Jika anda sedang dalam usaha untuk cuba menyembuhkan eczema, mulakan dari dalam! Jadi, produk untuk eczema yang seharusnya menjadi pilihan pertama anda adalah suplemen dan yang kedua barulah produk untuk luaran.

Eczema jadi susah sembuh jika anda hanya memfokuskan kepada produk luaran semata-mata kerana eczema melibatkan kemampuan kulit anda dalam memberikan pertahanan kepada penyakit. Fungsi ‘skin barrier’ yang lemah akan menyebabkan kulit mudah kehilangan lembapan dan terdedah kepada jangkitan bakteria, kerengsaan, alahan dan faktor perkeskitaran.

Bagi sesetengah individu pula, atopic dermatitis mungkin berpunca daripada terlalu banyak bakteria Staphylococcus aureus pada kulit. Bakteria ini akan mendominasi kulit dan mengganggu fungsi ‘skin barrier’.

‘Skin barrier’ yang lemah juga boleh mencetuskan tindakbalas sistem imun yang menyebabkan keradangan pada kulit.

Atopic dermatitis (eczema) adalah salah satu daripada banyak jenis dermatitis.

Jika ada ahli keluarga anda yang mengalami eczema, risiko anda untuk mendapat masalah yang sama juga adalah tinggi.

 

KOMPLIKASI

Ada beberapa komplikasi yang mungkin berlaku jika anda ada eczema, ia termasuklah:

  • Asthma
  • Alahan kepada makanan tertentu
  • Kegatalan kulit yang kronik dan kulit menjadi bersisik (berkuping)
  • Perubahan tona kulit
  • Jangkitan kulit
  • Masalah untuk tidur
  • Stress, depresi dan anxiety

 

CARA MENCEGAH ECZEMA

Rutin penjagaan kulit yang baik boleh membantu meredakan eczema. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan jika anda sedang berhadapan dengan masalah eczema.

  • Kenalpasti faktor penyumbang yang boleh menjadi pencetus kepada eczema anda. Ia boleh jadi hama, karpet, pollen, habuk, haiwan peliharaan, produk penjagaan diri yang anda guna, makanan dan sebagainya. Jauhkan diri daripada pencetus ini.
  • Pastikan kulit sentiasa lembap (gunakan krim pelembap atau losyen sekurang-kurangnya 2 kali sehari).
  • Elakkan mandi menggunakan air panas dan jangan mandi terlalu lama.
  • Gunakan mandian yang tidak berasaskan sabun.
  • Keringkan kulit selepas mandi dengan lembut. Jangan lap secara kasar.

 

produk untuk eczema

 

PRODUK UNTUK ECZEMA – SUPLEMEN

Mulakan usaha anda untuk mengatasi eczema melalui pengukuhan sistem imun. Ini kerana, jika sistem imun anda kuat, badan anda (kulit) juga akan lebih kuat untuk menentang sebarang jangkitan.

Produk untuk eczema yang saya syorkan adalah Eskayvie Diffenz (Diffenz Junior jika untuk kanak-kanak). Diffenz dapat membantu mengurangkan masalah hipersensitiviti yang anda alami.

Formulasi khusus daripada bahan semulajadi seperti Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-camu dalam Diffenz telah terbukti dapat membantu menyokong sistem imun semulajadi badan agar dapat melawan jangkitan.

Jangan risau! Diffenz ada sijil Halal dari JAKIM dan diperakui selamat.

 

produk untuk eczema

 

produk untuk eczema

 

produk untuk eczema

Baca juga: Suplemen Untuk Bantu Dapatkan Tidur Yang Lena

 

PRODUK UNTUK ECZEMA – SKINCARE

Yang ini adalah produk untuk eczema yang boleh membantu mengatasi eczema melalui penjagaan luaran. Bukan ubat sapu tetapi skincare. Anda perlukan skincare yang baik, yang tidak merengsakan dan pada masa yang sama semestinya dapat membantu meredakan eczema.

Meeracle Skincare!

 

produk untuk eczema

 

BAGAIMANA MEERACLE MEMBANTU REDAKAN ECZEMA?

Selain daripada kakadu plum, salah satu daripada bahan utama dalam produk MEERACLE adalah salicylic acid.

Salicylic acid biasa digunakan untuk merawat jerawat dan eczema.

Salicylic acid berfungsi untuk melembutkan keratin, protein yang ditemui pada kulit. Ia akan menanggalkan kulit yang berkuping dan bersisik kerana eczema.

Jika kulit anda sensitif kepada fragrance, pilih Booster Ampoule. Dengan 12% NIACINAMIDE, Booster Ampoule boleh membantu menguatkan skin barrier semulajadi, meredakan kemerahan dan keradangan kulit akibat eczema.

Nota: serum dan booster ampoule Meeracle juga boleh digunakan pada kulit dibahagian selain daripada muka

 

produk untuk eczema

 

produk untuk ekzema

 

produk untuk eczema

 

 

produk untuk ekzema

 

Komen Facebook:
Produk Untuk Eczema Sembuh Dalaman & Luaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!