Kenapa jeragat terjadi? Geram betul kan?.. dah la buat muka jadi nampak kusam.. macam pakai topeng pun ada juga.

kenapa jeragat terjadi

Pendedahan kepada sinar matahari adalah punca hiperpigmentasi, sebab sinar matahari yang mencetuskan pengeluaran melanin. Melanin bertindak sebagai pelindung semulajadi kulit terhadap sinar matahari dengan melindungi anda dari sinaran UV yang berbahaya, sebab itu orang yang berjemur, kulit mereka akan jadi gelap.

Tetapi pendedahan kepada sinar matahari yang berlebihan boleh mengganggu proses ini, yang membawa kepada hiperpigmentasi.

Haa… inilah kenapa jeragat terjadi.

 

kenapa jeragat terjadi
Lihat gambaran bagaimana kulit yang tidak dilindungi dengan sunblock, yang dilindungi dengan sunblock SPF rendah dan SPF tinggi

 

Bintik-bintik gelap yang dah terjadi dan ditambah pula dengan pendedahan kepada sinar matahari akan memburukkan lagi keadaan. Bintik-bintik gelap akan menjadi jeragat, binti-bintik penuaan, melasma dan hiperpigmentasi.

Nota: hiperpigmentasi adalah masalah jeragat yang sangat kronik dalam bentuk tompokan besar penuh di muka.

Cahaya matahari mencetuskan pengeluaran melanin, menjadikannya penyebab kepda hiperpigmentasi.

Jadi, cuba hadkan masa berada di bawah sinar matahari, memakai pakaian yang menutup anggota badan, berpayung, memakai topi dan menggunakan pelindung matahari yang berspektrum luas dengan SPF yang tinggi. Ini boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat hiperpigmentasi, jeragat dan menghentikan bintik gelap yang semakin teruk.

Baca Kenapa Jeragat Susah Hilang

 

Pengaruh hormon juga adalah punca kenapa jeragat terjadi. Jeragat jenis ini dikenali sebagai melasma atau chloasma. Ia amat biasa di kalangan wanita, kerana ia dianggap berlaku apabila hormon estrogen dan progesteron merangsang lebihan pengeluaran melanin semasa kulit terdedah kepada matahari.

Jeragat pada bahagian atas bibir juga boleh berlaku akibat perubahan hormon.

Melasma terutamanya disebabkan oleh hormon wanita. Keadaan ini banyak berlaku kepada wanita hamil yang juga dikenali sebagai “topeng kehamilan” @ pregnancy mask. Ia lebih lazim di kalangan orang yang berkulit lebih gelap.

Jeragat juga adalah gejala penyakit tertentu, seperti beberapa penyakit autoimun dan gastrousus, gangguan metabolik dan kekurangan vitamin. Jeragat juga boleh terjadi akibat kesan sampingan rawatan hormon tertentu, ubat kemoterapi, antibiotik, anti-malaria, ubat anti-sawan, dan ubat-ubatan lain.

 

kenapa jeragat terjadi
Haba daripada api juga adalah punca jeragat, kulit kusam dan gelap

 

Pekerjaan tertentu juga dikaitkan dengan kenapa jeragat terjadi kerana risiko pendedahan yang berkaitan dengan matahari, haba atau bahan kimia. Orang yang bekerja sebagai tukang kebun, padang atau pekerja tar, tukang masak lebih tinggi risiko untuk mendapat jeragat berbanding mereka yang bekerja di pejabat atau bangunan tertutup.

Jeragat juga terjadi selepas serangan keradangan berikutan kecederaan kulit atau keradangan, seperti luka, melecur, pendedahan kepada bahan kimia, jerawat, ekzema atau Psoriasis.

Ia berlaku apabila kulit dibiarkan gelap dan berubah warna selepas luka sembuh.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, untuk meredakan jeragat sedia ada dan mencegah pembentukan jeragat baru, anda harus tahu puncanya. Ini kerana, puncanya lah yang perlu dielakkan dan ditangani disamping merawat kerosakan dan keradangan kulit yang dah sedia terjadi.

 

Secara ringkasnya:

kenapa jeragat terjadi

Pakai pelindung UV (sunscreen) sekurang-kurangnya SPF30 – SPF50 berserta perlindungan UVA & UVB bagi mengelakkan pembentukkan jeragat baru.

 

kenapa jeragat terjadi

Stabilkan hormon dengan terapi hormon atau pengambilan suplemen yang baik.

Kuatkan struktur kulit dengan cara mengambil Vitamin C yang dapat menggalakkan penghasilan kolagen

Pulihkan semula sel-sel kulit yang telah rosak akibat keradangan hingga menyebabkan terjadinya jeragat dengan MEERACLE Beaute Tonic. MEERACLE Beaute Tonic mengandungi PureWay-C iaitu satu bentuk proprietari vitamin C yang dikaji secara saintifik yang mengandungi metabolit lipid dan bioflavonoid sitrus untuk keberkesanan, penyerapan dan hasil yang lebih baik.

kenapa jeragat terjadi

 

kenapa jeragat terjadi

kenapa jeragat terjadi

CARA MEMBUAT PESANAN

WhatsApp ke 019-7071977 untuk membuat pesanan.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap penggunaan produk selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan. TIADA COD.

kenapa jeragat terjadi

Komen Facebook:
Kenapa Jeragat Terjadi Sampai Muka Bertompok Gelap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!