Kafein adalah perangsang kepada sistem saraf pusat. Ia boleh membuatkan anda bertenaga dan berjaga untuk sementara waktu dan kemudiannya boleh juga membuatkan anda menjadi gementar. Pengambilan yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai masalah dan ada beberapa kesan kafein kepada badan yang semua orang patut ambil tahu.

 

KESAN KAFEIN KEPADA BADAN MANUSIA

Kafein boleh ditemui secara semulajadi di dalam beberapa jenis tumbuhan termasuklah kopi, kekacang dan daun teh. Koko juga mengandungi kafein. Kafein juga ada yang dicipta oleh manusia dan biasanya ditambah dalam banyak jenis makanan dan minuman.

Kebanyakan ubat-ubatan juga mengandungi kafein. Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), lebih kurang 90% daripada penduduk dunia mengambil kafein.

Menurut Mayo Clinic, mengambil 400mg kafein sehari masih dikira selamat bagi seorang dewasa tetapi 600mg kafein sehari sudah dikira sebagai berlebihan menurut FDA. Ia bersamaan dengan lebih kurang 4 hingga 7 cawan kopi. Ambil perhatian bahawa saiz untuk 1 cawan kopi adalah 8 auns. Jika anda menggunakan mug atau gelas besar, anda mungkin secara tanpa sedar sudah meminum lebih daripada 16 auns kopi sehari.

Kafein juga boleh bertindakbalas dengan ubat-ubatan yang diambil.

Kafein TIDAK memberikan sebarang nilai nutrisi. Ia tidak ada rasa jadi, anda biasanya tak sedar bahawa makanan / minuman anda mengandungi kafein. Tetapi ia boleh memberi kesan kepada mood dan kesan sampingan fizikal.

 

kesan kafein kepada badan

 

KESAN KAFEIN KEPADA BADAN – SISTEM SARAF PUSAT

Kafein boleh sampai ke otak dengan sangat pantas dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat. Kesan yang paling ketara adalah tahap kepekaan. Ia boleh membuatkan anda mampu berjaga dan tidak letih. Oleh kerana itu, ia menjadi bahan utama dalam ubatan untuk melawan mengantuk.

Kafein dan sakit kepala mempunyai hubungan yang rumit.

Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan sakit kepala. Tetapi, badan kita mampu untuk bertolak ansur dengan kafein.

Jika anda sudah biasa mengambil kafein dan berhenti secara tiba-tiba, ini juga boleh menjadi punca sakit kepala.

Kafein digunakan sebagai salah satu kandungan dalam ubat-ubatan untuk sakit kepala dan migrain.

Jika anda tidak biasa dengan kafein, ia boleh menyebabkan anda gementar dan menggigil atau jika anda mempunyai masalah keresahan dan susah tidur, kafein akan membuatkan keadaan tersebut menjadi lebih teruk.

Antara simptom selepas berhenti mengambil kafein termasuklah keresahan, emosi tidak stabil, pening dan sesetengah orang mungkin akan mengalami sawan.

Ia juga boleh terjadi jika mengambil kafein berlebihan. Kekeliruan dan halusinasi juga adalah simptom overdose kafein. Overdose juga boleh menyebabkan kematian akibat kekejangan.

Baca juga: Cara Hilangkan Migrain Tanpa Ubat

 

KESAN KAFEIN KEPADA BADAN – SISTEM PENGHADAMAN & PEMBUANGAN

Kafein meningkatkan kandungan asid dalam perut dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan ketidakselesaan. Ia juga diuretic, menjadi pencetus kepada badan untuk menyahkan air.

Sebab itulah, kopi atau minuman berkafein bukan penghilang dahaga yang baik. Lebihan kafein tidak tertinggal di dalam badan. Ia akan diproses didalam hati dan keluar melalui urin.

Jika anda mempunyai masalah dengan perut, seperti refluks asid atau ulser, minta nasihat doktor samada boleh atau tidak anda mengambil kafein. Terlalu banyak mengambil kafein boleh membuatkan anda kehilangan banyak air terutamanya jika diambil semasa bersenam.

Simptom lebihan kafein termasuklah cirit-birit, kehausan dan kerap membuang air kecil.

 

KESAN KAFEIN KEPADA BADAN – SISTEM PEREDARAN DAN PERNAFASAN

Kafein diserap dari dalam perut. Ia akan sampai ke tahap paling tinggi dalam aliran darah dalam tempoh 1 atau 2 jam.

Kafein boleh menyebabkan tekanan darah naik buat seketika. Bagi kebanyakan orang, tiada kesan jangka panjang kafein kepada tekanan darah. Jika anda mengalami degupan jantung tidak sekata, kafein akan membuatkan jantung anda terpaksa bekerja lebih keras.

Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil kafein sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau masalah berkaitan dengan jantung.

Lebihan kafein mungkin boleh menyebabkan degup jantung menjadi laju dan sesak nafas.

 

SISTEM RANGKA DAN OTOT

Jumlah kafein yang banyak mungkin boleh mengganggu penyerapan dan metabolisma kalsium. Ini boleh menyumbang kepada pereputan tulang (osteoporosis).

Kesakitan otot adalah simptom daripada efek yang diberi oleh kafein. Lebihan kafein pula boleh menyebabkan renggutan otot.

 

SISTEM PEMBIAKAN @ REPRODUKTIF

Kafein bergerak melalui salur darah dan masuk ke dalam palsenta. Memandangkan ia adalah sejenis perangsang, ia boleh menyebabkan degup jantung dan metabolisma bayi dalam kandungan menjadi tinggi. Terlalu banyak kafein akan memperlahankan perkembangan fetus dan meningkatkan risiko keguguran. Pengambilan kafein yang minima semasa hamil adalah selamat.

Kafein juga boleh menyebabkan fibrocystic disease iaitu ketulan yang menyakitkan pada payudara.

Menurut Mayo Clinic, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan jumlah kafein yang tinggi boleh mengganggu penghasilan estrogen dan metabolisma, menjadikan seseorang itu sukar untuk hamil.

 

KESIMPULAN

BUKANLAH tidak boleh langsung untuk mengambil minuman berkafein, tetapi bersederhana adalah perlu dalam apa jua hal.

Amalkan gaya hidup sihat, diet seimbang, pengambilan nutrisi yang betul dan bersenam bagi memastikan tubuh kita sentiasa sihat dan membantu untuk meminimakan risiko serangan penyakit.

Maklumlah kan, zaman sekarang ni terlalu banyak penyakit dan terlalu mudah pula kita mendapat penyakit.

Jadi, sama-samalah kita bersederhana dalam apa jua hal, terutamanya bab makan minum.

 

SEMOGA BERMANFAAT!

 

 

 

 

 

Komen Facebook:
Kesan Kafein Kepada Badan Jika Diambil Berlebihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!