Punca meroyan selepas bersalin sukar untuk dikenalpasti dan bahaya meroyan tak boleh dipandang ringan…

Meroyan ialah satu masalah yang biasa berlaku. Pendapat umum mengatakan seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini.

Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai baby blues. Jika anda menghidapi baby blues, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti babyblues, ia adalah satu penyakit dan tidak akan sembuh tanpa rawatan yang betul.

 

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard – iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik. GLA membentukprostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita dengan baik.

 

BAGAIMANA NAK TAHU YANG ANDA MENGHIDAPI MEROYAN?

Punca meroyan selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:

  • perasaan putus asa
  • rasa bersalah
  • sentiasa letih
  • muram
  • sering menangis
  • kesunyian
  • gelisah
  • rasa seperti terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan.
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.

 

PUNCA MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Tidak dapat dipastikan kenapa sesetengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda mungkin salah satu daripada punca meroyan selepas bersalin. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan.

Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:

  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

 

BAGAIMANAKAH MEROYAN DIATASI?

Terapi berbual
Berbincang dengan suami atau rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu.

Doktor anda boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Jika meroyan anda itu jenis yang teruk, anda mungkin dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.

Antidepresi
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlun ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Bcomplex membantu menukar makanan kepada tenaga sekaligus membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan. Ia juga sangat baik untuk melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU DIRI SENDIRI?

Cuba dapatkan banyak rehat
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.

Makan makanan yang sihat dan seimbang
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.

Buat senaman ringan
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu.

 

Bergaul dengan ibu-ibu lain

Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan anda akan merasakan betul-betul terasing. Cuba untuk banyak berkomunikasi dengan berkongsi cerita dengan ibu-ibu lain bagi mendapatkan sokongan dan pendapat. Ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda melapangkan fikiran kerana fikiran yang kusut mungkin saja boleh menjadi punca meroyan selepas bersalin.
Bersikap baiklah terhadap diri sendiri
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.
BAGAIMANAKAH SUAMI, RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA BOLEH MEMBANTU?

Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan. Ini akan menolong mereka membantu anda.

Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga.

Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda. Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda. Menolong menjaga bayi anda untuk satu jam pun, supaya anda boleh bersama-sama suami, akan membantu menyegarkan anda. Anda boleh meminta orang-orang tersayang membaca artikel ini tentang bagaimana menolong seorang yang menghidapi meroyan.

 

BOLEHKAH ANDA MENGELAKKAN DARIPADA MEROYAN?

Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil, dapatkan nutrisi yang cukup dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah melahirkan bayi anda nanti.

Anda bakal melahirkan bayi tak lama lagi dan mahu mengelakkan diri daripada risiko meroyan?

Boleh juga amalkan pengambilan SET BERPANTANG PREMIUM SHAKLEE supaya tempoh berpantang anda nanti adalah saat yang paling manis.

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Punca Meroyan Selepas Bersalin: Bagaimana Cara Untuk Menanganinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *