Penyakit akibat merokok – rasanya semua orang tau yang tabiat merokok ni memang membahayakan kesihatan kan… tapi bila dah termula ketagihan merokok, memang susah pulak nak berhenti. Akhirnya merokok menyebabkan banyak jenis penyakit dan masalah.

Berikut adalah 9 organ yang rosak akibat merokok. Bila dah baca sampai habis artikel ni, cuba tanya pada diri sendiri (jika anda seorang perokok atau orang yang anda sayang merokok) berbaloi tak merokok ni?

1. SENDI

Perokok biasanya akan alami masalah kesakitan dan radang sendi atau dikenali juga sebagai rheumatoid arthritis (RA). Rawatan rheumatoid arthritis tidak dapat memberi kesan yang baik kepada orang yang merokok. Kenapa? Saintis sendiri tak tau kenapa. Senang cerita, berhenti jer lah merokok kalau dah kena penyakit ni.

 

2. KULIT

Merokok akan menyebabkan kulit nampak tua lebih cepat daripada sepatutnya. Kulit perokok yang berumur 40-an boleh jadi kelihatan macam kulit seorang bukan perokok yang berumur 70-an. Kerosakan ni dah tak boleh nak diundurkan semula dan ia juga boleh membawa kepada banyak penyakit kulit yang lain termasuklah kanser kulit. Allah!

 

3. MATA

Merokok membuatkan risiko untuk mendapat macular degeneration meningkat dua kali ganda. Macular degeneration ni adalah penyakit yang merosakkan daya penglihatan tengah mata kita. Perokok juga 3 kali ganda berisiko mendapat katarak yang menyebabkan penglihatan jadi kabur.

 

4. ORGAN SEKS

Perokok lelaki adalah berisiko untuk mendapat masalah erectile dysfunction. Semakin banyak anda merokok, semakin teruklah masalah tu. Selain daripada tu, lelaki yang merokok juga berisiko untuk mendapat kanser testis. Perempuan pula berisiko untuk mendapat kanser serviks.

smoking-risks-to-body-organs-e1421645878531
Risiko penyakit yang terpaksa dihadapi oleh seorang perokok dan orang yang hidup di sekitar perokok

5. GUSI

Gusi menjadi lemah, berdarah, susah untuk mengunyah, nafas berbau dan pereputan gigi semuanya boleh berpunca daripada rokok.

 

6. OTAK

Jika anda merokok, risiko untuk mendapat serangan strok meningkat 3 kali ganda. Strok menyebabkan darah tersekat dalam otak dan muka jadi lumpuh, penglihatan jadi kabur, tidak boleh atau susah berjalan dan kadang-kadang kematian. Perokok juga biasanya mengalami tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada cerebral aneurysm. Ini terjadi bila dinding pembuluh darah dalam otak menjadi kembang dan akhirnya pecah dan berlaku pendarahan yang masuk ke tisu-tisu sekitarnya.

 

7. SISTEM PENGHADAMAN

Ulser peptic, crohn’s disease, colon polyps, pancreatitis dan kanser pankreas hanya beberapa jenis penyakit yang berkaitan penghadaman yang terjadi kepada seorang perokok. Selain daripada itu, anda juga sangat berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis type II, yang memberi kesan kepada hati dan pankreas.

 

8. PARU-PARU

90% kes kanser paru-paru memang selalu dikaitkan dengan perokok – menyebabkan 150,000 kematian di U.S pada tahun 2015. Merokok juga menjadi punca utama kepada COPD (chronic obstructive pulmonary disease), iaitu kumpulan penyakit yang merosakkan kantung udara yang halus dalam paru-paru.

 

9. JANTUNG

Merokok adalah punca utama penyakit jantung yang membawa kepada kematian. Merokok menyebabkan arteries menjadi sempit dan darah menjadi terlalu pekat dan berlakunya penyumbatan atau darah beku.

Anda seorang perokok atau orang yang anda sayang merokok?… tak berbaloi rasanya kan kalau terus merokok.

 

Nak berhenti merokok macam mereka ni? Masih belum terlambat… ambil tindakan segera sekarang sebelum nyawa jadi taruhan.

4

1

7

2

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Penyakit Akibat Merokok: Arthrithis, Strok & Kanser Paru-paru Antara Penyakit Berpunca Daripada Merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *