Merawat luka bernanah bagi pesakit diabetes adalah penting dan memerlukan penjagaan yang teliti. Berikut adalah langkah-langkah umum yang boleh diambil sebagai cara merawat luka bernanah pesakit diabetes:

1. Bersihkan luka dengan lembut: Bersihkan luka dengan pencuci yang lembut dan air suam. Pastikan anda mengelakkan geseran yang kuat, dan jangan gunakan bahan-bahan yang boleh mengeringkan kulit seperti hidrogen peroksida kecuali atas nasihat pakar.

2. Gunakan ubat krim antibiotik: Doktor anda mungkin merawat luka dengan ubat krim antibiotik. Ikut arahan doktor mengenai cara menggunakannya.

3. Lap luka secara berhati-hati: Lap luka perlahan-lahan dan dengan lembut menggunakan kain kasa steril atau tisu bersih. Jangan menggosok luka.

4. Tutup luka: Tutup luka dengan pembalut kasa steril dan gunakan balutan yang sesuai. Ini membantu melindungi luka daripada kuman dan mempromosikan penyembuhan.

5. Tukar pembalut secara berkala: Gantilah pembalut kasa steril dan ubat krim antibiotik mengikut arahan doktor anda. Ini adalah penting untuk mencegah jangkitan berterusan.

6. Jaga tahap gula darah: Pastikan tahap gula darah anda terkawal dengan baik, kerana gula darah yang tinggi boleh menghalang penyembuhan luka.

7. Jangan sentuh luka dengan tangan yang tidak bersih: Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh luka untuk mengelakkan jangkitan.

8. Berjumpa dengan doktor: Jika luka diabetes yang bernanah tidak sembuh atau terdapat tanda-tanda jangkitan yang serius, seperti demam atau bengkak yang teruk, segera berjumpa dengan doktor. Anda mungkin memerlukan rawatan lanjut.

Penting untuk mendapatkan nasihat doktor anda mengenai merawat luka diabetes, terutama jika ia bernanah, kerana setiap kes adalah unik dan memerlukan penjagaan yang disesuaikan.

 

Baca juga: Penawar Penyakit 3 Serangkai, Ini Solusinya!

cara merawat luka bernanah

 

Tips & Cara Merawat Luka Bernanah Bagi Pesakit Kencing Manis daripada Dr. Syid Ayob (Doktor Perubatan & Formulator Produk Eskayvie)

1. Pastikan TAHAP GULA < 10 mmol/l
2. Pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan INJECTION LINCOMYCIN 3cc setiap hari selama 3 hari
3. Disyorkan makan ANTIBIOTIK AUGMENTIN selama 10 hari
4. Wajib DRESSING setiap hari oleh professional yang boleh buat wound debridement
5. Apply KRIM FUCIDIN setiap kali dressing
6. Amalkan PHYTAX 30cc 2 kali sehari sejurus sebelum makan pagi dan malam
7. SENAMAN jalan kaki atas rumput waktu pagi (lancar aliran darah) jika boleh (jika tak mampu berdiri, jangan paksa kerana ini akan memberi tekanan kepada luka)

Langkah di atas amat amat penting untuk dituruti satu persatu. Kencing manis dan luka dikaki tidak boleh dibuat main-main!.

 

CARA MERAWAT LUKA BERNANAH PESAKIT DIABETES

Pertama pastikan bacaan gula dibawah 10. Pengalaman saya mencuci dan merawat kaki kencing manis ni kalau tak jaga paras gulanya memang payah nak sembuh. Silap hari bulan kena potong. Ini kerana kuman suka gula dan juga persekitaran yang berasid (gula bersifat asid). Nak bagi gula tu turun perlukan komitmen pesakit dengan penjagaan dari segala sudut.

 

Ni cara kawal gula

Wajib jaga pemakanan seperti nasi, pulut, buah, roti semua ini boleh memberi kenaikan paras gula. Saya sarankan pengambilan nasi praboiled dan makan sayuran hijau sebanyak mungkin ketika makan nasi. Buah hanya makan seulas dua jika berkeinginan. Elakkan minuman manis!.

Elakkan stres dan pastikan tidur mencukupi.

Keadaan badan yang kurang sihat seperti demam, cirit birit boleh meningkatkan gula dalam darah.
Kurang minum air kosong juga boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.
Sesetengah jenis ubat seperti ubat Prednisolone untuk sendi juga boleh meningkatkan gula dalam darah.

No. 2 tu saya sarankan ambil injection Lincomycin atau Dalacin 3cc 3 hari berturut turut. Kena ikut 3 hari tu, sebab ada sesetengahnya ambil sekali je. Ni penting sebab selagi ada jangkitan, memang tak boleh sembuh. Bahayanya bila jangkitan dah masuk ke dalam tulang. Bila dah jadi osteomyelitis memang payahlah. Saya pernah tengok orang kena osteomyelitis ni perlu setahun setengah baru nak baik. Itu pun dengan penjagaan rapi. Kalau tak jaga memang akhirnya bahagian tersebut kena potonglah.

No. 3 tu ialah cover juga dengan antibiotik yang dimakan. Antara yang terbaik ialah Augmentin. Memang mahal sikit tapi berkesan. Sesetengah klinik takde ubat ni, dia bagi antibiotik jenis lain seperti ampicillin (ni nak jentik kuman pun tak jalan sebab kuman dalam dunia ni dah resistant pada antibiotik jenis ni maksudnya tak lut lagi lah). So penting perhatikan nama antibiotik ni. Saya syorkan pengambilan 5 hari (10 biji dalam satu strip) tapi perlu juga tengok, kadang kadang 5 hari tu tak cukup especially kalau gula pesakit atas dari 10) So kena makan terus menerus mungkin sampai 2 atau 3 minggu. Bergantung kepada luka tu. Kalau luka tu nampak bengkak, bernanah, warna tak merah, pudar kusam aje, maka memang kena terus makan antibiotik tu.

No. 4 ialah dressing oleh kakitangan yang professional. Ni kena tengok klinik, kadang kadang nurse yang buat dressing kat klinik tu bukan nurse pun dan takde pengalaman. Dia lap lap aje luka tu. Ini bikin kuman tu geli geleman aje. Tak heran dia kata!. Sebenarnya perlukan nurse yang terlatih. Perlu buat wound debridement, kena potong buang yang hitam-hitam dan kuning-kuning tu. Selagi ada tisu-tisu mati tu, tisu baru takkan boleh tumbuh.

Saya kalau buat dressing pada peringkat awal akan guna hydrogen peroxide, masukkan sampai bahagian dalam dalam luka tu bagi bunuh kuman anaerobic yang memang tak lut dengan dressing biasa biasa. Pastu saya pakai Eusol (kalau klinik dia pakai normal saline atau bahasa melayu nya AIR KOSONG). Dulu saya pakai Savlon tapi sekarang dah takde. So saya nasihatkan cuci pakai antiseptik, jangan sekadar normal saline kerana kuman kencing manis ni bukan macam kuman bagi pesakit biasa. Kena agressif sikit. Dressing ni kena buat hari-hari. Bukan seminggu sekali. Memang susah sebab tiap-tiap hari kena pergi klinik tapi itulah hakikatnya.

No. 5, selepas dressing last skali sapu Fucidin ointment. Ni pun penting sebab kalau sapu ointment biasa-biasa kadang-kadang tak jalan jugak.

No. 6, amalkan minum Phytax. Ok, ni pun penting jugak dari sudut istiqomahnya dan tempohnya. Kaki yang luka kencing manis kalau ikut pengalaman saya kadang-kadang ambil masa 2-3 bulan nak sembuh. So, kalau baru sebotol, minum sekali sehari pastu lupa makan sekali sekala, memang payahlah jugak. Nak harap miracle memang tak boleh sebab kuman kencing manis ni garang-garang tahap pendekar Hang Tuah semuanya.

Yang last tu ialah senaman, ini juga penting dalam cara merawat luka bernanah kerana ia dapat melancarkan aliran darah. Kalau tak larat, cubalah gerak-gerak sikit sebab nak bagi darah tu gerak baru mudah Phytax nak sampai ke kawasan luka tu. Kalau dapat berjalan pusing keliling rumah pun ok sangat dah.

Akhir sekali kita banyak-banyak lah berdoa kerana hanya Allah yang menentukan dan Dia lah yang Maha Penyembuh.

Kalau luka tu bengkak dan bernanah terutama berdenyut sakit waktu malam, itu tanda jangkitan masih ada dan/atau gula masih atas 10mmo/l

Teruskan istiqomah dengan cara merawat luka bernanah yang betul dan SABAR! 

 

cara merawat luka bernanah

 

cara merawat luka bernanah

 

cara merawat luka bernanah

 

cara merawat luka bernanah

 

cara merawat luka bernanah

 

cara merawat luka bernanah

 

cara merawat luka bernanah
Merawat luka kencing manis bukan sekadar untuk menyembuhkan kecederaan TAPI untuk menyelamatkan NYAWA!

 

Kembali sihat secara fitrah dengan manfaat daripada khasiat bahan-bahan semulajadi dalam PHYTAX.

Untuk info lanjut & membuat pesanan, WhatsApp saya sekarang!

 

cara merawat luka bernanah

 

Komen Facebook:
Cara Merawat Luka Bernanah Yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!