Pokok badam…. Sape pernah tengok macam mana rupa pokok badam? Dulu saya ingatkan badam ni datang dari pokok yang macam pokok kacang tanah tu.. jenis renek dan kacang dia dok dalam tanah…

Sekali bukan daaaaa….. hahahaaa…

Macam ni ha rupanya pokok badam… kesian saya… baru tau.. hehee

Almond Trees 3
Inilah dia pokok badam

 

Pokok badam ni sesuai ditanam ditepi rumah jugak sebab saiz dia tak la terlalu besar atau tinggi, lebih kurang macam pokok mangga jer kot. Pokok badam ni katanya adik-beradik dengan pokok peach.

Pokok badam berasal dari negara Timur Barat dan Asia Selatan dan ia sesuai hidup dalam cuaca Mediterranian. Pokok badam dibawa ke utara Afrika, selatan Eropah hinggalah ke California melalui penghijrahan manusia.

almond
Buah badam yang masih muda

 

Bunga badam yang kembang dikatakan harum semerbak dan masa ni banyak la serangga yang datang hinggap untuk mencari madu dan makanan.

almond-tree
Bunga badam sedang mekar – macam bunga sakura pulak kan?

 

Pokok badam akan mula mengeluarkan hasil selepas lebih kurang 2 – 4 tahun dan ia akan berbuah setiap tahun bila dah matang.

North2LRG-1
Ni penuaian badam secara kormesial. Jentera tu ada pemegang yang digunakan untuk memegang batang pokok dan menggoncangnya supaya badam yang dah matang gugur

 

Badam memang sangat berkhasiat dan jadi kegemaran ramai kan? Badam boleh dimakan mentah (selepas dikeringkan beberapa hari) dipanggang, dijadikan susu badam atau almond butter. Saya pun suka badam panggang dengan madu… sedap! Yang mentah tak pernah la pulak cuba makan.

almond2
Badam yang sudah mula matang

 

Central1LRG-3
Badam yang gugur ke tanah akibat digoncang oleh jentera sedia untuk dipungut

 

almond-butter-homemade
Cara-cara membuat almond butter yang sangat mudah. Badam yang telah dipanggang hanya perlu dikisar sampai ia mengeluarkan minyak

 

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Begini Rupanya Pokok Badam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *