka ambil adalah berbeza-beza mengikut keperluan dan bajet individu

 

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

cara menghilangkan jerawat secara semulajadi

Untuk senarai harga sila rujuk halaman Senarai Harga Produk Shaklee Untuk Bukan Ahli

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

Peluang jana income sampingan dengan Shaklee

Komen Facebook:
Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi & Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!