Sembelit, buasir, selalu sakit kepala dan migrain. Bukan itu saja kesan usus kotor, tetapi ia boleh membawa kepada risiko sehingga kepada serangan jantung dan penyakit kanser!

Ye, kesan usus kotor tidak sesekali boleh dipandang ringan.

HATI-HATI!

Kenapa USUS kotor?

“Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit” (Hadis riwayat Muslim)

 

kesan usus kotor

 

Apa yang menyebabkan USUS terganggu?

1) Stress
Stress atau tekanan menjadi penyebab utama penyakit usus serta penyakit-penyakit lain. Tempoh transit makanan dalam perut (usus) mengambil masa antara 12-14 jam. Stress akan melambatkan masa transit makanan dalam usus sehingga mengakibatkan terjadinya pengumpulan toksin.

2) Pola Pemakanan
Memakan makanan yang;
a) berlendir (mucus) seperti keju, mentega,
b) makanan segera (fast food),
c) makanan dengan 3P (Pengawet, Pewarna, Perasa),
d) makanan yang didalamnya mengandungi kurang serat disertai kurang minum air masak mengakibatkan najis yang akan dikeluarkan menjadi keras sehingga tertahan lama di dalam usus besar
e) tabiat tidak baik seperti minum alkohol, merokok, terlalu banyak minum kopi, makanan dan minuman berkarbonat (soda,dll), makan berselang dengan minum, setelah makan terus tidur, makan terlalu kenyang, perut tidak tegak sewaktu makan (makan sambil berbaring, menyandar) dan food combining yang salah boleh menyebabkan gas berlebihan dan luka dalam usus.

3) Ketidakseimbangan Bakteria Baik Dalam Usus
Didalam sistem pencernaan yang baik terdapat kira-kira 60 jenis bakteria atau mikroflora yang berguna untuk membentuk beberapa zat makanan yang penting serta membantu menjaga keseimbangan pH dan bakteria yang tidak baik di dalam usus. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu maka akan terjadi gangguan pada saluran pencernaan dan penyakit autointoksikasi (penerangannya ada di bawah).

4) BAB (Buang Air Besar) Tidak Teratur
Keteraturan rutin buang air besar sangat penting untuk menyingkirkan racun (toksin) yang dihasilkan dari pembusukan dan pemerapan sisa makanan di dalam usus. Menurut Joseph Vargas, dari Wholistic Health Center di Houston Texas, penyingkiran racun (toksin ) dari tubuh hanya boleh terjadi apabila kita dapat membuang air besar sekurang-kurangnya dua ke tiga kali setiap hari secara teratur.

5) PENYAKIT AUTOINTOKSIKASI
Penyakit autointoksikasi merupakan penyakit yang disebabkan oleh keracunan dari dalam tubuh sendiri.
Usus besar merupakan bahagian dari saluran pencernaan yang berperanan sebagai tempat mengumpulkan sisa makanan, menyerap beberapa zat makanan yang masih diperlukan didalam tubuh seperti mineral dan air serta tempat pertumbuhan bakteria.
Apabila fungsi ini terganggu seperti yang telah dijelaskan dalam point no. 3 (gangguan pada usus besar), maka racun (toksin) yang berasal daripada sisa-sisa makanan akan terbentuk dan kemudiannya dibawa oleh sistem peredaran darah keseluruh bahagian tubuh kita. Ini mengakibatkan sel didalam tubuh kita keracunan sehingga kemampuan sel untuk membiak akan hilang yang kemudian akan menimbulkan penyakit.

 

kesan usus kotor

 

PENYAKIT BERPUNCA DARI KESAN USUS KOTOR, antaranya:

  • Asma dan gangguan pada paru-paru.
  • Bisul, alahan kulit, ekzema dan gatal-gatal pada kulit
  • Ganguan endokrin.
  • Gangguan denyutan jantung.
  • Gangguan pencernaan (kembung perut, mual, cirit-birit, gastrik)
  • Menyebabkan kanser/tumor hati, usus besar dan pankreas.
  • Sering sakit kepala & migrain
  • Cepat tersinggung, pemarah, letih lesu, depression (tekanan).
  • Ganguan pundi kencing, buah pinggang dan batu karang.
  • Jerawat & kulit kusam.

USUS adalah organ yang sangat penting dalam sistem tubuh kita. Usus inilah biasa dikatakan sebagai ‘rumah’ pelbagai jenis penyakit.

Kesan usus kotor dan ketidakseimbangan fungsi usus akan mengakibatkan pengumpulan racun (toksin) yang akan berjalan melalui sistem peredaran darah dan limfatik, tersebar ke seluruh tubuh kita dan menimbulkan bermacam masalah kesihatan.

 

KLIK gambar di bawah untuk LIHAT TESTIMONI

kesan usus kotor

 

 

kesan usus kotor

 

Komen Facebook:
Kesan USUS Kotor Membawa Kepada Banyak Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!