Kelopak mata kiri bergerak? Kenapa agaknya yer?

Kalau ikut kata orang dulu-dulu, ada petanda tak baik… nak nangis lah, nak dapat berita buruk lah… dan macam-macam lagi yang negatif… kalau kelopak mata kanan pulak yang bergerak, katanya nak dapat berita gembira atau nak jumpa orang yang dah lama kita tak jumpa….

Itu semua tanggapan orang dulu-dulu… tapi kita sebagai orang Islam tak boleh lah nak percaya kepada perkara-perkara macam ni kan?… terpesong pulak akidah nanti…

Kali ni saya nak kongsikan kenapa kelopak mata bergerak dari segi saintifik pulak. Tak kiralah samada kelopak mata kiri bergerak ataupun kelopak mata kanan.

Baca Vitamin Untuk Mata

PADANGAN SAINS TENTANG KELOPAK MATA BERGERAK

Kelopak mata bergerak adalah agak normal sebenarnya. Biasanya kelopak mata bawah saja yang terlibat, tapi kelopak mata atas juga boleh bergerak. Ia boleh come and go, tapi ada jugak yang berlarutan sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Untuk mencari jalan penyelesaian bagi kelopak mata bergerak, kita perlu tau punca kepada masalah yang agak annoying ni. Annoying la kan sebab kelopak mata dok bergerak jer… rimas betul.. nak nak lagi kalau yang percaya bila kelopak mata kiri bergerak tu akan mendatangkan perkara negatif… haish…

Dalam bahasa kedoktoran, ia dipanggil myokimia. Pergerakan otot pada bahagian kelopak mata boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

  • Tekanan
  • Keletihan
  • Eye strain (ketegangan mata)
  • Kafein
  • Alkohol
  • Mata kering
  • Ketidakseimbangan nutrisi
  • Alahan

Kebanyakan kelopak mata bergerak secara tiba-tiba adalah tak berbahaya, maknanya ia tak serius atau cuma petanda kepada masalah medikal.

Walau bagaimanapun, masalah kelopak mata bergerak macam ni agak susah untuk dirawat. Satu-satunya pilihan untuk memberhentikan pergerakan tu adalah dengan mengenalpasti dan mengatasi puncanya.

Kelopak mata bergerak yang lebih serius adalah disebabkan oleh masalah neurologi seperti kekejangan blepharospasm orhemifacial. Masalah ni perlu di diagnos dan dirawat oleh doktor mata.

Bila kelopak mata kita bergerak, orang lain memang takkan nampak atau perasan sebab pergerakannya terlalu sedikit… tak kisahlah samada kelopak mata kiri bergerak atau kelopak mata kanan… kita sendiri jer yang akan rasa pergerakan tu.

eyes
Kelopak mata bergerak-gerak memang merimaskan dan buatkan kita jadi rasa tak selelsa. Tapi agak susah nak kenalpasti cara menghilangkannya.

KENAPA KELOPAK MATA SAYA BERGERAK-GERAK?

 

TEKANAN

Apabila kita sedang tertekan, kadang-kadang badan kita akan beri reaksi berbeza. Kelopak mata bergerak boleh jadi salah satu daripada tanda yang kita sedang stress terutama sekali bila ia berkait dengan masalah penglihatan seperti ketegangan mata (eye strain). Jadi, mengurangkan punca stress boleh membantu untuk memberhentikan kelopak mata yang bergerak tu.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlun ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Ia membantu menukar makanan kepada tenaga, penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan. BComplex juga mampu melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

 

KELETIHAN

Kurang tidur, samada kerana stress atau sebab-sebab lain, boleh menjadi punca kelopak mata bergerak. Jadi, cubalah untuk dapatkan rehat dan tidur yang cukup.

 

KETEGANGAN MATA (EYE STRAIN)

Stress yang berkaitan dengan penglihatan, contohnya anda memerlukan cermin mata atau menukar cermin mata. Mata anda mungkin bekerja keterlaluan, menyebabkan kelopak mata bergerak.

Ketegangan mata juga boleh berlaku bila kita keterlaluan menghadap komputer, tablets dan smartphone.

Jika kelopak mata anda bergerak tanpa henti dan very annoying, adalah lebih baik untuk anda dapatkan pemeriksaan mata kerana anda mungkin perlukan rawatan untuk masalah penglihatan.

Sekiranya anda menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer, anda juga perlu berjumpa doktor mata dan minta nasihat tentang computer eyeglasses.

 

KAFEIN DAN ALKOHOL

Ramai pakar percaya bahawa terlalu banyak kafein dan/atau alkohol boleh menjadi punca kelopak mata bergerak. Kalau pengambilan kafein (kopi, teh, soda dan sebagainya) dan/atau alkohol agak banyak, maka kurangkanlah.

 

MATA KERING

Lebih daripada separuh orang yang berumur akan mengalami masalah mata kering kerana penuaan. Mata kering juga menjadi masalah biasa bagi orang yang banyak menggunakan komputer, mengambil ubat-ubatan seperti antihistamines, antidepressants dan sebagainya), memakain kanta lekap (contact lense) dan mengambil kafein dan/atau alkohol.

Jika anda letih dan tertekan, anda juga boleh mendapat masalah mata kering.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan sebab ada banyak pilihan rawatan untuk masalah ni.

 

KETIDAKSEIMBANGAN NUTRISI

Kekurangan nutrisi tertentu seperti magnesium juga boleh menyebabkan kelopak mata bergerak. Walaupun ia agak kurang bukti saintifik, tapi tak mustahil ia boleh menjadi salah satu puncanya.

Anda boleh dapatkan nasihat pakar tentang nutrisi yang perlu anda ambil dan jangan sembarangan beli vitamin dari farmasi atau kedai-kedai tanpa mengetahui tentang fungsinya.

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Ostematrix tidak mengandungi lemak berbanding produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Ia juga memperbaiki rangsangan urat saraf dan mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

 

ALAHAN

Orang yang ada masalah alahan mata akan mengalami kegatalan, bengkak dan mata berair. Bila kita tonyoh mata tu, ia akan mengeluarkan histamine kedalam tisu kelopak mata dan air mata. Ia sangat significant kerana histamine boleh menyebabkan kelopak mata bergerak.

Untuk menangani masalah ni, sesetengah doktor akan syorkan untuk guna eye drop atau pil antihistamine untuk membantu meredakan kelopak mata yang bergerak. TAPI, kena ingat yer yang antihistamine juga boleh menyebabkan mata menjadi kering. So ada pro & cons kat sini.

Jadi, masihkah anda percaya yang kalau kelopak mata kiri bergerak tu tandanya ada musibah yang akan datang atau kalau kelopak mata kanan pulak bergerak akan ada berita baik?

Ia sebenarnya lebih daripada tu… sebenarnya badan kita ni perlukan nutrisi yang seimbang dan cukup untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik. Bila tak cukup nutrisi, macam-macam masalah yang akan timbul. Dari sekecil-kecil masalah sampailah kepada yang lebih serius.

Sebab tu sangatlah penting untuk kita pastikan yang badan kita mendapatkan nutrisi yang betul setiap hari samada melalui pemakanan yang sihat dan juga pengambilan suplemen.

VITAMIN C Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa (sustained release). Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan kita melawan serangan penyakit.
ALFALFA COMPLEX Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Alfalfa Complex Shaklee sangat baik untun membantu melawan alahan, memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athelete’s foot) dengan berkesan.

 

Nota kaki: Peluang untuk pesakit buah pinggang rosak untuk kembali hidup lebih sihat.

 

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Kelopak Mata Kiri Bergerak: Apakah Punca & Tandanya?

One thought on “Kelopak Mata Kiri Bergerak: Apakah Punca & Tandanya?

  • December 19, 2016 at 4:38 pm
    Permalink

    Mekasih info yg menarik..barulah tau. Ada sebab kenapa ia bergerak2. Selama ni, dop kata akan berlaku menda2 yg tak baik..ekekekeke

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *