5 ORGAN TUBUH ROSAK AKIBAT KEGEMUKAN

Gemuk

Obesiti!

Berat badan berlebihan!

Semuanya membawa maksud yang sama…

Hasilnya?

Penampilan tak cantik

Kurang keyakinan diri

Susah nak bergerak atau beraktiviti

Serangan penyakit merbahaya

Tapi malangnya ramai yang biasanya akan cakap “takpelah gemuk dan tak cantik asalkan badan sihat” atau “gemuk ni tandanya aku terlebih sihat” atau “laki/bini aku bagi cukup makan sebab tu aku gemuk”…. “ehh.. gemuk tu kan comel”

Patut rasa bangga ke?

Jangan! sebab kegemukan dan penyakit bukan lagi perkara yang asing. Kegemukan memberi kesan buruk dan merosakkan banyak organ tubuh yang lain yang akhirnya boleh membawa kepada lebih banyak risiko serangan penyakit yang lebih merbahaya.

Jadi, carilah cara menurunkan berat badan yang selamat, berkesan dan menggunakan produk semulajadi bagi mengelakkan masalah menjadi lebih teruk.

Jaga pemakanan & bersenam, turunkan berat badan kalau tak mau ada organ yang terjejas.

1337127709_obesity
Risiko penyakit yang bakal dihadapi oleh individu yang obes adalah lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal

ANTARA ORGAN YANG AKAN TERJEJAS AKIBAT KEGEMUKAN

JANTUNG

Kegemukan dan penyakit jantung sudah tak asing lagi. Sel lemak dalam tubuh memerlukan oksigen untuk terus hidup. Maknanya jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke lebih banyak pembuluh darah.

Ditambah lagi, semakin banyak lemak yang terkumpul pada dinding arteri, maka semakin sempit ruang darah bergerak di dalamnya dan memaksa jantung bekerja lebih keras dari yang sepatutnya.

USUS BESAR

Walaupun belum pernah ada hubungan antara kegemukan dan penyakit kanser secara jelas, kecuali untuk risiko kanser usus besar atau kolon. Bagi lelaki atau wanita yang tergolong dalam golongan obesiti @ gemuk, risiko kanser kolon meningkat.

Ini terjadi kerana pola pemakanan yang tinggi bagi daging merah dan daging diproses. Kedua-dua makanan ini merupakan faktor utama terjadinya polip kolon, tanda awal yang mencetuskan  serangan kanser kolon.

OTAK

Dah memang kita semua tahu bahawa tubuh dan fikiran sentiasa berhubung kait. Fungsi kognitif menunjukkan hubungan dengan kegemukan. Kegemukan memberi risiko penurunan fungsi kognitif lebih awal.

Salah satu hipotesis yang menjelaskan keadaan ini adalah obesiti mempengaruhi kerosakan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan signal pada organ tubuh. Rosaknya hubungan ini tidak sekadar putusnya ‘kabel’ saraf, tapi obesiti membuatkan kemampuan penghantaran signal ini lemah secara keseluruhan.

KULIT

Gangguan kegemukan terhadap kulit, misalnya stretch mark, selalu dianggap remeh. Padahal gangguan kulit yang terjadi mungkin akan lebih banyak dan merbahaya.

Antaranya adalah perubahan hormon yang berkait dengan kegemukan boleh menyebabkan acanthosis nigricans, penebalan dan warna kulit terutama di sekitar leher menjadi gelap atau pembengkakan dan tertariknya kulit yang menyebabkan ruam dan iritasi yang disebut sebagai stasis dermatitis.

Menjaga kesihatan kulit bukan hanya urusan kecantikan kerana permukaan kulit merupakan pelindung utama kepada tubuh kita.

PARU-PARU

Kegemukan dan penyakit yang berkait dengan paru-paru juga adalah normal. Paru-paru menerima risiko yang tinggi akibat lemak berlebihan dalam tubuh. Lebihan jumlah lemak dalam tubuh mengurangkan kapasiti organ secara keseluruhan untuk memperoleh udara. Orang yang obes juga cenderung mengalami masalah sleep apnea atau nafas terhenti sewaktu tidur. Kalau masalah ni tak diatasi, kadar oksigen yang masuk ke dalam tubuh akan semakin berkurangan hingga menyebabkan pengentalan darah yang boleh membawa maut.

zarraz paramedical
16.8 juta daripada rakyat Malaysia alami masalah kegemukan. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jika ya, perlukah anda berdiam diri dan membiarkan diri anda terdedah dengan pelbagai risiko penyakit akibat kegemukan? Pilihan untuk hidup lebih sihat sentiasa ditangan anda.

Jadi, silalah fikir semula kalau masih ada yang suka kata “takpelah gemuk asalkan sihat” sedangkan obesiti atau kegemukan dan penyakit memang tak boleh dipisahkan.

Tapi, jangan pulak kerana nak turunkan berat badan dengan cepat, ambik ubat kurus sembarangan. Sebab dah lama sangat gemuk, nak pulak turunkan berat badan sampai 10kg dalam masa seminggu. Itu lagi satu hal cari penyakit… ye tak?

Sebelum kita nak letakkan cita-cita turunkan berat badan dengan cepat atau hilang 10kg dalam masa seminggu, cuba fikir balik dah berapa lama kita ternak lemak tepu tu dalam badan?

Berpada-padalah yer kalau nak turunkan berat badan pun. Gunakan cara dan ambil produk yang selamat. Biar lambat asalkan penurunan berlaku secara konsisten & selamat.

Cara menurunkan berat badan yang selamat adalah hilang 1.5kg dalam tempoh seminggu secara purata. Itu dah cukup baik. Elakkan diri anda daripada risiko kegemukan dan penyakit dengan segera sebab gemuk bukanlah ohsem…

Teknik dan menurunkan berat badan yang sepatutnya adalah BUANG, BAKAR & BINA

Shape up

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Kegemukan Dan Penyakit Adalah Dua Perkara Yang Selalu Berkait Rapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!