Ramai yang terlalu fokus kepada nak turunkan berat badan sampai sanggup melakukan perkara-perkara atau mengambil produk yang membahayakan kesihatan dan boleh memberi kesan buruk kepada diri sendiri untuk jangka masa panjang. Ada juga sesetengah kes sehingga membawa kepada maut!

Kali ni saya nak bawa pembaca untuk ambil tahu atau kalau dah tahu tu, tolonglah ambil berat tentang perkara-perkara yang perlu dielakkan jika anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan.

  1. MENGIKAT PERUT, BERLAPAR & MENGAMBIL DIET YANG TERLALU RENDAH KALORI

Pengambilan diet yang terlalu rendah kalori memang boleh turunkan berat badan, tetapi penurunan berat badan tersebut bukan sahaja membuang lemak, malah ia turut sama membuang otot dan merendahkan metabolisma. Mengubah diet kepada diet rendah kalori secara mendadak boleh menyebabkan peratus lemak menjadi tinggi, yang meningkatkan risiko sindrom metabolik dan diabetes type II.

Jangan ambil kalori kurang daripada 1,200 sehari melainkan atas nasihat doktor atau sebab-sebab perubatan. Jika tidak, anda terpaksa bergelut untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya bagi menjalankan aktiviti dan menghilangkan rasa lapar. Ingat! Jika anda dapat turunkan berat badan secara mendakak, risiko untuk anda kembali gemuk adalah sangat tinggi kerana anda telah kehilangan banyak otot berbanding lemak.

before-after-after
Ini yang akan terjadi jika anda mengalami penurunan berat badan secara mendadak.

2. PRODUK YANG MENJANJIKAN BULAN DAN BINTANG

Jika ia kedengaran seperti janji manis, ia biasanya betul.

Banyak syarikat yang mengeluarkan produk-produk kecantikan atau produk untuk turunkan berat badan tidak perlukan bukti bahawa produk mereka selamat dan berkesan sebelum menjualnya di pasaran. Berhati-hati juga dengan produk yang kononnya semulajadi melainkan ia dibuktikan dengan pelbagai ujian klinikal.

Jangan bergantung sepenuhnya kepada produk penurunan berat badan kerana pemakanan harian serta senaman juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anda mendapat berat badan yang diinginkan.

bs-diet-pills
JANGAN! mudah tertipu dengan janji-janji pil @ ubat kurus kerana pil-pil ini biasanya mengandungi bahan / racun yang boleh membahayakan kesihatan. Pilihlah cara sihat dan selamat jika anda ingin menurunkan berat badan. Biar lambat asalkan selamat.

3. DETOX PLAN

Detoks yang terbaik bagi membantu turunkan berat badan adalah melalui pembuangan najis kecil dan najis besar. Tetapi ia mungkin boleh jadi merbahaya kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dan sebagainya.

Kehilangan bendalir dalam badan tanpa pemantauan perubatan adalah sangat bahaya dan jika anda berlapar pada masa yang sama, ia jadi lebih bahaya. Badan manusia dicipta unik untuk melakukan proses detoks. Jadi, ‘pencucian’ yang sembarangan dan tidak dikawal boleh membawa kepada komplikasi serius kerana ia telah mengganggu sistem tubuh.

Jika ingin melakukan detoks, minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan ambil makanan yang tinggi serat.

GreenLiving_Detox
Detoks bukan semata-mata ‘mencuci’ lemak tapi banyak faktor dan sistem tubuh yang lain yang perlu diambil kira. Sejauh mana anda yakin bahawa detoks yang anda sedang lakukan berjaya ‘mencuci’ semua organ / sistem-sistem ini?

4. SEMUA BENTUK PURGING @ ’PEMBERSIHAN’

Purging termasuklah memaksa diri untuk muntah, mengunyah makanan dan membuangnya semula dan pengambilan julap yang kuat.

Asid dalam perut adalah sangat kuat dan ia perlu untuk pencernaan dan penyerapan makanan yang kita makan. Isi kandungan dalam perut sepatutnya kekal dalam perut dan bukan dipaksa keluar melalui mulut (muntah). Muntah yang berasid tinggi boleh menyebabkan berlakunya hakisan pada esophagus, mulut dan enamel gigi. Ini boleh meningkatkan risiko kanser, kerosakan gigi.

Muntah yang kerap akibat penggunaan julap yang kuat juga boleh menyebabkan kehilangan bendalir yang membawa kepada dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.

Purging bukanlah cara untuk turunkan berat badan yang betul.

5. SENAMAN YANG EKSTREM

Senaman yang terlalu ekstrem boleh menyebabkan risiko kecederaan, dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dan secara psikologinya ia akan dianggap sebagai hukuman kepada apa yang kita makan.

Buat senaman untuk menguatkan jantung selama 30 minit satu sesi, 5 kali seminggu dan senaman untuk menguatkan otot sebanyak 2 atau 3 kali seminggu sudah memadai.

6. UBAT KURUS

Penggunaan ‘ubat’ kurus selain daripada yang dibenarkan oleh doktor boleh membawa bahaya.

Risiko yang terpaksa ditanggung termasuklah kemurungan, sakit kepala yang teruk, strok, masalah jantung, paru-paru dan buah pinggang.

7. MEROKOK

Kita semua tahu yang merokok mendedahkan seseorang itu kepada risiko kesihatan yang tidak tehingga banyaknya. Tetapi ada pulak yang kata kalau stop smoking nanti jadi gemuk. Nikotin memang boleh menjadi penahan selera makan, tetapi risikonya jauh lebih banyak berbanding faedahnya.

Merokok merosakkan hampir semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia; menyebabkan kanser, penyakit kardiovaskular, paru-paru dan pernafasan dan penurunan tahap kesihatan yang teruk.

Berbaloikah merokok hanya kerana nak turunkan berat badan?

CARA TERBAIK UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

Amalkan pemakanan yang seimbang dan kekalkan cara pemakanan tersebut selamanya. Bertindak bijak dan jangan mudah terpedaya dengan iklan ’ubat’ kurus.

Suka saya nak terangkan disini bahawa produk Shaklee yang boleh membantu untuk turunkan berat badan bukanlah ‘ubat’ kurus. Ia adalah suplemen / vitamin yang membekalkan nutrisi bagi memperbetulkan sistem tubuh supaya berfungsi dengan lebih efisien. Apabila sistem tubuh berfungsi dengan baik, lemak akan dibakar dengan baik, otot menjadi pejal dan toksin akan dibuang secara lembut tanpa perlu dipaksa atau terbuang secara ekstrem.

Shape up
Buang -> Bakar -> Bina adalah teknik yang betul untuk turunkan berat badan.

Saya tidak akan menjaja janji manis yang anda boleh turunkan 10kg berat badan dalam tempoh 7 hari. Tetapi saya dan Shaklee beri jaminan yang ia adalah sentiasa Selamat, Semulajadi dan Berkesan.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

 

Komen Facebook:
Turunkan Berat Badan: Elakkan 7 Perkara Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!