Sakit buah pinggang rosak ni ada beberapa tahap bermula dari tahap 1 hinggalah tahap 5 dan akhirnya gagal sepenuhnya atau tahap akhir (end stage).

Ketahui juga Punca Buah Pinggang Rosak agar anda dapat lebih memahami tentang bagaimana kerosakan buah pinggang ini boleh terjadi.

 

SAKIT BUAH PINGGANG ROSAK ADA BEBERAPA TAHAP

Pakar kesihatan membahagikan sakit buah pinggang rosak ni kepada 5 tahap dan ia diguna pakai di seluruh dunia dalam menentukan tahap keseriusan sakit buah pinggang yang dihadapi oleh seseorang itu dan berapa peratus lagi fungsi buah pinggang yang tinggal.

sakit buah pinggang rosak

 

BAGAIMANAKAH MASA HADAPAN SEORANG PESAKIT BUAH PINGGANG ROSAK?

Kebanyakan orang yang ada sakit buah pinggang rosak ringan hingga sederhana CKD (peringkat 1-3) masih berpeluang menghalang buah pinggang mereka daripada menjadi lebih teruk dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengambil beberapa ubat-ubatan.

Doktor dan orang sekeliling anda boleh dijadikan sebagai sokongan kepada anda. Jika sakit buah pinggang rosak (CKD) anda sudah memasuki peringkat 4-5 anda perlu mula berfikir tentang pilihan rawatan untuk kegagalan buah pinggang tersebut. Ini termasuk pemindahan buah pinggang, menjalani dialisis atau pengurusan konservatif.

Kondisi (keadaan) jangka panjang anda akan dipengaruhi oleh umur anda dan sama ada anda mempunyai masalah keishatan lain seperti penyakit jantung atau diabetes.

Statistik boleh memberi petunjuk umum tentang hidup pesakit buah pinggang rosak (CKD), tetapi ini hanya memberikan purata dan tidak melambangkan keputusan untuk setiap individu.

 

PESAKIT BUAH PINGGANG ROSAK DI MALAYSIA

Di Malaysia, lebih 5,000 kes kegagalan ginjal atau buah pinggang didiagnos setiap tahun. Sehingga bulan Disember 2014, sejumlah 34,767 orang menjalani haemodialisis atau istilah lazim digunakan, cuci darah.

Terdapat hampir lebih kurang 700 pusat dialisis di seluruh negara sekarang dan dianggarkan menjelang 2020 hampir 50,000 pesakit kegagalan ginjal peringkat akhir akan menjalani rawatan dengan 90 peratus memerlukan haemodialisis.

Angka ini menunjukkan kepada kita bahawa semakin ramai pesakit buah pinggang rosak di Malaysia dan janganlah kita menjadi salah seorang daripada penyumpang kepada statistik yang sangat menakutkan ni.

Jika anda atau ada orang yang anda kenal sedang menghidap sakit buah pinggang rosak sekarang, cuba untuk buat pilihan terbaik dalam mencari ikhtiar. Ditakdirkan untuk menghidap sakit buah pinggang rosak bukan bermakna anda sudah tiada masa depan.

 

 

 

 

 

 

 

Adalah penting untuk menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup, uruskan stress dengan baik sekiranya anda menghidap penyakit buah pinggang rosak kerana perkara ini sangat mempengaruhi kehidupan anda yang kehadapan.

Walaupun buah pinggang yang sudah rosak sudah tak boleh nak dikembalikan kepada keadaan asal, tetapi tahap kesihatan pesakit buah pinggang rosak masih boleh diperbaiki dengan rawatan yang betul.

 

Nota penting: jangan berhenti daripada mendapatkan rawatan doktor tanpa mendapat arahan daripada pakar walaupun anda sedang atau bercadang untuk mengamalkan pengambilan suplemen kerana suplemen hanyalah untuk membantu menyokong kesihatan dan menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.

 

sakit buah pinggang rosak

Komen Facebook:
Sakit Buah Pinggang Rosak: Fahami Tahap Kerosakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *