Anda tau tak apakah tanda-tanda sakit buah pinggang kronik? Ia juga dikenali sebagai kegagalan buah pinggang kronik menggambarkan tentang kehilangan fungsi buah pinggang. Buah pinggang berfungsi untuk menapis bahan buangan dan lebihan cecair dalam darah, yang kemudiannya akan dikeluarkan melalui air kencing.

Tapi, apabila sakit buah pinggang kronik dah sampai ke tahap akhir, cecair, elektrolit dan bahan buangan akan menimbun hingga ke tahap bahaya dalam badan.

Pada peringkat awal tanda-tanda sakit buah pinggang kronik, anda mungkin mendapat beberapa simptom. Tanda-tanda sakit buah pinggang kronik takkan nampak ketara sehinggalah fungsi buah pinggang semakin mengalami kegagalan.

Rawatan untuk sakit buah pinggang kronik biasanya akan difokuskan kepada memperlahankan kerosakan buah pinggang tu sendiri, dengan mengawal puncanya. Sakit buah pinggang kronik boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang tahap akhir @ end-stage kidney failure yang boleh membawa maut jika tanpa dialisis atau pemindahan buah pinggang.

tanda sakit buah pinggang

TANDA-TANDA SAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Tanda-tanda sakit buah pinggang kronik boleh terjadi semasa kerosakan buah pinggang berlaku secara perlahan. Simptom dan tanda-tanda sakit buah pinggang termasuklah:

  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Keletihan dan lemah
  • Sukar tidur
  • Perubahan pada air kencing
  • Penurunan tahap ketajaman mental
  • Kekejangan otot
  • Sedu
  • Kaki dan buku lali bengkak
  • Kegatalan kekal / berulang
  • Sakit dada, jika cecair builds up di sekeliling lining jantung
  • Sesak nafas, jika cecair bertakung dalam paru-paru
  • Tekanan darah tinggi yang sangat susah untuk dikawal

Simptom dan tanda-tanda sakit buah pinggang biasanya tak spesifik, maknanya ia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain. Oleh kerana buah pinggang sangat mudah hilang keupayaan untuk berfungsi, simptom dan tanda-tanda mungkin tak akan muncul sehinggalah buah pinggang gagal sepenuhnya.

Baca juga: Rawatan Dialisis

PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG

Sakit buah pinggang kronik akan terjadi apabila anda ada penyakit atau mengalami keadaan yang boleh menurunkan fungsi buah pinggang, menyebabkan kerosakan buah pinggang menjadi lebih teruk bulan demi bulan, tahun demi tahun.

Penyakit dan keadaan yang biasanya menjadi punca sakit buah pinggang kronik:

  • Kencing manis type I @ II
  • Terkanan darah tinggi
  • Glomerulonephritis – keradangan pada penapis buah pinggang
  • Interstitial nephritis – keradangan pada tubules buah pinggang dan struktur sekitanya
  • Polycystic kidney disease
  • Penghalangan berpanjangan pada salur kencing yang berpunca daripada pembesaran prostat, batu karang atau kanser
  • Vesicoureteral reflux, keadaan dimana air kencing termasuk semula ke dalam buah pinggang
  • Pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang berulang

Memang bukan mudah nak elak diri kita daripada terkenan punca-punca ni… tapi kita masih boleh ambil langkah berjaga-jaga.

Pemakanan yang sihat, nutrisi yang seimbang sedikit sebanyak akan dapat membantu kita mendapat kesihatan yang baik. Bersederhana dalam apa saja yang kita makan… ye lah, kita ni mewah betul dengan makanan kan… kalau boleh semua benda nak dimakan… nafsu memang susah dibendung.

TINDAKAN SEGERA WAJIB diambil bila buah pinggang dah mula mengalami masalah terutamanya kalau BUAH PINGGANG ROSAK sebab bila rosak, buah pinggang kita ni akan terus merosak sampai bila-bila dan akhirnya GAGAL TERUS… masa tu nanti nyawa bakal jadi taruhan

 

tanda sakit buah pinggang

ALOE BERRY NECTAR – Minuman yang dihasilkan daripada 100% pati aloe vera tulen yang digabungkan dengan khasiat daripada ekstrak buah kranberi dan epal. Buah pinggang berfungsi sebagai organ penting dalam memproses dan menapis semua makanan, minuman dan ubatan yang kita ambil. Jika ia tidak dijaga dengan baik, buah pinggang akhirnya akan terbeban dan akan mengalami pelbagai komplikasi seperti kerosakan, hepatitis dan batu karang. Bahan aktif yang terdapat di dalam kranberi dapat membantu buah pinggang untuk menyingkirkan (flush) bakteria dan toksin.

ARCTIC-SEA – satu-satunya suplemen minyak ikan omega-3 yang digabungkan dengan minyak zaitun (omega-9). Minyak ikan omega-3 untuk buah pinggang sihat kerana ia dapat mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan profil kolesterol pada pesakit buah pinggang kronik CKD (Chronic Kidney Disease).

FOREVER ROYAL JELLY – Royal Jelly memberikan kesan anti-radang yang baik kepada buah pinggang kerana ia mengandungi anti-radikal dan anti-oksidatif.

NOTA PENTING: Kesan tidak tipikal. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu.

 

tanda sakit buah pinggang

 

tanda sakit buah pinggang

 

Komen Facebook:
Tanda Sakit Buah Pinggang: Wajib Ambil Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *