Sebelum saya masuk terus kepada bab rawatan penyakit SLE ni, apa kata kita ambil tahu dulu tentang bagaimana sebenarnya cara untuk mengesan penyakit yang sangat rumit ni.

Di Malaysia, penyakit SLE dianggap sebagai penyakit rumit yang ‘terabai’. Terabai disini bukanlah maksudnya takde sesiapa yang nak atau boleh bagi rawatan penyakit SLE ni… tapi mungkin sebab di Malaysia, kita lebih popular dengan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sakit buah pinggang agaknya kan…

 

rawatan penyakit SLE
Petikan dari akhbar Kosmo

 

BAGAIMANA UNTUK MENGESAN PENYAKIT SLE?

Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukan sesuatu yang mudah. Kadang-kadang doktor mengambil masa yang lama sampai berbulan-bulan atau mungkin bertahun untuk mengesan penyakit SLE ni. Itu pun kalau pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor yang sama untuk mendapatkan rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.

Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Komunikasi yang berkesan dan jelas di antara doktor dan pesakit sangatlah penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap.

Diantara perkara yang perlu dilaporkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosis. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosis yang tepat.

Tak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosis dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan ujian air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.

Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.

Biopsi juga ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosis SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya.

Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosis SLE.

Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”.

Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.

 

rawatan penyakit SLE
Antara gejala yang biasa dialami oleh pesakit SLE

 

APAKAH RAWATAN PENYAKIT SLE & BAGAIMANA IA DIJALANKAN?

Merawat penyakit SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

 

NSAIDs
Ini adalah salah satu kaedah rawatan penyakit SLE bagi mereka yang mengalami gejala sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan.

NSAIDs sahaja mungkin digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.

Kesan sampingan NSAIDs ialah sakit perut, pedih hulu hati, cirit, dan pengumpulan air seperti kaki bengkak.

 

Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.

Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.

 

Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk penyakit SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Dalam kaedah rawatan penyakit SLE ini, kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.

Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, penambahan selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan.

Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Jadi, biasanya doktor akan mengurangkan dos secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.

Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (kencing manis), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak.

Semakin tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka semakin ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.

 

Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh penyakit SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi.

Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.

Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.

Pesakit SLE dari segi medical science – BELUM ada PENAWAR, maksudnya walaupun dengan bantuan supplement atau ubatan, ianya lebih kepada mengawal activiti cell LE/lupus daripada aktif menyerang tubuh dan ia lebih kepada untuk mengawal simptom-simptom penyakit SLE tu sendiri.

Baca juga: Risiko Kerosakan Organ Lain Akibat SLE (Lupus)

 

penyakit SLE

 

Di bawah ni saya kongsikan beberapa testimoni pesakit SLE yang kesihatan mereka semakin baik selepas mengambil produk Forever Living di atas.

rawatan penyakit SLE

rawatan penyakit SLE

 

Saya galakkan pesakit yang menghidap penyakit SLE untuk dapatkan nasihat doktor yang merawat anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil apa-apa produk suplemen atau sebelum ingin mendapatkan rawatan penyakit SLE selain daripada rawatan hospital.

 

 

rawatan penyakit SLE

 

Komen Facebook:
Rawatan Penyakit SLE & Cara Mengesan Penyakit Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!