Rawatan rambut gugur bertompok ni tiada yang khusus. Anda mungkin terpaksa lakukan beberapa percubaan sehingga berjumpa dengan produk atau cara yang serasi dengan anda. Anda boleh ikhtiar dengan cara & produk yang saya kongsikan ni.

Rambut gugur bertompok biasanya bermula apabila rambut gugur secara bergumpal, menyebabkan kulit kepala terus licin secara bertompok. Dan ia berlaku secara senyap!

Anda tak sedar pun. Tau-tau je dah ada tompok-tompok botak di kepala.

Ada juga kes di mana kepala jadi botak terus dan rambut atau bulu roma di bahagian badan yang lain juga turut gugur.

Kalau bagi lelaki, misai atau jambang mereka juga boleh botak bertompok.

Rambut yang gugur tu biasanya akan tumbuh semula selepas beberapa bulan tetapi akan gugur semula di bahagian yang lain.

Rambut baru yang tumbuh tu kadang-kadang sama warna dengan rambut asal, atau ada juga yang lebih halus dan keperang-perangan atau putih.

Tapi ada juga sesetengah orang yang rambut mereka terlalu susah nak tumbuh semula.

Lebih kurang 10% individu mengalami rambut gugur bertompok kekal. Keguguran rambut kekal ni mungkin kerana:

  • Anda ada sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.
  • Pernah alami botak bertompok pada usia muda (sebelum matang).
  • Pernah alami botak bertompok lebih daripada setahun.
  • Menghidap penyakit autoimmune lain seperti Lupus, hyperthyroid atau hypothyroid.
  • Alahan yang teruk (atopy).
  • Mengalami keguguran rambut yang kronik akibat kekurangan nutrisi dalam badan.

Oleh kerana rambut sangat penting kepada penampilan seseorang, rambut gugur bertompok boleh menjejaskan tahap keyakinan diri. Ia juga sangat mengganggu emosi!

Rambut gugur bertompok mungkin tidak boleh sembuh kekal tetapi masih boleh dirawat. Individu yang dah mengalami masalah ini berisiko untuk terus mengalaminya berulang kali.

 

APA RAWATAN RAMBUT GUGUR BERTOMPOK YANG BOLEH ANDA CUBA?

Pastikan anda mengamalkan pemakaian produk penjagaan rambut yang betul. Sebolehnya produk yang bebas bahan kimia, yang 100% semulajadi dan selamat. Bebas Parabens, SLS & SLES.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan kulit kepala yang betul amatlah penting jika anda mahu dapatkan semula rambut anda!

Habuk, minyak dan kekotoran yang melekat kat kulit kepala setiap hari tu kena sentiasa dicuci bersih dengan syampu yang khusus untuk masalah rambut gugur. Tak boleh pakai syampu biasa.

Mewarnakan rambut, mengerinting atau meluruskan rambut pula akan hanya menambahkan beban kepada kulit kepala dan rambut. Elakkan!

Antara rawatan rambut gugur bertompok yang biasa adalah suntikan corticosteroid pada kulit kepala pada jarak lebih kurang 1 cm setiap 4 – 6 minggu.

Corticosteroids juga boleh diambil secara sapuan pada bahagian kulit kepala yang botak.

Nota: dapatkan rawatan rambut gugur bertompok begini hanya daripada pakar bertauliah sahaja.

Walaupun masalah rambut gugur bertompok ni sangat sukar untuk disembuhkan sepenuhnya, tapi rutin penjagaan kebersihan dan kesihatan kulit kepala dengan produk yang betul, konsisten dapat membantu.

 

SET HAIR LOSS EKSKLUSIF DARIPADA FAITH FLEUR

 

rawatan rambut gugur bertompok

 

SYAMPU PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Untuk kurangkan masalah rambut gugur.
  • Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut.

 

PERAPI PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Bantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Mengurangkan kerosakan rambut.
  • Mengelakkan masalah rambut gugur.
  • Mengembalikan minyak semulajadi untuk kesuburan rambut.

 

HAIR & SCALP TONIC

  • Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kuat.
  • Menguatkan akar rambut.
  • Meningkatkan kualiti rambut dan kesihatan kulit kepala.

 

HAIR SERUM (ANTI-FRIZZ)

  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Menghapuskan kelemumur.
  • Melebatkan dan melembutkan rambut.
  • Membaiki rambut rosak dan kering.
  • Wangian kepada rambut.
  • Menyamankan kulit kepala.

 

Betul ke Set Hair Loss Faith Fleur ni berkesan untuk rawatan rambut gugur bertompok?

Memang produk ni produk yang sangat baik, bahan-bahan pun selamat. Testimoni pun semuanya genuine daripada pengguna produk sendiri.

Tapi sehebat mana pun produk, saya TIDAK layak ambil kerja Tuhan untuk bagi jaminan.

Jaminan sembuh dan berkesannya produk atau tidak, hak Allah.

Hak kita adalah berikhtiar. Kan?

Tanggungjawab saya sebagai Advisor pula adalah beri cadangan produk yang terbaik.

Cuba konsisten dengan set produk ni sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan untuk dapatkan hasil awal yang baik.

 

Jom! Tengok Testimoni

rawatan rambut gugur bertompok

 

rawatan rambut gugur bertompok

 

rawatan rambut gugur bertompok

 

Klik gambar di bawah untuk LIHAT LEBIH BANYAK TESTIMONI

 

rawatan rambut gugur bertompok

 

rawatan rambut gugur bertompok

 

rawatan rambut gugur bertompok

 

Komen Facebook:
Rawatan Rambut GUGUR BERTOMPOK Sendiri Dirumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!